“Bersedia untuk Pergi ke Bait Suci,” Liahona, Dis. 2023.
Pesanan Bulanan Liahona, Disember 2023
Bersedia untuk Pergi ke Bait Suci
Di bait suci Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita boleh menerima perjanjian dan tatacara kudus untuk diri kita dan nenek moyang kita. Kita pergi ke bait suci untuk menunjukkan kasih dan kesyukuran kita terhadap Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Kita boleh bersedia untuk menghadiri bait suci dengan mempelajari dan mengamalkan injil Yesus Kristus. Untuk maklumat lanjut tentang bait suci, lihat artikel “Kerja Bait Suci” dalam terbitan Liahona Oktober 2021.
Rumah Tuhan
Bait suci dipanggil “rumah Tuhan.” Bait suci adalah tempat kudus di mana kita dapat merasai Roh Tuhan dan kasih-Nya untuk kita. Ia juga merupakan tempat di mana kita boleh membuat perjanjian dan menerima tatacara istimewa yang akan menyediakan kita untuk memperoleh kehidupan abadi. (Perjanjian adalah janji kudus di antara Tuhan dengan anak-anak-Nya.) Mentaati perjanjian dan menerima tatacara-tatacara ini membantu kita mempunyai hubungan istimewa dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.
Siapakah Yang Boleh Pergi ke Bait Suci?
Ahli-ahli Gereja boleh melakukan pembaptisan bagi orang yang sudah mati bermula pada tahun mereka akan berumur 12 tahun. Seorang ahli boleh menerima anugerahan apabila dia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, telah menjadi ahli sekurang-kurangnya setahun dan keinginan untuk membuat dan mentaati perjanjian bait suci (lihat Pilihan dari Buku Panduan Umum: Melayan dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 27.2.2, ChurchofJesusChrist.org). Seorang lelaki dan seorang perempuan yang telah menerima anugerahan bait suci mereka boleh dimeteraikan (berkahwin) untuk keabadian di dalam bait suci.
Perjanjian dan Tatacara
Anda akan membuat perjanjian dan menerima tatacara di bait suci. “Memasuki hubungan perjanjian dengan Tuhan mengikat kita kepada-Nya dalam cara yang menjadikan segalanya tentang kehidupan lebih mudah” (Russell M. Nelson, “Mengatasi Dunia dan Mencari Kesejahteraan,” Liahona, Nov. 2022, 97). Tatacara adalah satu tindakan kudus yang dilaksanakan melalui wewenang imamat. Tatacara-tatacara mempunyai makna rohani yang mendalam. Contohnya, apabila anda mengambil bahagian dalam satu tatacara, anda menunjukkan kepada Tuhan bahawa anda rela menerima dan mentaati perjanjian-perjanjian-Nya.
Persediaan Diri
Bersedia secara rohani dengan mengikuti ajaran Yesus Kristus dan mematuhi perjanjian yang anda telah buat dengan Tuhan semasa di pembaptisan. Anda juga boleh mengkaji sumber-sumber Gereja, seperti tulisan suci dan ucapan-ucapan persidangan umum. Temples.ChurchofJesusChrist.org menyediakan maklumat tentang apa yang akan dihadapi apabila anda pergi ke bait suci. Ia juga mengandungi lebih banyak butiran tentang perjanjian, tatacara dan lambang bait suci.
Perlambangan
Tuhan sering mengajar menggunakan lambang-lambang. Contohnya, pembaptisan—memasuki air dan naik keluar semula—bagaikan diri anda yang lama mati dan diri anda yang baru dilahirkan semula (lihat Roma 6:3–6). Tatacara bait suci menunjuk kepada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Ia mungkin susah untuk memahami semua lambang pada kali pertama anda menghadiri bait suci, tetapi anda boleh belajar lebih lanjut semasa anda pergi ke bait suci sepanjang hidup anda.
Rekomen Bait Suci
Untuk memasuki bait suci, anda perlu bersedia dan layak. Anda boleh menerima rekomen untuk memasuki bait suci selepas satu temu duga dengan uskup atau presiden cabang anda dan juga dengan presiden pancang atau presiden misi. Pemimpin-pemimpin ini akan menanya anda satu set soalan untuk memastikan anda sedang mengamalkan injil Yesus Kristus. Pemimpin anda boleh bercakap dengan anda tentang soalan-soalan ini lebih awal.
Kembali ke Bait Suci untuk Nenek Moyang Anda
Bapa Syurgawi mahu semua anak-Nya untuk membuat perjanjian dengan Dia dan menerima tatacara kudus. Tatacara-tatacara ini, seperti pembaptisan dan anugerahan, mesti dilakukan di bait suci bagi mereka yang telah meninggal tanpa menerima injil. Anda boleh kembali ke bait suci untuk melakukan tatacara-tatacara bagi ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia.
© 2023 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Liahona Message, December 2023. Language. 19049 348