Liahona
Juruselamat Kepada Semua, Satu Injil Untuk Semua
Mac 2024


“Juruselamat Kepada Semua, Injil Untuk Semua,” Liahona, Mac 2024.

Pesanan Liahona Bulanan, Mac 2024

Juruselamat Kepada Semua, Satu Injil Untuk Semua

Injil, Korban Tebusan dan Kebangkitan Yesus Kristus memberkati semua anak Tuhan.

Kristus dan lelaki yang menghidap palsi

Kristus Dan Penghidap Palsi, oleh J. Kirk Richards, tidak boleh disalin

Injil Yesus Kristus yang dipulihkan adalah, pertama, terutama, dan selamanya, sumber kegembiraan kekal, kedamaian benar, dan kebahagiaan bagi semua orang pada zaman akhir ini. Berkat-berkat yang datang dari injil dan dari kebaktian Kristus yang tidak terbatas bukan hanya untuk sekadar beberapa orang, baikpun zaman purba atau zaman moden.

Tidak kira betapa kita berasa kekurangan, dan walaupun dosa-dosa yang mungkin menjauhkan kita daripada Dia buat satu ketika, Juruselamat kita menjamin bahawa “Dia menghulurkan tangan-Nya kepada [kita] sepanjang hari” (Yakub 6:4), menjemput kita semua untuk datang kepada Dia dan merasai kasih-Nya.

Berkat Injil untuk Seluruh Dunia

Injil Yesus Kristus telah pun “dipulihkan pada zaman akhir ini untuk memenuhi … keperluan setiap bangsa, kaum, bahasa, dan manusia di bumi.”1 Injil melampaui segala bangsa dan warna sambil merentasi garis budaya untuk mengajar bahawa “semua adalah sama bagi Tuhan” (2 Nefi 26:33).2 Kitab Mormon adalah saksi agung akan kebenaran ini.

Rekod hebat ini bersaksi bahawa Kristus mengingati semua bangsa (lihat 2 Nefi 29:7) dan akan memperlihatkan “diri-Nya kepada semua yang percaya kepada-Nya, … [dan mengerjakan] mukjizat-mukjizat, tanda-tanda, dan keajaiban-keajaiban agung, di kalangan anak-anak manusia” (2 Nefi 26:13). Di antara mukjizat- mukjizat, tanda-tanda, dan keajaiban-keajaiban agung ini ialah penyebaran Injil. Jadi, kita menghantar para misionari ke seluruh dunia untuk bersaksi tentang berita baiknya. Kita juga berkongsi injil dengan mereka yang di sekeliling kita. Pelaksanaan kunci-kunci imamat yang dipulihkan bagi yang hidup dan yang mati memastikan bahawa kegenapan injil akan akhirnya tersedia bagi setiap putera dan puteri ibu bapa syurgawi kita—masa lalu, kini, atau masa depan.

Dasar injil ini—pesanan utama setiap nabi dan rasul yang pernah dipanggil untuk pekerjaan ini—adalah bahawa Yesus ialah Kristus dan Dia datang untuk memberkati semua orang. Sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita mengisytiharkan bahawa korban tebusan-Nya adalah untuk seluruh dunia.

Keperluan untuk Korban Tebusan yang Tidak Terhingga dan Abadi

Semasa saya pergi ke seluruh dunia, saya mengadakan temu duga dengan pelbagai ahli Gereja. Saya diilhami untuk mendengar bagaimana mereka merasai berkat-berkat Korban Tebusan Yesus Kristus dalam kehidupan mereka, walaupun mereka mengakui beberapa dosa yang jauh. Betapa indahnya kelegaan penebusan Korban Tebusan-Nya sentiasa tersedia bagi kita semua!

“Mestilah ada suatu korban tebusan dibuat,” Amulek isytiharkan, “jikalau tidak, seluruh umat manusia tidak dapat mengelakkan kebinasaan.” Kita akan sentiasa “terjatuh dan … tersesat, … kecuali melalui korban tebusan yang perlu dibuat,” yang memerlukan “korban yang tidak terhingga dan abadi.” Kerana “tidak dapat ada sesuatu pun yang kurang daripada suatu korban tebusan yang tidak terhingga yang akan cukup untuk dosa-dosa dunia” (Alma 34:9, 10, 12).

Nabi Yakub yang hebat juga telah mengajar bahawa “kematian telah menjadi keadaan semua manusia, … mestilah adanya suatu kuasa kebangkitan” untuk membawa kita ke hadirat Tuhan (2 Nefi 9:6).

Kedua-dua dosa dan kematian perlu diatasi. Inilah misi Juruselamat, yang Dia dengan berani sempurnakan semua anak Tuhan.

Kristus di Getsemani

Gethsemane, oleh J. Kirk Richards, tidak boleh disalin

Pengorbanan Juruselamat Kita

Pada malam kefanaan terakhir-Nya, Yesus Kristus memasuki Taman Getsemani. Di sana, Dia berlutut di antara pokok-pokok zaitun dan turun melandai kesakitan yang kita tidak akan ketahui.

Di sana, Dia mula mengambil ke atas diri-Nya dosa-dosa dunia. Dia merasakan setiap kepedihan, kelukaan hati, dan kesedihan, dan Dia menanggung segala kepedihan dan penderitaan yang dialami oleh anda, saya, dan setiap jiwa yang pernah hidup atau akan hidup. Penderitaan hebat dan tidak terhingga ini “menyebabkan [Dia], … yang terbesar daripada semuanya, menggeletar kerana kesakitan, dan berdarah pada setiap liang roma” (Ajaran dan Perjanjian 19:18). Hanya Dia yang boleh melakukan ini.

Tiada yang cukup baik

Untuk membayar harga dosa.

Hanya Dia yang boleh membuka pagar

Syurga dan benarkan kita masuk.3

Kemudian Yesus dibawa ke Kalvari, dan dalam peristiwa yang paling tidak adil dalam sejarah dunia ini, Dia disalibkan. Tiada siapa yang dapat mengambil nyawa-Nya daripada-Nya. Sebagai Putera Tunggal Tuhan, Dia berkuasa untuk mengatasi kematian jasmani. Dia boleh berdoa kepada Bapa-Nya, dan para malaikat akan datang untuk mengurangkan kesengsaraan-Nya dan menunjukkan kekuasaan-Nya atas segala hal. “Bagaimanakah nubuat di dalam Alkitab,” Yesus bertanyakan pengkhianat-Nya, “harus berlaku dapat terjadi?” (Matius 26:54).

Kerana kepatuhan yang sempurna kepada Bapa-Nya—dan kasih sempurna bagi kita—Yesus dengan rela memberi nyawa-Nya dan menyempurnakan korban tebusan-Nya yang tidak terhingga dan abadi, yang menjangkau masa silam dan depan sepanjang keabadian.

Kejayaan Juruselamat Kita

Yesus memerintah para Rasul-Nya untuk meneruskan pekerjaan-Nya selepas kematian-Nya. Bagaimanakah mereka akan melakukannya? Beberapa daripada mereka hanya nelayan biasa, dan tiada seorang pun dilatih di saumaah untuk pelayanan. Pada saat itu, Gereja Kristus kelihatan ditakdirkan untuk pupus. Tetapi para Rasul menemui kekuatan untuk memikul panggilan mereka dan membentuk sejarah dunia.

Apakah yang menyebabkan kekuatan datang dari kelemahan yang begitu ketara? Pemimpin gereja Anglikan dan sarjana Frederir Farrar berkata: “Terdapat satu, dan hanya satu jawapan mungkin —kebangkitan dari kematian. Semua revolusi besar ini adalah akibat kuasa kebangkitan Kristus.”4 Sebagai saksi-saksi kepada Tuhan yang telah bangkit, para Rasul tahu bahawa tidak ada apa pun yang dapat menghentikan pekerjaan ini dari maju. Kesaksian mereka adalah sumber kuasa sokongan semasa Gereja awal mengatasi semua kemungkinan.

Musim Easter ini, sebagai salah seorang saksi-Nya yang ditahbiskan, saya mengisytiharkan bahawa satu pagi Ahad yang indah, Tuhan Yesus Kristus bangkit dari kematian untuk menguatkan kita dan memutuskan ikatan kematian bagi semua. Yesus Kristus hidup! Kerana Dia, kematian bukanlah penghujung kita. Kebangkitan adalah kurnia Kristus yang bebas dan universal kepada semua.

Kristus dan Maria Magdalena di kubur

Kristus dan Maria di Kubur, oleh Joseph Brickey

Datanglah kepada Kristus

Injil dan Korban Tebusan Yesus Kristus adalah untuk semua orang—iaitu, setiap orang. Satu-satunya cara kita boleh mengalami berkat penuh korban tebusan Juruselamat adalah dengan menerima jemputan-Nya: “Marilah kepada-Ku” (Matius 11:28).

Kita datang kepada Kristus semasa kita menjalankan iman kepada-Nya dan bertaubat. Kita datang kepada-Nya semasa kita dibaptiskan dalam nama-Nya dan menerima kurnia Roh Kudus. Kita datang kepada-Nya semasa kita mematuhi perintah-perintah, menerima tatacara- tatacara, mentaati perjanjian-perjanjian, menghayati pengalaman dalam bait suci, dan menjalankan hidup sepertimana pengikut Kristus hidup.

Kadangkala, anda akan putus harapan dan menghadapi kekecewaan. Hati anda mungkin hancur untuk diri atau seseorang yang anda kasihi. Anda mungkin dibebani oleh dosa-dosa orang lain. Kesilapan yang anda telah buat—mungkin serius—mungkin menyebabkan anda takut bahawa kedamaian dan kebahagiaan telah meninggalkan anda selamanya. Ketika masa demikian, ingatlah bahawa Juruselamat bukan sahaja mengangkat beban dosa tetapi juga “menderita kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis” (Alma 7:11), termasuklah penderitaan anda! Oleh kerana apa yang Dia lalui bagi pihak anda, Dia tahu secara intimnya bagaimana untuk membantu apabila anda menerima jemputan-Nya yang mengubah hidup: “Marilah kepada-Ku.”

Semua Dialu-alukan

Yesus Kristus telah menyatakan dengan jelas bahawa semua anak Bapa Syurgawi mempunyai tuntutan yang sama rata terhadap berkat-berkat injil dan Korban Tebusan-Nya. Dia mengingati kita bahawa semua “berhak istimewa yang seorang seperti yang lain, dan tiada yang dilarang” (2 Nefi 26:28).

“Dia menjemput mereka semua datang kepada Dia dan mengambil bahagian dalam kebaikan-Nya; dan Dia tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada dia, hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan” (2 Nefi 26:33).

“Dia menjemput mereka semua”—itu bermaksud kita semua! Kita tidak patut melabelkan diri atau orang lain dengan pandangan cetek dan perbezaan buatan. Kita tidak seharusnya meletakkan halangan kepada kasih Juruselamat atau menghiburkan fikiran bahawa kita atau orang lain adalah lebih dari jangkauan-Nya. Sepertimana saya telah katakan, “Tiada [sesiapapun] yang boleh tenggelam lebih rendah daripada cahaya yang tidak terhad dari korban tebusan Yesus Kristus.”5

Sebaliknya, seperti yang Sister Holland dan saya ajarkan beberapa bulan sebelum dia meninggal dunia, kita diperintahkan untuk “memiliki kasih ihsan, yang kasih ihsan adalah kasih sayang” (2 Nefi 26:30).6 Inilah kasih yang Juruselamat tunjukkan bagi kita, kerana “Dia tidak melaksanakan apa-apa pun kecuali bagi manfaat dunia; kerana Dia mengasihi dunia, bahkan sehingga Dia menyerahkan nyawa-Nya agar Dia dapat menarik semua manusia kepada Dia” (2 Nefi 26:24).

Saya bersaksi bahawa injil dan Korban Tebusan Yesus Kristus adalah untuk semua orang. Saya berdoa agar anda akan menerima berkat-berkat yang Dia bawa dengan gembira.

Nota

  1. Howard W. Hunter, “The Gospel—A Global Faith,” Ensign, Nov. 1991, 18.

  2. Lihat Howard W. Hunter, “All Are Alike unto God” (Brigham Young University fireside, Feb. 4, 1979), 1–5, speeches.byu.edu.

  3. Ada Bukit Yang Sangat Jauh,” Nyanyian Rohani, no. 83.

  4. Frederic W. Farrar, The Life of Christ (1994).

  5. Jeffrey R. Holland, “Pekerja di Ladang Anggur,” Liahona, Mei 2012, 33.

  6. Lihat Jeffrey R. and Patricia T. Holland, “A Future Filled with Hope” (worldwide devotional for young adults, Jan. 8, 2023), broadcasts.ChurchofJesusChrist.org.