“Pahlawan Teruna,” Friend, Ogos 2024, 26–27.
Pesanan Bulanan Friend, Ogos 2024
Pahlawan Teruna
Orang-orang yang Ammon dan saudara-saudaranya ajar mahu mengikuti Yesus Kristus. Mereka menguburkan senjata mereka dan berjanji kepada Tuhan bahawa mereka tidak akan berperang lagi.
Tetapi tidak lama kemudian mereka perlu melindungi keluarga mereka. Para bapa yang menguburkan senjata mereka tidak mahu memungkiri janji mereka dengan Tuhan. Jadi anak lelaki mereka bersedia untuk bertarung bagi pihak mereka. Mereka dipanggil dua ribu pahlawan teruna. Teruna bermaksud “muda.”
Pahlawan teruna tidak pernah bertempur dalam peperangan sebelum ini. Tetapi ibu mereka membantu mempersiapkan mereka dan mengajar mereka untuk mempercayai Tuhan.
Mereka meminta Helaman untuk menjadi pemimpin mereka. Mereka berani, dan Tuhan membantu mereka. Mereka semua tercedera, tetapi mereka membantu satu sama lain. Tuhan menghormati iman mereka, dan mereka semua hidup!
© 2024 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, August 2024. Malay. 19290 348