“Penukaran Hati ialah Matlamat Kita” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)
“Penukaran Hati Ialah Matlamat Kita,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024
Penukaran Hati ialah Matlamat Kita
Matlamat segala pembelajaran dan pengajaran injil adalah untuk mendalamkan penukaran hati kita dan membantu kita menjadi lebih seperti Yesus Kristus. Untuk ini, apabila kita mengkaji injil, kita tidak hanya mencari maklumat baharu; kita mahu menjadi seorang “manusia baru” (2 Korintus 5:17). Ini bermaksud bergantung pada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus untuk bantu kita mengubah hati, pandangan, tindakan dan sifat alamiah kita.
Tetapi pembelajaran injil yang memperkukuhkan iman kita dan membimbing kepada mukjizat penukaran hati tidak berlaku sekali gus. Ia meluas dari bilik kelas ke hati dan rumah individu. Ia memerlukan usaha harian yang tetap untuk memahami dan menjalankan injil. Penukaran hati sejati memerlukan pengaruh Roh Kudus.
Roh Kudus membimbing kita kepada kebenaran dan bersaksi akan kebenaran itu (lihat Yohanes 16:13). Dia menerangi minda kita, mempercepatkan pemahaman kita dan menyentuh hati kita dengan wahyu Tuhan, iaitu sumber kesemua kebenaran. Roh Kudus menyucikan hati kita. Dia mengilhami hasrat kita untuk menjalani kebenaran ini, dan Dia membisikkan cara-cara untuk berbuat demikian. Sememangnya, “Roh Tuhan … akan mengajar [kita] segala-galanya” (Yohanes 14:26).
Untuk ini, dalam usaha untuk menjalani, mempelajari, dan mengajar injil, yang utama dan paling penting, kita harus mencari penemanan Roh. Matlamat ini harus menentukan pilihan kita dan membimbing fikiran serta tindakan kita. Kita harus mencari apa pun yang menjemput pengaruh Roh dan menolak apa pun yang menolak pengaruh itu—kerana kita tahu jika kita boleh layak untuk hadirat Roh Kudus, kita juga boleh layak dalam hadirat Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus.