“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)
“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja
Sumber Ini Untuk Siapa?
Sumber ini adalah untuk sesiapa yang ingin mempelajari Kitab Mormon—secara individu, sebagai keluarga, dan dalam kelas-kelas Gereja. Jika anda belum kerap mempelajari injil, sumber ini boleh membantu anda bermula. Jika anda sudah mengamalkan tabiat mempelajari injil yang baik, sumber ini akan membantu anda ada pengalaman yang lebih bermakna.
Individu dan Keluarga di Rumah
Tempat yang ideal untuk mempelajari injil adalah rumah. Pengajar anda di gereja boleh menyokong anda, dan anda boleh mendapat galakan daripada ahli bahagian yang lain. Tetapi untuk bertahan secara rohani, anda dan keluarga anda perlukan pemeliharaan harian dari “firman Tuhan yang baik” (Moroni 6:4, lihat juga Russell M. Nelson, “Ucapan Pembukaan,” Liahona, Nov. 2018, 6–8).
Gunakan sumber ini dalam apa cara pun yang boleh membantu anda. Panduan ini menekankan beberapa kebenaran abadi yang ada dalam Kitab Mormon dan mencadangkan idea-idea dan aktiviti untuk membantu anda mengkaji tulisan suci secara individu, bersama keluarga, atau kawan-kawan anda. Semasa anda mengkaji, ikuti bimbingan Roh untuk mencari kebenaran abadi yang bermakna bagi anda. Cari pesanan Tuhan untuk anda, dan ikuti bisikan yang anda terima.
Pengajar dan Pelajar di Gereja
Jika anda mengajar kelas Sekolah Primer, Sekolah Minggu remaja atau dewasa, kuorum Imamat Harun, atau Remaja Puteri, anda digalakkan untuk gunakan panduan dalam sumber ini dalam persiapan mengajar. Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja adalah kurikulum untuk kelas hari Ahad anda. Idea-idea pembelajaran dalam sumber ini direka untuk pembelajaran di rumah dan di gereja. Semasa anda bersedia untuk mengajar, mulakan dengan pengalaman anda sendiri tentang tulisan suci. Persediaan anda yang paling penting berlaku apabila menyelidiki tulisan suci dan mencari ilham Roh Kudus. Cari kebenaran abadi yang membantu anda menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Ikutlah Aku dapat membantu anda mengenal pasti beberapa kebenaran ini dan memahami konteks tulisan suci.
Ingatlah bahawa pembelajaran injil, yang terbaik, adalah berpusat di rumah dan disokong oleh Gereja. Dalam kata lain, tanggungjawab utama anda adalah untuk menyokong orang yang anda ajar dalam usaha mereka untuk belajar dan menjalankan injil di rumah. Berikan mereka peluang untuk berkongsi pengalaman, fikiran, dan soalan mereka tentang petikan tulisan suci. Jemputlah mereka untuk berkongsi kebenaran abadi yang mereka temui. Ini lebih penting berbanding daripada mengajar sejumlah pengajaran tertentu.
Sekolah Primer
Persediaan untuk mengajar Sekolah Primer bermula semasa anda mengkaji Kitab Mormon secara peribadi dan bersama keluarga anda. Semasa anda melakukannya, dengarkan tanggapan dan pemahaman rohani daripada Roh Kudus tentang kanak-kanak di kelas Sekolah Primer anda. Berdoa, dan Roh dapat mengilhami anda dengan idea-idea untuk membantu mereka mempelajari injil Yesus Kristus.
Semasa anda bersedia untuk mengajar, anda mungkin memperoleh ilham tambahan dengan menerokai idea pengajaran dalam sumber ini. Setiap panduan dalam Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja ada bahagian yang bertajuk “Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak.” Fikirkan idea-idea ini sebagai cadangan untuk mencetuskan ilham anda. Anda mengenali kanak-kanak di kelas Sekolah Primer—dan anda akan lebih mengenali mereka semasa anda berinteraksi dengan mereka dalam kelas. Tuhan juga mengenali mereka, dan Dia akan mengilhami anda dengan cara yang terbaik untuk mengajar dan memberkati mereka.
Mungkin kanak-kanak di kelas anda telah buat beberapa aktiviti dalam Ikutlah Aku bersama keluarga mereka. Itu OK. Pengulangan merupakan sesuatu yang baik. Pertimbangkan untuk menjemput kanak-kanak untuk saling berkongsi apa yang mereka pelajari di rumah—anda juga harus merancang cara-cara untuk kanak-kanak terlibat walaupun mereka tidak belajar di rumah. Kanak-kanak belajar kebenaran injil dengan lebih berkesan apabila kebenaran itu diajar dengan berulang melalui pelbagai aktiviti. Jika anda mendapati satu aktiviti pembelajaran amat berkesan bagi kanak-kanak, pertimbangkan untuk mengulanginya, terutamanya jika anda mengajar kanak-kanak yang lebih kecil. Anda juga boleh mengulangi aktiviti dari pelajaran sebelumnya.
Dalam bulan yang ada lima hari Ahad, pengajar Sekolah Primer digalakkan untuk menggantikan panduan Ikutlah Aku yang dijadualkan pada hari Ahad kelima dengan satu atau lebih aktiviti pembelajaran dalam “Lampiran B: Untuk Sekolah Primer—Menyediakan Kanak-Kanak untuk Seumur Hidup di Jalan Perjanjian Tuhan.”
Kelas Sekolah Minggu Remaja dan Orang Dewasa
Satu sebab utama kita berkumpul dalam kelas Sekolah Minggu adalah untuk menyokong dan saling menggalakkan semasa kita berusaha untuk mengikuti Yesus Kristus. Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan bertanya soalan seperti “Apakah yang Roh Kudus ajarkan anda minggu ini semasa anda mengkaji Kitab Mormon dengan Ikutlah Aku?” Jawapan ini boleh membawa perbincangan bermakna yang membina iman kepada Yesus Kristus dan injil-Nya.
Kemudian anda boleh menjemput perbincangan berdasarkan cadangan kajian dalam Ikutlah Aku. Contohnya, idea pembelajaran mungkin mencadangkan untuk menyelidiki Alma 36 dan senaraikan perkataan yang mengajar tentang peranan Juruselamat dalam pertaubatan. Anda boleh minta ahli kelas untuk berkongsi dan bercakap tentang perkataan yang mereka temui. Atau anda boleh meluangkan masa senaraikan bersama sebagai satu kelas.
Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri
Apabila kuorum Imamat Harun dan kelas Remaja Puteri bertemu pada hari Ahad, tujuan mereka agak berbeza dari kelas Sekolah Minggu. Selain saling membantu mempelajari injil Yesus Kristus, kumpulan ini juga bertemu untuk berunding bersama tentang melaksanakan kerja penyelamatan dan permuliaan (lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 1.2). Mereka melakukan ini di bawah arahan presidensi kelas dan kuorum.
Oleh itu, setiap pertemuan kuorum atau kelas harus bermula dengan seorang ahli presidensi kuorum atau kelas yang memimpin perbincangan tentang usaha, contohnya, menjalankan injil, melayani orang yang memerlukan, berkongsi injil, atau terlibat dalam kerja bait suci dan sejarah keluarga.
Selepas waktu berunding bersama ini, seorang pengajar memimpin kelas atau kuorum dalam pembelajaran injil bersama. Pemimpin dewasa atau ahli kelas atau kuorum boleh ditugaskan untuk mengajar. Presidensi kelas atau kuorum, berunding dengan pemimpin dewasa, membuat tugasan ini.
Orang yang ditugaskan untuk mengajar harus bersedia dengan menggunakan cadangan pembelajaran dalam panduan mingguan Ikutlah Aku. Dalam setiap panduan, ikon ini menunjukkan aktiviti yang sangat berkaitan dengan remaja. Walau bagaimanapun, sebarang cadangan dalam panduan ini boleh digunakan sebagai aktiviti pembelajaran untuk remaja.
Untuk contoh agenda pertemuan kuorum dan kelas, lihat lampiran D.