“15–21 Januari: ‘Datang dan Makan Buah Itu.’ 1 Nefi 6–10,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)
“15–21 Januari. 1 Nefi 6–10,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)
15–21 Januari: “Datang dan Makan Buah Itu”
1 Nefi 6–10
Mimpi Lehi—dengan batang besi, kabut kegelapan, bangunan lapang, dan pokok dengan buah yang “paling manis”—ialah jemputan yang mengilhami untuk menerima berkat-berkat kasih dan korban tebusan Yesus Kristus. Namun bagi Lehi, penglihatan ini ialah tentang keluarganya: “Oleh kerana hal yang telah aku lihat, aku mempunyai sebab untuk bersukacita dalam Tuhan kerana Nefi dan juga kerana Sam. … Tetapi lihatlah, Laman dan Lemuel, aku tersangat khuatir keranamu” (1 Nefi 8:3–4). Apabila Lehi selesai menggambarkan penglihatannya, dia merayu Laman dan Lemuel untuk “mendengar kata-katanya, agar barangkali Tuhan akan berbelas kasihan terhadap mereka” (1 Nefi 8:37). Bahkan jika anda sudah mengkaji penglihatan Lehi banyak kali, kali ini berfikir seperti cara Lehi berfikir—fikirkan seseorang yang anda kasihi. Ketika anda berbuat demikian, batang besi, bahaya bangunan lapang dan kemanisan buah akan mempunyai makna baru. Anda akan lebih faham “segala perasaan seorang ibu bapa yang penyayang” yang menerima penglihatan yang luar biasa ini.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Saya boleh mengampuni orang lain.
Apakah yang anda kagum tentang contoh Nefi dalam 1 Nefi 7:6–21? Bagaimanakah kita diberkati apabila kita “tulus ikhlas mengampunkan” satu sama lain?
Berpegang teguh pada firman Tuhan membawa saya kepada Juruselamat dan membantu saya merasakan kasih-Nya.
Penglihatan Lehi menawarkan jemputan untuk merenung di mana anda berada dalam perjalanan peribadi anda untuk menjadi seperti Kristus. Presiden Boyd K. Packer berkata: “Anda berada di dalamnya; kita semua berada di dalamnya. Mimpi atau penglihatan Lehi tentang batang besi mempunyai segala-galanya … Orang Suci Zaman Akhir perlu untuk memahami ujian kehidupan” (“Lehi’s Dream and You,” New Era, Jan. 2015, 2).
Semasa anda belajar, pertimbangkan untuk mengisi carta seperti ini.
Lambang dari penglihatan Lehi |
Makna |
Soalan untuk direnungkan |
---|---|---|
Lambang dari penglihatan Lehi Pokok dan buahnya (1 Nefi 8:10–12) | Makna | Soalan untuk direnungkan Apakah yang saya lakukan untuk menjemput orang lain untuk merasa kasih Tuhan? |
Lambang dari penglihatan Lehi Sungai (1 Nefi 8:13) | Makna | Soalan untuk direnungkan |
Lambang dari penglihatan Lehi Batang besi (1 Nefi 8:19–20, 30) | Makna | Soalan untuk direnungkan |
Lambang dari penglihatan Lehi Kabut kegelapan (1 Nefi 8:23) | Makna | Soalan untuk direnungkan |
Lambang dari penglihatan Lehi Bangunan besar dan lapang (1 Nefi 8:26–27, 33) | Makna | Soalan untuk direnungkan |
Lambang dari penglihatan Lehi | Makna | Soalan untuk direnungkan |
Anda juga boleh mencari ayat-ayat berikut untuk mempelajari tentang empat kumpulan orang yang Lehi lihat: 1 Nefi 8:21–23, 24–28, 30, dan 31–33. Apakah perbezaan yang anda perhatikan antara kumpulan-kumpulan ini? Mengapakah ada orang pergi setelah sampai ke pokok dan merasai buahnya (lihat ayat 24–28)? Apakah yang anda pelajari daripada pengalaman ini?
Lihat juga Kevin W. Pearson, “Tinggal di Pohon,” Liahona, Mei 2015, 114–16.
Nabi-nabi purba tahu tentang misi Yesus Kristus dan bersaksi tentang Dia.
Mengapakah Tuhan ingin keluarga Lehi—dan kita semua—untuk tahu kebenaran yang terdapat dalam 1 Nefi 10:2–16? Pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu orang yang dikasihi menjemput Juruselamat ke dalam kehidupan mereka.
Tuhan akan mengungkapkan kebenaran kepada saya dengan kuasa Roh Kudus.
Bagaimanakah anda bertindak apabila diminta untuk menjalankan asas injil yang anda tidak fahami? Dalam tulisan suci berikut, perhatikan perbezaan antara tindak balas Nefi terhadap penglihatan Lehi (lihat 1 Nefi 10:17–19; 11:1) dan tindak balas Laman dan Lemuel (lihat 1 Nefi 15:1–10). Apakah kebenaran yang difahami oleh Nefi sehingga menyebabkan dia bertindak seperti itu?
Dengan memikirkan teladan Nefi, senaraikan asas-asas injil yang anda ingin lebih fahami. Apakah yang anda boleh lakukan untuk mencari jawapan sendiri? (Lihat juga “Kebenaran Akan Membebaskan Anda” dalam Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan, 30–33.)
Sama seperti Nefi temui sendiri kebenaran kata-kata bapanya, kita boleh melakukan hal yang sama apabila kita mendengar kata-kata para nabi dan rasul moden. Apakah yang para nabi dan rasul ajarkan kita dalam persidangan umum terkini? Bagaimanakah anda telah memperoleh kesaksian peribadi tentang apa yang mereka ajarkan?
Lihat juga 1 Nefi 2:11–19; Ajaran dan Perjanjian 8:1–3; “Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 66.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Berpegang teguh pada firman Tuhan membawa saya kepada-Nya dan membantu saya merasakan kasih-Nya.
-
Anak-anak anda boleh melukis penglihatan Lehi semasa anda membaca 1 Nefi 8 bersama. Minta mereka berkongsi lukisan mereka dan bantu mereka temukan maksud lambang mimpi itu (lihat 1 Nefi 11:21–22; 12:16–18; 15:23–33, 36 dan halaman aktiviti minggu ini). Minta mereka untuk berkongsi seberapa banyak jawapan yang mereka boleh untuk soalan ini: Apakah yang kita pelajari dari penglihatan Lehi?
-
Adakah anda ada sesuatu benda yang boleh mewakili batang besi dalam penglihatan Lehi, seperti paip atau kayu? Minta anak-anak anda berpegang pada benda itu semasa anda membawa mereka mengelilingi bilik ke gambar Juruselamat. Mengapa batang besi itu penting dalam penglihatan Lehi? (Lihat 1 Nefi 8:20, 24, 30). Bagaimanakah batang besi seperti firman Tuhan?
-
Jemput beberapa anak anda untuk membaca 1 Nefi 8:10–12 dan gambarkan apa yang Lehi lihat. Minta yang lain untuk baca 1 Nefi 11:20–23 dan jelaskan apa yang Nefi lihat. Mengapakah malaikat menunjukkan bayi Yesus untuk mengajar Nefi tentang kasih Tuhan? Bercakap dengan anak-anak anda tentang bagaimana mereka telah merasakan kasih Tuhan dalam kehidupan mereka. Lagu seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 42) boleh membantu mereka fikirkan contoh.
Tuhan akan mengungkapkan kebenaran kepada saya melalui kuasa Roh Kudus.
-
Bagaimanakah anda dapat membantu anak-anak anda fahami ajaran Nefi dalam 1 Nefi 10:19? Mungkin anda boleh simpan gambar Juruselamat atau objek istimewa lain di dalam selimut dan minta anak-anak anda untuk membukanya. Semasa anda membaca 1 Nefi 10:19, mereka boleh mengangkat tangan apabila mendengar perkataan “didedahkan” dan “Roh Kudus.” Kemudian anda boleh berkongsi pengalaman ketika Roh Kudus membantu anda menemui kebenaran.
-
Minta anak anda bercakap tentang apa yang mereka lakukan untuk mencari jawapan. Apakah yang mungkin Nefi katakan jika seseorang bertanya bagaimana mencari jawapan kepada soalan injil? Galakkan anak-anak untuk mencari dengan membaca 1 Nefi 10:17–19; 11:1.
-
Pernahkah anak-anak anda merasakan Roh Kudus membantu mereka tahu bahawa sesuatu itu benar? Minta mereka berkongsi pengalaman. Apakah yang kita akan katakan kepada kawan yang rasa dia tidak dapat terima jawapan melalui Roh Kudus? Apakah yang kita temui dalam 1 Nefi 10:17–19 dan 11:1 yang boleh membantu kawan itu?