“22–28 Januari: ‘Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan.’ 1 Nefi 11–15,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)
“22–28 Januari. 1 Nefi 11–15,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)
22–28 Januari: “Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan”
1 Nefi 11–15
Apabila Tuhan ada pekerjaan yang besar untuk nabi-Nya, Dia sering memberi nabi itu satu penglihatan yang besar. Musa, Yohanes, Lehi, dan Joseph Smith semuanya ada penglihatan seperti itu—penglihatan yang mengembangkan fikiran mereka dan membantu mereka melihat betapa agung dan kagumnya pekerjaan Tuhan.
Nefi juga ada penglihatan yang mengubah hidup. Dia melihat pelayanan Juruselamat, masa depan keturunan Lehi di negeri yang dijanjikan, dan takdir zaman akhir pekerjaan Tuhan. Selepas penglihatan ini, Nefi lebih bersedia untuk pekerjaan yang akan datang. Membaca tentang penglihatan ini dapat membantu anda bersedia—kerana Tuhan juga ada pekerjaan untuk anda lakukan di kerajaan-Nya. Anda berada di antara “orang suci gereja Anak Domba” yang Nefi lihat, “yang telah dicerai-beraikan ke seluruh permukaan bumi; dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan kuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung” (1 Nefi 14:14).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Tuhan mengutus Yesus Kristus sebagai penyataan kasih-Nya.
Apabila Nefi tanya malaikat tentang makna pokok dalam penglihatan Lehi, malaikat itu boleh beritahu, “Ia mewakili kasih Tuhan.” Sebaliknya, dia tunjukkan Nefi lambang dan peristiwa dari kehidupan Juruselamat. Cari lambang dan peristiwa ini semasa anda membaca dan merenungkan 1 Nefi 11. Apakah yang anda temui yang membantu anda fahami mengapa Yesus Kristus adalah ungkapan utama kasih Tuhan?
Bagaimanakah Juruselamat telah membantu anda merasakan kasih Bapa Syurgawi?
Lihat juga Susan H. Porter, “Kasih Tuhan: Yang Paling Membahagiakan Kepada Jiwa,” Liahona, Nov. 2021, 33–35.
Saya boleh “disenjatai dengan kesolehan” dan kuasa.
Nefi tidak hidup untuk menyaksikan banyak hal yang dia nampak dalam penglihatannya. Mengapakah anda rasa mengetahui hal-hal ini bernilai bagi Nefi? Mengapakah ia penting untuk anda tahu? Tanya soalan ini setiap kali anda membaca tentang sesuatu yang Nefi lihat dalam penglihatannya (lihat 1 Nefi 12–14). Apakah tanggapan yang anda terima tentang peranan anda dalam “pekerjaan yang menakjubkan dan agung”? (1 Nefi 14:7). Apakah beberapa perkara yang menakjubkan dan agung yang Dia telah lakukan untuk anda?
Pertimbangkan terutamanya janji dalam 1 Nefi 14:14. Bagaimanakah Juruselamat telah memenuhi janji ini dalam hidup anda? (Untuk contoh, lihat David A. Bednar, “Dengan Kuasa Tuhan dalam Kemuliaan yang Agung,” Liahona, Nov. 2021, 28–30, terutamanya dua bahagian terakhir.)
Apakah “gereja besar dan keji” yang Nefi lihat?
Presiden Dallin H. Oaks menjelaskan bahawa “gereja yang besar dan keji” yang Nefi gambarkan mewakili “sebarang falsafah atau organisasi yang menentang kepercayaan kepada Tuhan. Dan ‘penawanan’ yang ‘gereja’ ini berusaha membawa orang suci tidak merupakan kurungan jasmani tetapi penawanan idea-idea palsu” (“Stand as Witnesses of God,” Ensign, Mac. 2015, 32). Bagaimanakah Juruselamat membantu anda mengelak—dan melepaskan diri daripada—penawanan idea-idea palsu?
Tuhan akan menjawab jika saya bertanya dalam iman.
Adakah anda pernah rasa seperti anda tidak menerima wahyu peribadi—bahawa Tuhan tidak bercakap kepada anda? Apakah nasihat yang Nefi berikan kepada abang-abangnya apabila mereka rasa begini? (Lihat 1 Nefi 15:1–11.) Bagaimanakah anda dapat gunakan nasihat Nefi dalam kehidupan anda?
Berpegang teguh pada firman Tuhan membantu saya menentang pengaruh Setan.
Nefi sering ada hal-hal yang penting untuk dikatakan kepada saudara-saudaranya. Tetapi dia kelihatan sangat bersemangat tentang apa yang dia beritahu mereka dalam 1 Nefi 15:23–25. Apakah pesanan Nefi, dan menurut anda mengapa dia bersemangat mengenainya?
Elder David A. Bednar mengajar bahawa “firman Tuhan” boleh merujuk kepada tulisan suci, kata-kata nabi hidup dan Yesus Kristus Sendiri. Menurut anda apa maksud “berpegang teguh” pada tulisan suci dan kata-kata nabi hidup? Apakah maksud “berpegang teguh” kepada Yesus Kristus? Anda boleh mencari jawapan dalam pesanan Elder Bednar “Tetapi Kami Tidak Menghiraukan Mereka” (Liahona, Mei 2022, 14–16).
Bagaimanakah berpegang teguh kepada firman Tuhan membantu anda menentang musuh? Mengisi jadual seperti ini boleh membantu mengatur pemikiran anda:
… membantu saya mengatasi kegelapan godaan? (lihat 1 Nefi 12:17) |
… membantu saya “tidak menghiraukan” kesombongan dan keangkuhan dunia? (1 Nefi 12:18) | |
Bagaimanakah berpegang kuat kepada tulisan suci dan kata-kata nabi hidup … | ||
Bagaimanakah berpegang teguh kepada Juruselamat … |
Lihat juga Jorge F. Zeballos, “Membina Kehidupan Yang Menentang Musuh,” Liahona, Nov. 2022, 50–52.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Bapa Syurgawi menghantar Yesus Kristus kerana Dia mengasihi saya.
-
Untuk mengajar Nefi tentang kasih Tuhan, malaikat tunjukkan Nefi peristiwa dari kehidupan Juruselamat. Anda boleh lakukan hal yang sama untuk anak-anak anda—berikan mereka gambar tentang peristiwa yang Nefi lihat 1 Nefi 11:20, 24, 27, 31, dan 33 (lihat Buku Seni Injil, no. 30, 35, 39, 42, 57). Semasa anda membaca ayat-ayat ini, bantu anak-anak anda mencari gambar yang padan dengannya. Apakah yang kita pelajari tentang Yesus Kristus daripada ayat dan gambar ini?
-
Menyanyi lagu seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20) boleh membantu anak-anak anda merasakan kasih Tuhan. Selepas anda menyanyi, tanyakan anak-anak anda apa yang mereka pelajari dari lagu itu. Apa lagi kita belajar tentang kasih Tuhan dari 1 Nefi 11:22–23?
Kitab Mormon mengajarkan kebenaran berharga.
-
Untuk membantu anak-anak anda menghargai kebenaran “jelas dan berharga” dalam Kitab Mormon, anda boleh melukis dan menjemput anak-anak anda untuk menukar atau keluarkan bahagian lukisan itu agar kelihatan berbeza. Anda boleh gunakan ini untuk mengajar bahawa hal-hal dalam Alkitab telah diubah dan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Baca bersama 1 Nefi 13:40 dan bercakap tentang bagaimana Kitab Mormon (“catatan-catatan terakhir ini”) membantu kita memahami “perkara yang jelas dan berharga” yang hilang daripada Alkitab (rekod “pertama”). Apakah kebenaran “jelas dan berharga” yang anda telah pelajari dari Kitab Mormon?
Berpegang teguh kepada firman Tuhan membantu saya menolak godaan.
-
Beri anak-anak anda peluang untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentang penglihatan Lehi. Anda boleh gunakan gambar, seperti yang ada dalam panduan minggu lepas. Apakah yang menyebabkan orang tidak sampai ke pokok itu? Apakah yang membantu mereka sampai ke situ? Anda boleh minta mereka untuk mencari batang besi itu dalam gambar. Baca 1 Nefi 15:23–24 bersama untuk tahu maksud batang besi dan bagaimana ia boleh membantu kita.