Ikutlah Aku 2024
29 Januari–4 Februari: “Aku Akan Menyediakan Jalan Di Hadapanmu.” 1 Nefi 16–22


“29 Januari–4 Februari: ‘Aku Akan Menyediakan Jalan Di Hadapanmu.’ 1 Nefi 16–22,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“29 Januari–4 Februari. 1 Nefi 16–22,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

orang ramai memeriksa Liahona

29 Januari–4 Februari: “Aku Akan Menyediakan Jalan Di Hadapanmu”

1 Nefi 16–22

Ketika keluarga Lehi berhijrah ke negeri yang dijanjikan, Tuhan telah berjanji: “Aku akan menyediakan jalan di hadapanmu, jika terjadilah bahawa engkau mematuhi perintah-perintah-Ku” (1 Nefi 17:13). Jelasnya, janji itu tidak bermaksud perjalanan mereka akan menjadi mudah—ahli keluarga masih tidak bersefahaman, busur patah, ada orang bergelut dan mati, dan mereka masih perlu membina sebuah kapal dari bahan-bahan mentah. Namun, apabila keluarga itu menghadapi kesukaran atau tugas yang kelihatan mustahil, Nefi tahu Tuhan tidak pernah jauh. Dia tahu bahawa Tuhan “akan memelihara [mereka yang beriman], dan menguatkan mereka, dan menyediakan cara agar mereka dapat melaksanakan apa yang Dia perintahkan kepada mereka” (1 Nefi 17:3). Jika anda pernah terfikir mengapa perkara buruk berlaku kepada orang baik seperti Nefi dan keluarganya, anda mungkin temui pemahaman dalam bab-bab berikut. Tetapi yang lebih penting, anda akan melihat apa yang orang baik lakukan apabila perkara buruk berlaku.

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

1 Nefi 16–18

ikon seminari
Juruselamat akan membantu saya menghadapi cabaran hidup.

Keluarga Nefi menghadapi beberapa cabaran yang susah—seperti kita semua. Apakah yang anda boleh pelajari daripada Nefi tentang menghadapi kesukaran dengan iman kepada Yesus Kristus? Baca tentang pengalaman dia dalam 1 Nefi 16:17–32; 16:34–39; 17:7–16; 18:1–4; dan 18:9–22. Pertimbangkan untuk mencatat apa yang anda temui di bawah tajuk seperti ini: “Cabaran,” “Bagaimana Nefi Bertindak,” dan “Bagaimana Tuhan Membantu.” Apakah yang anda pelajari dan boleh gunakan dalam cabaran yang anda hadapi?

Selepas belajar daripada Nefi dan keluarganya, anda boleh mencatatkan tanggapan tambahan di bawah tajuk ini: “Cabaran Saya,” “Bagaimana Saya Akan Bertindak,” dan “Bagaimana Tuhan Boleh Membantu Saya.” Semasa anda melakukannya, anda boleh merujuk kepada tulisan suci seperti ini: Matius 11:28–30; Yohanes 14:26–27; Mosia 24:13–15. Lagu rohani seperti “Di Mana Kiranya Damai Sejaht’ra” (Nyanyian Rohani, no. 46), dapat menguatkan iman anda kepada Juruselamat dan bantuan yang Dia tawarkan semasa masa pencubaan.

Lihat juga Anthony D. Perkins, “Ingatlah Para Orang Suci-Mu yang Menderita, Ya Tuhan Kami,” Liahona, Nov. 2021, 103–5.

1 Nefi 16:10–16, 23–31; 18:11–22

Tuhan membimbing saya melalui cara yang kecil dan mudah.

Apabila Tuhan memimpin keluarga Lehi ke padang belantara, Dia tidak memberikan mereka peta yang menunjukkan setiap perincian perjalanan. Sebaliknya, Dia memberi Liahona untuk membimbing mereka setiap hari. Ketika anda membaca 1 Nefi 16:10–16, 23–31, dan 18:10–22, pertimbangkan untuk senaraikan asas-asas yang menggambarkan bagaimana Tuhan membimbing anak-anak-Nya (contohnya, 1 Nefi 16:10 mengajar bahawa Tuhan kadangkala membimbing kita dalam cara yang kita tidak jangka). Apakah persamaan yang anda lihat antara Liahona dan Roh Kudus? Apakah “cara-cara kecil” yang Dia telah mendatangkan “perkara yang besar” dalam hidup anda?

Lihat juga Alma 37:7, 38–47; Ajaran dan Perjanjian 64:33–34.

Lehi menggunakan Liahona

If Ye Are Prepared Ye Shall Not Fear [Jika Kamu Bersedia Kamu Tidak Akan Takut], oleh Clark Kelley Price

1 Nefi 17:1–6, 17–22

Cubaan saya boleh menjadi sebuah berkat.

Walaupun Nefi dan saudara-saudaranya menghadapi cabaran yang sama di padang belantara, pengalaman mereka sangat berbeza. Anda boleh membandingkan laporan Nefi tentang perjalanan di padang belantara (lihat 1 Nefi 17:1–6) dengan laporan saudara-saudaranya (lihat 1 Nefi 17:17–22). Apakah yang Nefi tahu atau lakukan yang membantu dia mempunyai perspektif yang setia? Pertimbangkan untuk menulis tentang percubaan baru-baru ini atau semasa dari perspektif iman dan kesyukuran. Apakah yang anda rasa atau pelajari daripada ini?

Lihat juga Amy A. Wright, “Kristus Menyembuhkan Apa yang Telah Hancur,” Liahona, Mei 2022, 81–84.

Masa renungan yang senyap. Ambil masa untuk berfikir, merenung, atau menulis boleh membawa ilham. Ia boleh membantu kita lihat bagaimana ajaran atau asas injil berkaitan dengan kehidupan kita. Apabila anda mengajar orang lain, beri mereka masa untuk merenung dan menulis tanggapan mereka. Ini juga boleh meningkatkan kesediaan mereka untuk berkongsi fikiran dan perasaan dengan orang lain.

1 Nefi 19:22–24; 20–22

Saya boleh “mengibaratkan semua tulisan suci” kepada diri sendiri.

Kerana tulisan suci ditulis lama dahulu, ia mungkin kelihatan seperti tidak berkaitan dengan kita hari ini. Tetapi Nefi lebih tahu. “Aku mengibaratkan semua tulisan suci kepada kami,” dia berkata, “agar ia boleh menjadi keuntungan dan pembelajaran kepada kami” (1 Nefi 19:23). Inilah satu sebab Nefi temui begitu banyak kuasa rohani dalam tulisan suci.

Pertimbangkan soalan seperti berikut semasa anda membaca 1 Nefi 20–22:

1 Nefi 20:1–9.Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang orang-orang pada zaman Yesaya? Apakah yang anda temui yang sesuai dengan anda?

1 Nefi 20:17–22.Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang bagaimana Bapa Syurgawi memimpin umat pada zaman Yesaya? Bagaimanakah Dia menjemput anda untuk mengikuti-Nya?

Apakah lagi yang anda temui dalam 1 Nefi 20–22 yang anda boleh “mengibaratkan” dengan diri anda?

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

1 Nefi 16:10, 28–29; 18:8–13, 20–22

Apabila saya mematuhi perintah-perintah, Tuhan membimbing saya.

  • Jika anda ada kompas, peta atau sesuatu yang lain yang membantu kita mencari jalan, anda boleh tunjukkan kepada anak-anak anda. Ini boleh menjadi cara yang baik untuk memulakan perbincangan tentang Liahona, yang anda boleh baca dalam 1 Nefi 16:10, 28–29. Apakah beberapa sebab kompas atau peta mungkin tidak berfungsi? Mengapakah Liahona kadangkala tidak berfungsi untuk keluarga Lehi? (lihat 1 Nefi 18:9–12, 20–22). Apakah yang Bapa Syurgawi berikan kita hari ini untuk membimbing kita kembali kepada-Nya?

  • Untuk membantu anak-anak anda gunakan apa yang mereka pelajari tentang Liahona dalam 1 Nefi 16:10, 26–31; 18:8–22, anda boleh menjemput mereka untuk fikirkan keputusan penting atau sukar. Apakah yang Tuhan berikan untuk membimbing kita hari ini yang berfungsi seperti Liahona? (Lihat, contohnya, Alma 37:38–44.) Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman peribadi di mana Bapa Syurgawi telah membimbing anda.

1 Nefi 16:21–32

Saya boleh menjadi contoh yang baik kepada keluarga saya.

  • Semasa anda membaca 1 Nefi 16:21–32 bersama, bantu anak-anak anda tahu bagaimana teladan Nefi memberkati keluarganya. Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang bagaimana kita boleh menjadi seperti Nefi. Jemput anak-anak anda untuk merancang satu perkara yang mereka boleh lakukan untuk menjadi pengaruh yang baik kepada ahli keluarga yang lain.

1 Nefi 17:7–19; 18:1–4

Bapa Syurgawi dapat membantu saya melakukan hal-hal yang sukar.

  • Kanak-kanak suka bercerita. Anda boleh menjemput mereka untuk menceritakan kisah Nefi diperintahkan untuk membina sebuah kapal (lihat 1 Nefi 17:7–19; 18:1–4; lihat juga “Bab 7: Membina Kapal,” dalam Cerita-Cerita Kitab Mormon, 21–22. Mereka juga boleh menyanyi bersama rangkap kedua “Keberanian Nefi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 64). Apakah yang membantu Nefi ada keberanian ketika abang-abangnya mengejeknya kerana cuba membina sebuah kapal?

  • Nefi tidak tahu bagaimana untuk membina kapal, jadi dia bergantung pada arahan Tuhan. Selepas membaca 1 Nefi 18:1, anak-anak anda boleh melengkapkan halaman aktiviti minggu ini. Semasa mereka melakukannya, bercakap dengan mereka tentang bagaimana Bapa Syurgawi dapat membantu kita melakukan hal-hal yang sukar, sama seperti Dia membantu Nefi.

Nefi bersama keluarganya di atas kapal

They Did Treat Me with Much Harshness [Mereka Memperlakukanku dengan Penuh Kekerasan], oleh Walter Rane