Ikutlah Aku 2024
19–25 Februari: “Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita.” 2 Nefi 6–10


“19–25 Februari: ‘Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita.’ 2 Nefi 6–10,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“19–25 Februari. 2 Nefi 6–10,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

Yesus sedang berdoa di Getsemani

Not My Will, but Thine, Be Done [Janganlah Turut Kehendak-Ku, Melainkan Kehendak-Mu Berlakulah], oleh Harry Anderson

19–25 Februari: “Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita”

2 Nefi 6–10

Sekurang-kurangnya telah 40 tahun semenjak keluarga Lehi meninggalkan Yerusalem. Mereka berada di negeri baharu yang asing, jauh dari Yerusalem. Lehi mati, dan keluarganya mulakan pertikaian yang kemudiannya berlangsung selama berabad di antara bangsa Nefi—“yang percaya kepada peringatan dan wahyu Tuhan”—dan bangsa Laman, yang tidak (2 Nefi 5:6). Yakub, yang merupakan adik lelaki Nefi dan kini telah ditahbiskan sebagai pengajar bagi bangsa Nefi, ingin umat perjanjian tahu Tuhan tidak melupai mereka, jadi mereka tidak harus melupakan Dia. Inilah pesanan yang pasti kita perlukan hari ini (lihat Ajaran dan Perjanjian 1:15–16). “Marilah kita mengingati Dia … kerana kita tidak tersingkir. … Agungnya janji-janji Tuhan,” Yakub mengisytiharkan (2 Nefi 10:20–21). Di antara janji itu, yang paling besar ialah janji tentang “korban tebusan” untuk mengatasi kematian dan neraka (2 Nefi 9:7). “Oleh kerana itu,” Yakub menyimpulkan, “hiburkanlah hatimu”! (2 Nefi 10:23).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

2 Nefi 6–8

Tuhan berbelas kasihan terhadap umat-Nya dan akan menggenapi perjanjian-Nya.

Untuk membantu bangsanya fahami mereka ialah sebahagian bani Israel dan boleh percaya kepada Tuhan dan janji-Nya, Yakub memetik nubuat Yesaya, yang tercatat dalam 2 Nefi 6–8. Itu pesanan untuk anda juga, kerana Orang Suci Zaman Akhir juga sebahagian daripada umat perjanjian Tuhan. Semasa anda membaca bab ini, fikirkan soalan seperti berikut:

  • Apakah yang dapat saya belajar tentang kasih Penebusan Juruselamat untuk saya? Apakah perkataan atau frasa yang menyatakan kasih ini dengan baik?

  • Apakah yang Juruselamat tawarkan kepada orang yang mencari Dia?

  • Apakah yang saya boleh lakukan untuk lebih beriman “menunggu” Juruselamat dan berkat yang Dia janjikan?

2 Nefi 9:1–26

ikon seminari
Yesus Kristus menyelamatkan saya dari dosa dan kematian.

Satu cara untuk memperdalamkan penghargaan anda untuk Yesus Kristus adalah dengan memikirkan apa yang akan berlaku kepada kita tanpa Dia. Semasa anda membaca 2 Nefi 9:1–26, pertimbangkan untuk menyenaraikan atau menanda dalam satu warna apa yang akan berlaku kepada kita tanpa Korban tebusan Yesus Kristus. Kemudian, dalam senarai atau warna lain, anda boleh mengenal pasti apa yang kita boleh terima melalui Korban tebusan Juruselamat. Berdasarkan apa yang anda baca, bagaimana anda akan menjelaskan mengapa kita memerlukan Korban Tebusan Yesus Kristus? Apakah yang mengilhami anda untuk memuji “kebijaksanaan Tuhan, belas kasihan dan rahmat-Nya”? (2 Nefi 9:8).

Selain mengajar apa yang Yesus Kristus selamatkan kita, Yakub juga memberikan pandangan tentang bagaimana Dia melakukannya. Pertimbangkan untuk mencatat apa yang anda temui dalam 2 Nefi 9:11–15, 20–24.

Yakub sangat kagum dengan rancangan penebusan Tuhan sehingga dia berseru, “Ya, betapa agungnya rancangan Tuhan kita.” Cari perisytiharannya dalam 2 Nefi 9 (kebanyakannya terdapat dalam ayat 8–20). Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat ini mengenai rancangan Tuhan? Apakah pengalaman yang telah membantu anda merasakan perasaan Yakub? Sebagai sebahagian daripada penyembahan dan pengkajian anda, pertimbangkan untuk mencari lagu rohani yang mungkin menyatakan perasaan anda tentang Dia, seperti “Betapa Agung Nama-Mu” (Nyanyian Rohani, no. 29).

2 Nefi 9:7

Korban tebusan Juruselamat adalah tidak terhingga.

Apakah yang anda boleh lakukan untuk lebih memahami “korban tebusan [Yesus Kristus] yang tidak terhingga”? (2 Nefi 9:7). Mungkin anda boleh melihat benda yang tidak terhingga bilangannya—rumput di padang, butiran pasir di pantai, atau bintang di langit. Bagaimana Korban Tebusan Juruselamat tidak terhingga? Bagaimanakah ia juga peribadi? Apakah frasa dalam 2 Nefi 9 yang membantu anda mensyukuri apa yang Juruselamat lakukan untuk anda?

2 Nefi 9:27–54

Saya boleh datang kepada Kristus dan mengikuti rancangan Tuhan.

Di dalam 2 Nefi 9, Yakub gunakan dua ayat berkuasa dan bertentangan: “rancangan yang penuh belas kasihan daripada Pencipta agung” dan “rancangan yang licik dari yang jahat itu” (2 Nefi 9:6, 28). Anda boleh melukis satu jalan dan melabelkannya Rancangan Bapa Syurgawi. Kemudian kaji 2 Nefi 9:27–52. Cari amaran dan jemputan yang Yakub berikan untuk membantu kita mengikuti rancangan ini. Tulis apa yang anda temui di sebelah jalan itu. Bagaimanakah Setan cuba menjauhkan kita dari rancangan Tuhan? Apakah yang anda terilham untuk lakukan sebagai respon kepada amaran dan jemputan Yakub?

2 Nefi 10:20, 23–25

Pengorbanan Yesus Kristus boleh bawakan saya kebahagiaan.

Pesanan Yakub ialah pesanan sukacita. “Aku mengucapkan hal-hal ini kepadamu,” dia kata, “agar kamu dapat berbahagia dan mengangkat kepalamu selama-lamanya (2 Nefi 9:3). Semasa anda membaca 2 Nefi 10:20, 23–25, apakah yang anda temui yang menggembirakan hati anda? Apakah yang anda akan lakukan untuk mengingati hal-hal ini apabila anda rasa putus asa?

Lihat juga Yohanes 16:33; D. Todd Christofferson, “Kebahagiaan Orang Suci,” Liahona, Nov. 2019, 15–18.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

2 Nefi 9:6–10, 19–24

Yesus Kristus ialah Juruselamat saya.

  • Bagaimanakah anda akan membantu anak-anak anda memahami dan merasa mereka perlukan Juruselamat Yesus Kristus? Halaman aktiviti minggu ini boleh membantu. Ia menggunakan analogi mudah seperti lubang dan tangga. Pertimbangkan untuk gunakan 2 Nefi 9:21–22 untuk bercakap dengan anak-anak anda tentang mengapa anda bersyukur untuk Yesus Kristus.

  • Salah satu cara untuk membantu anak-anak anda memahami mengapa kita memerlukan Juruselamat adalah untuk mengajar mereka tentang Kejatuhan. Anda boleh tunjukkan gambar Adam dan Hawa, seperti Leaving the Garden of Eden [Meninggalkan Taman Eden] (Gospel Library), dan gambar Yesus Kristus di atas salib. Pertimbangkan untuk minta mereka menggambarkan apa yang berlaku dalam setiap gambar. Bagaimanakah kita seperti Adam dan Hawa? Mungkin 2 Nefi 9:6–10 dapat membantu mereka melihat apa yang Yesus Kristus lakukan untuk kita. Pertimbangkan untuk menjemput anak-anak untuk berkongsi perasaan mereka tentang Yesus Kristus. Lagu seperti “Kurasakan Kasih Jurus’lamat” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 42) boleh membantu.

Mengajar kebenaran dengan cerita dan contoh. Pastikan cerita dan contoh yang anda gunakan mengajarkan kebenaran. Contohnya, apabila gunakan halaman aktiviti minggu ini, ajar bahawa Yesus Kristus datang ke dalam “lubang” untuk membantu kita dalam setiap langkah memanjat keluar.

2 Nefi 9:20, 28–29, 42–43, 49

“Hatiku bersukacita dalam kesolehan.”

  • Untuk galakkan anak-anak anda untuk “[bersukacita] dalam kesolehan” atau patuhi Tuhan dengan gembira (2 Nephi 9:49), mungkin anda boleh berkongsi contoh di mana seorang kanak-kanak membuat pilihan yang baik atau pilihan yang buruk. Jemput anak-anak untuk berdiri apabila pilihan membawa kegembiraan dan duduk apabila pilihan itu membawa kesedihan. Bilakah kita pernah berasa gembira kerana kita membuat pilihan untuk mengikuti Yesus Kristus?

  • Anak-anak anda mungkin akan berinteraksi dengan orang (jika mereka belum) yang berfikir bahawa perintah-perintah Tuhan adalah bodoh atau lapuk. Mungkin anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang bagaimana untuk menjelaskan sebab kami gembira untuk mematuhi perintah. Mengapakah ia penting untuk mempercayai nasihat Tuhan walaupun kita tidak memahami sepenuhnya? Anda boleh galakkan mereka untuk mencari dalam 2 Nefi 9:20, 28–29, 42–43 untuk memikir dan membincangkan soalan-soalan ini.

Yesus menyembuhkan orang

He Healed Many of Diverse Diseases [Dia Menyembuhkan Banyak Orang yang Menderita Pelbagai Penyakit], oleh J. Kirk Richards