Ikutlah Aku 2024
12–18 Februari: “Kami Hidup Menurut Cara Kegembiraan.” 2 Nefi 3–5


“12–18 Februari: ‘Kami Hidup Menurut Cara Kegembiraan.’ 2 Nefi 3–5,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“12–18 Februari. 2 Nefi 3–5,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

Nefi dan isterinya

12–18 Februari: “Kami Hidup Menurut Cara Kegembiraan”

2 Nefi 3–5

Membaca 1 Nefi, anda mungkin beranggapan bahawa Nefi mendapat banyak tarikan. “Besar” secara jasmani dan rohani (1 Nefi 2:16), dia seakan tidak goyah dengan dugaan yang dia dihadapi. Atau sekurang-kurangnya itu anggapan kita. Walaupun iman Nefi luar biasa, kata-kata lembutnya dalam 2 Nefi 4 mengungkapkan bahkan orang yang beriman kadangkala merasa “malang” dan “senang [diganggu]” oleh godaan. Di sini kita melihat seseorang yang sedang mencuba, yang ingin menjadi gembira, tetapi “hati-[nya] mengerang akibat dosa-dosa-[nya].” Kita boleh fahami ini dan faham tekad penuh harapan yang menyusul: “walaupun demikian, aku tahu kepada siapa aku telah percaya” (lihat 2 Nefi 4:15–19).

Walaupun Nefi dan bangsanya belajar untuk hidup “menurut cara kegembiraan” (2 Nefi 5:27), mereka juga dapati kegembiraan tidak datang dengan mudah atau tanpa masa kesedihan. Ia datang dari mempercayai Tuhan, “batu kesolehan [kita]” (2 Nefi 4:35).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

2 Nefi 3:6–24

ikon seminari
Joseph Smith telah dipilih oleh Tuhan untuk memulihkan Injil.

Lehi berkongsi dengan anak lelakinya Yusuf sebuah nubuat yang Yusuf dari Mesir berikan. Nubuat itu adalah tentang masa depan “pelihat terpilih,” Joseph Smith. Apakah yang ayat 6–24 katakan bahawa Joseph Smith akan lakukan untuk memberkati umat Tuhan? Pertimbangkan bagaimana kerja Joseph Smith telah “sangat berharga” kepada anda Fikirkan tentang soalan-soalan seperti ini dan pertimbangkan untuk mencatat jawapan anda:

  • Apakah yang anda tahu tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus kerana apa yang Joseph Smith ajarkan?

  • Bagaimanakah kehidupan anda berbeza kerana apa yang Tuhan telah pulihkan melalui Joseph Smith?

  • Apakah akan terjadi kepada hidup anda jika Pemulihan tidak berlaku?

Satu bahagian penting dari misi Joseph Smith adalah untuk mendatangkan Kitab Mormon. Apakah yang anda pelajari dari bab ini tentang mengapa Kitab Mormon penting? Secara khususnya, anda boleh mencari sebab-sebab dalam ayat 7, 11–13, 18–24.

Lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Kejadian 50:24–38 (dalam lampiran Alkitab); “Puji Dia yang Tinggal dengan Yehova,” Nyanyian Rohani, no. 14.

Nabi Joseph Smith

Prophet of the Lord [Nabi Tuhan], oleh David Lindsley

2 Nefi 4:15–35

“Ya Tuhan, aku telah percaya kepada-Mu.”

Nefi berkata dia akan “menulis perkara-perkara jiwaku” (ayat 15). Semasa anda membaca apa yang dia tulis dalam 2 Nefi 4:15–35, tanya diri anda, “Apakah perkara-perkara jiwaku ?” Pertimbangkan untuk menulisnya, seperti yang Nefi lakukan dan kongsi dengan orang yang anda kasihi.

Melihat bagaimana Nefi mendapat penghiburan apabila dia rasa terbeban dan risau boleh membantu anda apabila anda ada perasaan yang serupa. Lihat ayat 15–35 untuk petikan-petikan yang membawa anda penghiburan. Adakah anda mengenali orang lain yang boleh mendapat penghiburan dalam petikan ini?

Lihat juga Ronald A. Rasband, “Perkara-Perkara Jiwaku,” Liahona, Nov. 2021, 39–41.

2 Nefi 5

Saya dapat menemui kebahagiaan dalam menjalani injil Yesus Kristus.

Apakah makna menjadi gembira bagi anda? Nefi menulis bahawa bangsanya hidup “menurut cara kegembiraan” (2 Nefi 5:27). Anda boleh mencari pilihan yang Nefi dan bangsanya buat yang membantu mereka bahagia (lihat, contohnya 2 Nefi 5:6, 10–17). Apakah yang boleh membantu anda membina kehidupan yang bahagia seperti orang Nefi?

2 Nefi 5:20–21

Apakah kutukan yang datang ke atas bangsa Laman?

Pada zaman Nefi, kutukan bangsa Laman adalah mereka “disingkirkan dari hadirat-[Nya] … kerana kederhakaan mereka” (2 Nefi 5:20–21). Ini bermakna bahawa Roh Tuhan telah ditarik dari kehidupan mereka. Ketika bangsa Laman kemudiannya menerima injil Yesus Kristus, “kutukan Tuhan tidak lagi menyertai mereka” (Alma 23:18).

Kitab Mormon juga menyatakan bahawa tanda kulit hitam dikenakan kepada bangsa Laman selepas bangsa Nefi berpisah daripada mereka. Tujuan dan kemunculan tanda ini tidak difahami sepenuhnya. Pada mulanya tanda itu membezakan bangsa Laman daripada bangsa Nefi. Kemudian, ketika bangsa Nefi dan bangsa Laman melalui masa-masa kejahatan dan kesolehan, tanda itu tidak lagi relevan.

Para nabi menegaskan pada zaman kita berkulit hitam bukanlah suatu tanda tidak disukai atau kutukan ilahi. Presiden Russell M. Nelson mengisytiharkan: “Saya jamin kepada anda bahawa kehadiran anda di hadirat Tuhan tidak ditentukan oleh warna kulit anda. Disenangi atau tidak disenangi oleh Tuhan adalah bergantung atas kebaktian anda kepada Tuhan dan perintah-perintah-Nya dan bukannya warna kulit anda” (“Membiarkan Tuhan Menang,” Liahona, Nov. 2020, 94).

Seperti yang Nefi ajarkan, Tuhan “tidak menolak sesiapa pun yang datang kepada dia, hitam dan putih, terikat dan bebas, lelaki dan perempuan; … semua adalah sama bagi Tuhan” (2 Nefi 26:33).

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

2 Nefi 3:6–24

Joseph Smith ialah seorang nabi.

  • Pertimbangkan bagaimana anda boleh mengajar anak-anak anda tentang pekerjaan besar yang Tuhan telah capai melalui Joseph Smith. Untuk mula, anda boleh bantu anak-anak anda mencari perkataan “pelihat” dalam 2 Nefi 3:6 dan jelaskan bahawa para nabi dipanggil pelihat kerana Bapa Syurgawi membantu mereka melihat perkara yang kita tidak dapat lihat. Kongsi mengapa anda bersyukur adanya seorang pelihat yang memimpin Gereja.

  • Buku Seni Injil ada beberapa gambar yang anda boleh gunakan untuk mengajar tentang pekerjaan yang Tuhan lakukan melalui Joseph Smith (lihat gambar 89–95). Minta anak-anak anda berkongsi apa yang mereka tahu tentang gambar tersebut. Mengapakah Joseph Smith dipanggil “pelihat terpilih”? Apakah yang Joseph Smith lakukan yang “sangat berharga”? (ayat 7).

2 Nefi 4:15–355

Saya suka “akan perkara-perkara Tuhan.”

  • Apakah yang membuat kita gembira? Pertimbangkan untuk membaca bersama ayat-ayat dari 2 Nefi 4 untuk tahu sebab Nefi bersukacita atau membuatnya gembira (lihat ayat 15–16, 20–25, 34–35). Dalam pesanannya “Perkara-Perkara Jiwaku,” Elder Ronald A. Rasband berkongsi tujuh “perkara-perkara Tuhan” yang berharga baginya (Liahona, Nov. 2021, 39–41). Mungkin anda boleh menyemak senarainya bersama dan bercakap tentang “perkara-perkara Tuhan” yang berharga bagi anda.

  • 2 Nefi 5 juga menggambarkan hal-hal yang membantu bangsa Nefi hidup “menurut cara kegembiraan” (ayat 27). Anda boleh sediakan beberapa perkataan atau gambar yang mewakili hal-hal ini dan bantu anak-anak anda padankan pada ayat-ayat dalam bab 5. Beberapa contoh termasuk keluarga (ayat 6), perintah Tuhan (ayat 10), tulisan suci (ayat 12), pekerjaan (ayat 15 dan 17), bait suci (ayat 16) dan panggilan Gereja (ayat 26). Bagaimanakah hal ini memberi kita kebahagiaan?

2 Nefi 5:15–16

Bait Suci ialah rumah Tuhan.

  • Semasa anda membaca 2 Nefi 5:15–16 kepada anak-anak anda, mereka boleh berpura-pura membantu Nefi membina sebuah bait suci. Anda juga boleh tunjukkan mereka gambar-gambar bangunan yang berbeza, termasuk bait suci. Bagaimanakah bait suci berbeza dari bangunan-bangunan lain? Saling berkongsi mengapa bait suci penting kepada anda (lihat juga “Ku Ingin Ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99).

Bila-bila masa pun boleh menjadi masa pengajaran. Jangan anggap mengajar keluarga anda sebagai sesuatu yang anda lakukan seminggu sekali semasa pelajaran formal. Fikirkannya sebagai sesuatu yang anda lakukan sepanjang masa.

Bangsa Nefi membina bait suci

The Temple of Nefi [Bait Suci Nefi], oleh Michael T. Malm