“26 Februari–3 Mac: ‘Nama-Nya Akan Disebut … Putera Damai.’ 2 Nefi 11–19,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)
“26 Februari–3 Mac. 2 Nefi 11–19,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)
26 Februari–3 Mac: “Nama-Nya Akan Disebut … Putera Damai”
2 Nefi 11–19
Mengukir pada kepingan-kepingan logam adalah tidak senang, dan ruang di atas kepingan-kepingan kecil Nefi adalah terhad. Jadi mengapa Nefi berusaha untuk menyalin banyak tulisan nabi Yesaya ke dalam catatannya? Dia melakukannya kerana dia mahu kita percaya kepada Yesus Kristus. “Jiwaku bersukacita,” dia menulis, “membuktikan kepada bangsaku kebenaran berkenaan kedatangan Kristus” (2 Nefi 11:4). Nefi telah melihat apa yang akan terjadi kepada bangsanya di generasi akan datang. Dia melihat, walaupun berkat besar mereka, mereka akan menjadi sombong, suka berselisih, dan duniawi (lihat 1 Nefi 12; 15:4–6). Dia juga melihat masalah yang sama pada zaman kita (lihat 1 Nefi 14). Tulisan Yesaya memberi amaran tentang kejahatan seperti itu. Tetapi ia juga memberi Nefi harapan untuk masa depan yang agung—pengakhiran kepada kejahatan, pengumpulan orang yang beriman, dan “cahaya yang sangat terang” untuk orang yang telah “berjalan dalam kegelapan” (2 Nefi 19:2). Semua ini akan berlaku kerana “seorang anak [telah] dilahirkan” yang dapat menamatkan segala persengketaan—“Putera Damai” (2 Nefi 19:6).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Bagaimanakah saya boleh lebih memahami ajaran Yesaya?
Nefi sedar bahawa “kata-kata Yesaya tidak jelas” (2 Nefi 25:4). Tetapi dia juga berkongsi idea untuk membantu kita mencari makna dalam tulisan Yesaya:
-
“Mengibaratkan kata-katanya kepada” diri anda (2 Nefi 11:2). Banyak ajaran Yesaya mempunyai beberapa maksud dan penggunaan. Contohnya, apabila anda membaca tentang tempat kediaman dalam 2 Nefi 14:5–6, pertimbangkan bagaimana ayat-ayat ini digunakan untuk rumah anda. Tanya diri anda, “Apakah yang Bapa Syurgawi ingin saya pelajari?”
-
Cari lambang Yesus Kristus (lihat 2 Nefi 11:4). Banyak ajaran Yesaya tentang Juruselamat disampaikan melalui lambang. Contohnya, bagaimana Juruselamat diwakili dalam 2 Nefi 19:2? Apakah yang lambang ini ajarkan tentang Dia?
-
“Cari untuk “dipenuhi roh nubuat” (2 Nefi 25:4). Semasa anda mengkaji, berdoa untuk bimbingan rohani. Mulanya anda mungkin tidak fahami segalanya, tetapi Roh boleh membantu anda mempelajari hal yang anda perlu tahu.
Anda boleh merujuk bantuan kajian dalam tulisan suci, termasuk nota kaki, pendahuluan bab dan Panduan Tulisan Suci. Buku panduan institut Kitab Mormon dan Perjanjian Lama ada maklumat tambahan yang dapat membantu anda belajar tentang konteks sejarah ajaran Yesaya.
Yesaya bersaksi tentang Yesus Kristus.
Kerana Yesaya menggunakan bahasa simbolik, kita mudah terabai kesaksiannya yang berkuasa tentang Yesus Kristus. Carilah Juruselamat dalam 2 Nefi 13:13; 14:4–6; 15:1–7; 16:1–7; 17:14; 18:14–15; 22:2. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang Dia?
Nubuat dalam 2 Nefi 19:6 menyenaraikan beberapa gelaran Yesus Kristus. Bagaimanakah Dia telah memenuhi peranan ini dalam hidup anda?
Lihat juga Ulisses Soares, “Yesus Kristus: Pengasuh Jiwa Kita,” Liahona, Mei 2021, 82–84.
Mereka yang sombong dan bersikap duniawi akan merendahkan hati.
Nefi sudah ramalkan bahawa keangkuhan akan mengakibatkan kejatuhan bangsanya (lihat 1 Nefi 12:19). Jadi, tidak hairan bahawa Nefi kongsi dengan bangsanya amaran Yesaya tentang keangkuhan. Dalam bab 12 dan 13, cari perkataan yang Yesaya gunakan untuk menggambarkan keangkuhan, seperti tinggi hati dan kesombongan. Dalam 2 Nefi 15:1–24, cari bahasa simbolik yang menggambarkan hasil keangkuhan. Kemudian anda boleh meringkaskan apa yang anda telah baca dalam kata-kata anda sendiri. Fikirkan bagaimana anda akan pilih untuk menjadi rendah hati.
Bait Suci ialah rumah Tuhan.
Yesaya memanggil bait suci “gunung Rumah Tuhan” (2 Nefi 12:2). Mengapakah gunung satu lambang yang baik untuk bait suci?
Bagaimanakah anda akan menjelaskan kepada seseorang mengapa kita memerlukan bait suci? Anda boleh mencari beberapa jawapan dalam 2 Nefi 12:2–3 dan pesanan Presiden Russell M. Nelson “Bait Suci dan Landasan Rohani Anda” (Liahona, Nov. 2021, 93–96). Berdasarkan apa yang anda baca, apakah yang Tuhan mahu anda belajar dan alami dalam rumah kudus-Nya? Apakah pengalaman yang anda pernah alami di sana?
Anda boleh temui soalan temu duga kad rekomen bait suci pada muka surat 36–37 dari Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan. Pertimbangkan untuk membaca setiap satu dan tanya diri anda, apakah yang soalan ini ajarkan saya tentang cara Tuhan? Bagaimanakah ia membantu saya “berjalan dalam jalan-Nya”?
Lihat juga “Di Gunung Nan Tinggi,” Nyanyian Rohani, no 4.
Yesus Kristus akan menebus umat-Nya.
Walaupun dia melihat kejahatan, Yesaya melihat harapan untuk masa depan. Pertimbangkan untuk mengkaji setiap petikan berikut. Tuliskan satu atau lebih kebenaran yang setiap ayat ini ajarkan tentang zaman kita: 2 Nefi 12:1–5; 14:2–6; 15:20–26; 19:2–8. Mengapakah anda rasa petikan ini penting untuk kita fahami?
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Bait Suci ialah rumah Tuhan.
-
Yesaya menggambarkan bait suci sebagai “gunung rumah Tuhan.” Anak-anak anda boleh berpura-pura mendaki gunung semasa anda membaca 2 Nefi 12:2–3. Bantu mereka mencari frasa dalam ayat-ayat ini yang menggambarkan mengapa kita mempunyai bait suci.
-
Untuk menggambarkan frasa tersebut “kita akan berjalan dalam jalan-jalan-Nya” dari 2 Nefi 12:3, anda boleh membuat jalan di atas lantai, membawa kepada gambar bait suci. Semasa anak-anak anda berjalan di jalan itu, mereka boleh namakan hal yang mereka boleh lakukan untuk berjalan di jalan Tuhan.
-
Mungkin anak-anak anda boleh melukis gambar mereka pergi ke bait suci. Mereka juga boleh menyanyi atau mendengar lagu tentang bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99). Bantu mereka mencari frasa dalam lagu yang mengajar apa itu bait suci dan apa yang kita lakukan di sana.
Yesus Kristus ialah Juruselamat saya.
-
Terdapat beberapa nama Yesus Kristus dalam 2 Nefi 11:4–7; 17:14; 19:6. Bantu anak-anak anda mencarinya dan bincangkan maksudnya. Contohnya, “Kristus” bermaksud “yang terpilih” dan “Imanuel” bermaksud “Tuhan bersama kita”. Apakah yang nama-nama ini ajarkan kita tentang Yesus?
Setan cuba mengelirukan saya tentang kebaikan dan kejahatan.
-
Tunjukkan anak anda sesuatu yang pahit atau masam, seperti sepotong lemon, dalam pembungkus gula-gula. Baca bersama 2 Nefi 15:20. Bagaimanakah Setan cuba jadikan hal-hal yang jahat kelihatan baik? Mengapakah Setan menyembunyikan dosa? Bagaimanakah Yesus Kristus membantu kita mengelak daripada ditipu oleh Setan?