“18–24 Mac: ‘Inilah Jalannya.’ 2 Nefi 31–33,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)
“18–24 Mac. 2 Nefi 31–33,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)
18–24 Mac: “Inilah Jalannya”
2 Nefi 31–33
Di antara kata-kata Nefi yang dicatatkan, kita temui perisytiharan ini: “Tuhan perintahkan kepadaku, dan aku mesti patuh” (2 Nefi 33:15). Ini adalah ringkasan yang baik tentang kehidupan Nefi. Dia cuba fahami kehendak Tuhan dan dengan berani mematuhinya—sama ada itu bermakna mempertaruhkan nyawanya untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang daripada Laban, membina perahu dan menyeberangi laut, atau dengan setia mengajar ajaran Kristus dengan kejelasan dan kuasa. Nefi berucap dengan yakin tentang keperluan “maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus,” untuk mengikuti “lorong sempit dan kecil yang menuntun kepada kehidupan kekal” (2 Nefi 31:20,18), kerana itulah jalan yang dia ikuti. Dia tahu melalui pengalaman bahawa jalan ini, walaupun kadangkala mendesak, juga terdapat kegembiraan, dan bahawa “tidak ada jalan atau cara lain diberikan di kolong langit yang melaluinya manusia dapat diselamatkan di dalam kerajaan Tuhan” (2 Nefi 31:21).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Yesus Kristus dan ajaran-Nya adalah jalan ke kehidupan abadi.
Jika anda perlu meringkaskan jalan ke kehidupan abadi dalam beberapa perkataan, apa yang akan anda katakan? Perhatikan bagaimana Nefi menggambarkannya dalam 2 Nefi 31. Pertimbangkan untuk melukis satu jalan dan menulis di sepanjang jalan itu beberapa asas atau langkah yang anda temui dalam bab-bab ini. Anda boleh menambah pada lukisan itu ringkasan anda sendiri tentang apa yang Nefi ajarkan tentang setiap asas.
Semasa anda membaca 2 Nefi 31:18–20, nilai usaha anda sendiri untuk “maju terus” di sepanjang jalan injil.
Lihat juga “Maju, Orang Suci,” Nyanyian Rohani, no. 25.
Yesus Kristus menunjukkan teladan kepatuhan yang sempurna ketika Dia dibaptiskan.
Sama ada pembaptisan anda berlaku semalam atau 80 tahun yang lalu, ia adalah satu masa yang penting. Anda memasuki perjanjian abadi untuk mengikuti Yesus Kristus. Fikirkan tentang pembaptisan anda semasa anda membaca tentang pembaptisan Juruselamat dalam 2 Nefi 31:4–13. Menjawab soalan-soalan seperti ini boleh membantu:
-
Mengapakah Kristus dibaptiskan? Mengapa saya pilih untuk dibaptiskan?
-
Apakah janji-janji yang saya buat apabila saya dibaptiskan? Apakah yang Tuhan janjikan sebagai balasannya? (lihat ayat 12–13, lihat juga Mosia 18:10, 13).
-
Bagaimanakah saya dapat tunjukkan saya masih komited untuk mengikuti Yesus Kristus?
“Dia yang bertahan sampai akhir, orang yang sama akan diselamatkan.”
Semasa anda membaca 2 Nefi 31:15–20, tanya diri anda, “Bagaimana saya tahu jika saya bertahan sampai akhir?” Apakah yang anda pelajari daripada Nefi yang membantu anda menjawab soalan ini?
Elder Dale G. Renlund ajarkan: “Bertahan sampai akhir bukanlah langkah yang berasingan dalam ajaran Kristus—seolah-olah kita selesai empat langkah pertama dan kemudian selamat, bertahan susah, dan menunggu untuk mati. Tidak, bertahan sampai akhir adalah secara aktif dan sengaja mengulangi langkah” (“Lifelong Conversion” [pertemuan rohani Brigham Young University, 14 Sep 2021], 2, speeches.byu.edu). Bagaimanakah anda boleh mengulangi langkah-langkah dalam ajaran Kristus (iman, pertaubatan, pembaptisan, dan menerima Roh Kudus)?
Melalui firman Kristus dan Roh Kudus, Tuhan akan tunjukkan saya apa yang harus dilakukan.
Pernahkah anda merasa tidak pasti tentang langkah seterusnya dalam hidup anda? Bangsa Nefi ada kebimbangan yang sama (lihat 2 Nefi 32:1). Cari jawapan Nefi dalam 2 Nefi 32:2–9. Bagaimanakah anda akan ucap dalam kata-kata anda sendiri apa yang Nefi ajarkan? Apakah pengalaman yang telah mengajar anda bahawa kata-kata Nefi adalah benar?
Pertimbangkan untuk senaraikan keputusan atau situasi (sekarang dan di masa depan) di mana anda memerlukan bimbingan Tuhan. Apakah yang anda boleh pelajari dari 2 Nefi 32 yang akan membantu anda berjaya menerima ilham daripada Dia? Apakah yang menyebabkan orang untuk “mengeraskan hati mereka terhadap Roh Kudus”? (2 Nefi 33:2).
Semasa anda merenungkan nasihat Nefi, fikirkan bagaimana anda mengkaji firman Juruselamat. Adakah anda gambarkannya sebagai makan snek, makan biasa, atau berjamu? Apakah perbezaannya, pada pendapat anda? Pertimbangkan bagaimana anda boleh jadikan pengalaman anda terhadap firman Juruselamat lebih seperti jamuan. Mungkin anda boleh mendapatkan idea daripada kawan atau ahli keluarga.
Bagaimanakah anda menjemput Roh Kudus untuk menjadi rakan tetap hidup anda, dan bukannya pengunjung sekali-sekala?
Kitab Mormon memujuk kita semua untuk percaya kepada Kristus.
Dalam 2 Nefi 33, ketika Nefi mengakhiri catatannya, dia menjelaskan mengapa dia menulis. Apakah sebab-sebab yang anda temui dalam bab ini? Renungkan cerita dan ajaran yang anda telah baca setakat ini dalam 1 Nefi dan 2 Nefi. Manakah yang paling mempengaruhi anda dan iman anda kepada Kristus?
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Apabila saya dibaptiskan, saya mengikuti Yesus Kristus.
-
Ada gambar Yesus dibaptiskan di akhir panduan ini. Mungkin anak-anak anda boleh gunakannya untuk memberitahu anda apa yang mereka tahu tentang peristiwa ini (lihat juga Matius 3:13–17). Mengapakah Yesus mahu kita dibaptiskan seperti Dia? Anak-anak anda boleh mendengar sebab-sebab semasa anda membaca bersama bahagian 2 Nefi 31:4–13. Seseorang yang baru dibaptis boleh berkongsi pengalamannya.
Yesus Kristus mengajar saya bagaimana untuk kembali kepada Bapa Syurgawi.
-
Untuk membantu anak-anak anda membayangkan ajaran-ajaran dalam 2 Nefi 31, mereka boleh melukis satu jalan dan gambar Kristus di hujungnya. Anda boleh membantu mereka mencari atau melukis gambar yang mewakili langkah-langkah di jalan itu, seperti iman kepada Kristus, pertaubatan, pembaptisan, kurnia Roh Kudus, dan bertahan sampai akhir. Mereka boleh tunjuk gambar-gambar itu semasa anda membaca 2 Nefi 31:17–20 bersama.
Saya boleh berjamu firman Kristus.
-
Untuk mengajar tentang “jamuilah” firman Kristus, anda boleh minta anak-anak anda untuk berlakon bagaimana mereka akan menjamu makanan kegemaran mereka. Dalam 2 Nefi 32:3, apakah yang Nefi kata kita harus jamui? Bagaimanakah menjamu firman Tuhan berbeza daripada hanya membacanya ? Mungkin anak-anak anda boleh melakonkan perbezaannya. Kongsi dengan mereka berkat-berkat yang anda telah terima semasa anda menjamu tulisan suci.
Bapa Syurgawi mahu saya selalu berdoa.
-
Selepas membaca 2 Nefi 32:8–9, bercakap dengan anak-anak anda tentang mengapa Setan tidak mahu kita berdoa. Mengapakah Tuhan mahu kita “berdoa selalu”? Anak-anak anda boleh senaraikan atau melukis situasi yang mereka boleh berdoa. Kemudian anda boleh menyanyikan lagu yang mengajar tentang doa, seperti “Seb’lum Kau Tinggalkan Rumah?” (Nyanyian Rohani, no. 55). Anda boleh gantikan beberapa perkataan dalam lagu dengan perkataan daripada senarai mereka. Bagaimanakah Tuhan memberkati kita apabila kita sentiasa berdoa?