“Kapal untuk Menyeberangi Laut,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
“Kapal untuk Menyeberangi Laut,” Cerita-cerita Kitab Mormon
Kapal untuk Menyeberangi Laut
Bersedia untuk pergi ke negeri yang dijanjikan
Kelimpahan adalah tanah yang dipenuhi dengan buah-buahan dan madu. Ia adalah tempat yang indah untuk hidup. Keluarga Lehi dan Saria tinggal di tepi laut dan mempunyai segala yang mereka perlukan.
Selepas beberapa hari, Tuhan memfirmankan Nefi untuk pergi ke sebuah gunung untuk berdoa. Di sana, Tuhan memfirmankannya untuk membina sebuah kapal untuk membawa keluarganya menyeberangi laut.
Tuhan menunjukkan Nefi bagaimana untuk membina kapal. Tetapi Nefi tidak tahu di mana untuk mencari logam untuk membuat peralatan. Tuhan menunjukkan Nefi di mana untuk mencari logam.
Kemudian, Nefi nyalakan api untuk membuat peralatan. Laman dan Lemuel memerhatikan adik mereka Nefi. Mereka tidak mahu membantu dia membina kapal itu. Mereka berfikir bahawa menyeberangi laut adalah idea yang buruk.
Laman dan Lemuel tidak percaya bahawa Tuhan memfirmankan Nefi untuk membina sebuah kapal. Nefi bertanya kepada mereka mengapa mereka masih tidak beriman kepada Tuhan. Dia mengingatkan saudara-saudaranya bahawa mereka telah melihat seorang malaikat dan tahu tentang kuasa Tuhan. Laman dan Lemuel menjadi sangat marah sehingga mereka ingin membunuh Nefi.
Tetapi Nefi dipenuhi dengan kuasa Tuhan. Nefi memberi amaran kepada Laman dan Lemuel untuk tidak menyentuhnya. Mereka takut dan tidak berani menyentuh Nefi selama berhari-hari. Kemudian Tuhan memfirmankan Nefi untuk menghulurkan tangannya kepada saudara-saudaranya. Apabila Nefi menghulurkan tangan kepada mereka, mereka merasa digoncang oleh kuasa Tuhan.
Laman dan Lemuel menyembah Tuhan dan membantu membina kapal itu. Nefi berulang kali berdoa kepada Tuhan untuk bantuan. Kapal yang keluarga Nefi bina itu cantik. Selepas berhari-hari, kapal itu selesai di bina dan mereka melihat bahawa ianya baik. Keluarga Nefi tahu Tuhan telah membantu mereka.