“Liahona dan Busur yang Patah,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Liahona dan Busur yang Patah
Mencari bantuan Tuhan
Keluarga Lehi dan Ismael mengembara di padang belantara selama bertahun-tahun. Tuhan memimpin mereka melalui bahagian-bahagian negeri yang lebih baik. Mereka perlu memburu dan mengumpul makanan di sepanjang jalan. Itu perjalanan yang sukar.
Tuhan berjanji untuk memimpin keluarga itu ke negeri yang baik jika mereka mematuhi perintah-perintah. Mereka tidak tahu bagaimana untuk mencari negeri itu, tetapi Dia akan membimbing mereka.
Satu pagi, Lehi menemui bola loyang di luar khemahnya. Bola itu dipanggil Liahona. Di dalam Liahona itu, anak panah menunjukkan jalan yang kumpulan itu perlu lalui. Kadangkala mereka menemui pesanan-pesanan dari Tuhan yang tertulis di Liahona. Inilah cara Tuhan membimbing mereka.
1 Nefi 16:10, 16, 26–29; Alma 37:38
Suatu hari ketika Nefi sedang memburu, busur kelulinya patah. Keluarga itu tidak dapat mendapatkan makanan tanpanya. Saudara-saudara Nefi marah terhadapnya dan Tuhan.
Mereka semua sangat penat dan lapar. Beberapa daripada mereka sedih dan merungut. Mereka takut akan kebuluran. Bahkan Lehi merungut kepada Tuhan.
Nefi membuat busur baharu dan sebatang anak panah daripada kayu. Dia beriman bahawa Tuhan akan membantunya mencari makanan.
Nefi menanya Lehi ke mana untuk pergi berburu. Lehi rasa malu kerana dia telah merungut. Dia bertaubat dan meminta bantuan Tuhan. Tuhan memfirmankan Lehi untuk melihat Liahona. Satu pesanan tertulis padanya. Keluarga itu mendapati bahawa Liahona itu hanya bekerja apabila mereka mempunyai iman kepada Tuhan dan mematuhi perintah-perintah.
Tuhan kadangkala mengubah pesanan pada Liahona untuk membantu mereka semasa perjalanan mereka. Liahona membantu Nefi tahu di mana untuk memburu. Dia membawa pulang makanan untuk dimakan dan mereka semua gembira. Mereka bertaubat dan berterima kasih kepada Tuhan.