“Rumah Baharu di Negeri yang Dijanjikan,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
“Rumah Baharu di Negeri yang Dijanjikan,” Cerita-cerita Kitab Mormon
Rumah Baharu di Negeri yang Dijanjikan
Bangsa Nefi dan bangsa Laman
Keluarga Lehi dan Saria terus berkembang di negeri yang dijanjikan. Anak-anak mereka mempunyai anak-anak mereka sendiri. Lehi semakin lanjut usia. Sebelum dia mati, dia memberi berkat kepada orang-orang dalam keluarganya. Dia memberitahu apabila mereka mematuhi perintah-perintah Tuhan, Tuhan akan membantu mereka.
Selepas Lehi mati, Nefi memimpin bangsa itu. Dia memberitahu mereka untuk mematuhi Tuhan. Laman dan Lemuel menjadi marah. Mereka ingin membunuh Nefi supaya mereka boleh ganti memimpin.
Tuhan memfirmankan Nefi untuk pergi bersama keluarganya dan orang lain yang ingin mengikuti Tuhan. Mereka mengembara selama berhari-hari dan menjumpai satu tempat yang baharu untuk tinggal.
Mereka yang pergi bersama Nefi dipanggil bangsa Nefi dan mereka yang tinggal dipanggil bangsa Laman. Bangsa Nefi meminta Nefi untuk memimpin mereka. Mereka bekerja keras. Mereka bertani, menternak binatang, dan membina sebuah bait suci dan bangunan lain. Imam dan pengajar mengajar mereka tentang Tuhan, dan bangsa itu gembira.