Cerita-cerita Kitab Suci
Bangsa Zoram


“Bangsa Zoram,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Alma 31–35

3:26

Bangsa Zoram

Mengembangkan iman mereka dalam Yesus Kristus

Amulek, Alma, Korianton, dan bangsa Nefi yang lain mengembara ke sebuah kota

Sekumpulan bangsa Nefi yang dipanggil bangsa Zoram tidak mematuhi perintah Tuhan. Ini membuatkan nabi Alma sedih. Dia tahu cara terbaik untuk membantu mereka adalah dengan mengajar mereka firman Tuhan. Dia pergi bersama Amulek dan yang lain untuk mengajar mereka.

Alma 31:2–11

Alma dan Amulek kelihatan sedih, dan orang yang berpakaian rapi mengabaikan orang yang memerlukan

Bangsa Zoram tahu tentang Tuhan tetapi telah mengubah ajaran-ajaran-Nya. Mereka menyembah berhala. Mereka ingat mereka lebih baik daripada orang lain. Mereka juga jahat kepada orang yang miskin.

Alma 31:1, 8–12, 24–25; 32:2–3

bangsa Zoram yang berpakaian rapi berdiri di atas platform tinggi di tengah-tengah orang ramai dan mengangkat tangan mereka ke arah langit

Bangsa Zoram membina tempat yang tinggi untuk berdiri di tengah-tengah gereja mereka. Satu demi satu mereka berdiri di atasnya dan berdoa. Mereka akan berdoa menggunakan perkataan yang sama setiap kali. Dalam doa itu, mereka berkata Tuhan tidak mempunyai tubuh dan Yesus Kristus tidak nyata. Mereka berkata mereka adalah satu-satunya bangsa yang Tuhan akan selamatkan.

Alma 31:12–23

Alma dan Amulek bercakap dengan bangsa Zoram yang miskin

Alma mengasihi bangsa Zoram dan mahu mereka mengikuti Tuhan dan Yesus. Dia berdoa dan minta Tuhan untuk membantunya dan orang lain yang bersamanya untuk mengajar bangsa Zoram. Alma dan mereka yang bersamanya semuanya dipenuhi dengan Roh Kudus. Mereka pergi dan mengajar dengan kuasa Tuhan.

Alma 31:24–38; 32:1

ramai bangsa Zoram yang miskin mendengar Alma, Amulek, dan Zezrom mengajar

Sesetengah bangsa Zoram sedih. Mereka tidak dibenarkan masuk ke gereja kerana mereka tidak ada pakaian yang cantik. Mereka mahu menyembah Tuhan tetapi tidak tahu bagaimana jika mereka tidak boleh masuk ke gereja. Mereka menanyakan Alma apa yang patut mereka lakukan. Alma mengajar mereka bahawa Tuhan mendengar doa mereka tidak kira di mana mereka berada.

Alma 32:2–12; 33:2–11

Alma memegang benih kecil dan tunjuk pada bunga yang tinggi dan cantik dengan tangannya yang lain

Alma berkata Tuhan mahu orang ramai beriman. Dia membandingkan ajaran Tuhan kepada sebiji benih. Jika orang menanam ajaran Tuhan di dalam hati mereka, benih itu akan tumbuh dan mereka akan tahu bahawa ajaran Tuhan adalah benar. Dia berkata mereka hanya perlu berhasrat untuk beriman untuk mula menjalankan iman mereka.

Alma 32:12–43

Amulek bercakap, dan di sebelahnya terdapat imej Yesus Kristus yang mengajar orang ramai

Amulek kemudian mengajar orang ramai tentang rancangan Tuhan untuk anak-anak-Nya. Dia memberitahu mereka bahawa melalui Yesus mereka semua boleh diampuni daripada dosa-dosa mereka. Dia juga mengajar mereka untuk berdoa kepada Tuhan dan berkata Tuhan akan membantu dan melindungi mereka.

Alma 34

pengawal perhatikan ramai bangsa Zoram yang miskin meninggalkan kota

Ramai bangsa Zoram yang miskin mempercayai apa yang Alma dan Amulek ajarkan. Tetapi pemimpin bangsa Zoram marah. Mereka paksa semua orang yang percaya keluar dari kota itu.

Alma 35:1–6

Orang Anti-Nefi-Lehi mengalu-alukan bangsa Zoram yang miskin

Orang yang percaya pergi untuk tinggal bersama orang Anti-Nefi-Lehi. Orang Anti-Nefi-Lehi melayani mereka dengan memberi mereka makanan, pakaian, dan tanah.

Alma 35:9