“Pokok Kehidupan,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
“Pokok Kehidupan,” Cerita-cerita Kitab Mormon
Pokok Kehidupan
Mimpi Lehi yang diilhami
Pada satu malam, Lehi mendapat mimpi daripada Tuhan. Dia memberitahu keluarganya tentang mimpi itu.
Dalam mimpinya, Lehi nampak seorang lelaki berjubah putih. Lelaki tersebut memberitahu Lehi untuk mengikutinya.
Lehi melihat bahawa dia berada di tempat yang gelap dan kosong. Dia berjalan selama berjam-jam. Tetapi kegelapan itu tidak hilang. Akhirnya, Lehi berdoa untuk bantuan.
Apabila Lehi selesai berdoa, dia nampak sebuah padang besar. Di padang itu ada pokok yang berbuah putih. Lehi berfikir buah itu akan membuatnya gembira, jadi dia memakannya. Jiwanya dipenuhi dengan sukacita.
Buah itu lebih sedap daripada buah lain. Ia manis dan lazat. Lehi ingin berkongsi dengan keluarganya. Dia tahu ia akan membuat mereka gembira juga. Lehi melihat Saria, Sam dan Nefi berdiri di tepi sungai. Mereka kelihatan sesat. Lehi memanggil mereka dengan suara yang kuat. Dia meminta mereka untuk datang dan makan buah itu.
Saria, Sam dan Nefi datang ke pokok itu dan memakan buah itu. Lehi mencari Laman dan Lemuel. Dia mahu mereka menikmati buah itu juga. Tetapi mereka tidak mahu makan buah itu.
Kemudian Lehi melihat jalan yang ada batang besi yang menuntun kepada pokok itu. Dia nampak ramai orang berjalan di jalan itu. Tiba-tiba, kegelapan tebal menyelubungi. Kegelapan itu menyukarkan untuk melihat. Satu-satunya cara untuk sampai ke pokok itu adalah dengan berpegang pada batang besi itu.
Sesetengah orang meninggalkan jalan itu dan menjadi sesat. Yang lain berpegang pada batang besi itu dan bergerak ke hadapan.
Apabila mereka sampai ke pokok itu, mereka makan buah itu.
Lehi memandang ke atas dan melihat sebuah bangunan besar yang dipenuhi dengan banyak orang. Mereka mengejek orang-orang yang makan buah itu. Beberapa orang yang makan buah itu merasa malu ketika orang lain mentertawakannya, jadi mereka meninggalkan pokok itu. Mereka tersimpang dan tersesat.
Dalam mimpinya, Lehi nampak ramai lagi orang yang berpegang teguh pada batang besi itu. Mereka bergerak ke depan langkah demi langkah sehingga mereka sampai ke pokok itu. Kemudian mereka berlutut di pokok itu dan makan buah itu. Mereka tidak mempedulikan orang-orang di dalam bangunan itu. Mereka memilih untuk tinggal di pokok itu.
Apabila Lehi bangun, dia risau tentang Laman dan Lemuel. Mereka tidak makan buah itu dalam mimpinya. Lehi mengasihi Laman dan Lemuel. Dia berharap mereka akan kekal dekat dengan Tuhan. Dia menjemput mereka untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan.