“Para Wanita di Padang Belantara,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Para Wanita di Padang Belantara
Berjalan dengan Tuhan
Anak-anak perempuan Ismael mengembara bersama keluarga mereka di padang belantara. Perjalanan itu sukar. Selepas beberapa ketika, mereka berkahwin dengan anak-anak lelaki Lehi dan Saria.
Suatu hari, Ismael mati. Anak-anak perempuannya sangat sedih. Mereka merindui bapa mereka. Anak-anak perempuan itu bimbang bahawa mereka dan keluarga mereka juga akan mati di padang belantara. Mereka marah terhadap Lehi dan Nefi, dan mereka ingin pulang ke Yerusalem.
Suara Tuhan berbicara kepada anak-anak perempuan Ismael dan keluarga mereka. Mereka bertaubat dan Tuhan memberkati mereka.
Para wanita itu mempunyai bayi di padang belantara. Saria juga mempunyai dua lagi anak lelaki, Yakub dan Yusuf.
Tuhan membantu para wanita itu dalam perjalanan mereka. Dia memberkati mereka dengan banyak susu untuk bayi mereka. Dia membantu para wanita itu menjadi lebih kuat semasa mereka melakukan perjalanan.
Tuhan berfirman bahawa Dia memimpin para wanita itu dan keluarga mereka ke negeri yang dijanjikan. Tuhan berjanji kepada keluarga itu mereka akan mempunyai segala yang mereka perlukan semasa melakukan perjalanan. Dia menjadikan makanan yang mereka buru lebih baik dan Dia membimbing mereka.
Selepas lapan tahun di padang belantara, keluarga itu sampai ke laut. Para wanita itu dan keluarga mereka bergembira. Negeri di tepi laut sangat indah. Mereka memanggilnya Kelimpahan kerana ia penuh dengan buah dan madu untuk dimakan. Tuhan telah menyediakan semuanya untuk mereka.