“Yesus Berkongsi Sakramen,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Yesus Berkongsi Sakramen
Selalu mengingati-Nya
Selepas Yesus menyembuhkan orang sakit dan memberkati kanak-kanak kecil, Dia memperkenalkan sakramen kepada semua orang yang berkumpul untuk mendengar-Nya. Dia meminta para pengikut-Nya untuk membawa sedikit roti dan wain.
Dia memecahkan roti dan memberkatinya. Dia memberikannya kepada para pengikut untuk makan. Dia meminta para pengikut untuk memberikan roti itu kepada semua orang.
Yesus berkata setiap orang yang percaya kepada-Nya dan dibaptis harus makan roti itu. Apabila mereka melakukannya, mereka harus mengingati tubuh-Nya. Dia mengingatkan orang-orang itu tentang apabila mereka merasakan parut paku di tangan dan kaki-Nya dan luka di sisi-Nya.
Kemudian Yesus memberi para pengikut wain untuk diminum. Dia meminta para pengikut untuk memberikan wain itu kepada semua orang.
Yesus berkata setiap orang yang telah bertaubat dan dibaptis harus minum wain itu. Dia meminta semua orang yang minum wain itu untuk mengingati darah-Nya. Dia mengingatkan mereka bahawa Dia memberikan darah-Nya apabila Dia menderita dan mati untuk mereka.
Yesus berkata makan roti dan minum wain adalah satu perintah. Dengan makan roti dan minum wain, orang ramai menunjukkan kepada Bapa Syurgawi bahawa mereka mahu mematuhi perintah-Nya dan mengingati Yesus. Yesus berkata mereka akan diberkati dengan Roh Kudus jika mereka melakukan hal-hal ini.
Selepas orang-orang itu makan roti dan minum wain, mereka dipenuhi dengan Roh Kudus. Kemudian orang-orang itu memuji Yesus.