“Saudara Nefi dan Lehi,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Saudara Nefi dan Lehi
Mendengar suara dari syurga
Nefi dan Lehi adalah saudara yang mahu semua orang tahu tentang injil Yesus Kristus. Bangsa Nefi dan bangsa Laman berada dalam peperangan, tetapi saudara-saudara itu masih mengajar orang dari kedua-dua kumpulan. Suatu hari ketika mereka dalam perjalanan untuk mengajar orang ramai, sepasukan tentera bangsa Laman memasukkan mereka dalam penjara.
Helaman 3:20–21, 37; 4:4–5, 14; 5:4–21
Beberapa hari kemudian, tentera datang ke penjara untuk membunuh Nefi dan Lehi.
Sebelum sesiapa pun boleh mencederakan Nefi dan Lehi, satu bulatan api muncul di sekeliling mereka. Api itu tidak membakar mereka. Sebaliknya, Tuhan menjaga mereka dengan selamat. Kemudian tanah bergoncang. Ia terasa seperti dinding penjara akan roboh. Tidak lama kemudian, awan gelap menutupi semua orang lain dalam penjara. Orang ramai sangat takut.
Suara datang dari atas awan kegelapan. Ia senyap, seperti bisikan, tetapi orang merasakannya dalam hati mereka. Ia adalah suara Tuhan. Tuhan menyuruh mereka untuk bertaubat.
Tanah dan penjara bergoncang lagi. Suara itu datang lagi dan memberitahu orang ramai untuk bertaubat. Orang ramai tidak dapat bergerak kerana awan dan ketakutan mereka.
Seorang lelaki dalam kumpulan itu bernama Aminadab. Dia pernah menjadi ahli Gereja Tuhan. Dia melihat muka Nefi dan Lehi mula bersinar dengan terang. Mereka kelihatan seperti malaikat. Kelihatan seperti mereka sedang bercakap dengan seseorang di syurga. Aminadab memberitahu semua orang untuk melihat Nefi dan Lehi.
Orang ramai bertanya kepada Aminadab apa yang mereka boleh lakukan untuk menghapuskan awan kegelapan. Aminadab berkongsi apa yang dia tahu tentang Tuhan dan Yesus. Dia memberitahu orang ramai untuk bertaubat, beriman kepada Yesus, dan berdoa kepada Tuhan. Orang ramai mendengar Aminadab. Mereka berdoa sehingga kegelapan itu pergi.
Api daripada Tuhan mengelilingi semua orang dan tidak membakar mereka. Orang ramai dipenuhi dengan Roh Kudus dan sangat gembira. Mereka mengatakan hal-hal yang menakjubkan. Suara itu datang lagi. Ia memberitahu mereka untuk mempunyai kedamaian kerana iman mereka kepada Yesus. Para malaikat datang dan mengunjungi orang ramai.
Nefi, Lehi, dan semua orang meninggalkan penjara. Mereka memberitahu ramai orang di seluruh negeri apa yang mereka telah lihat dan dengar hari itu. Kebanyakan bangsa Laman percaya dan memilih untuk mengikuti Yesus. Mereka berhenti melawan dalam peperangan. Sebaliknya, mereka membantu orang untuk beriman kepada Yesus dan bertaubat.