Cerita-cerita Kitab Suci
Alma di Perairan Mormon


“Alma di Perairan Mormon,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Mosia 18; 23

Alma di Perairan Mormon

Menjadi umat Tuhan

Alma melihat air

Alma pernah menjadi seorang imam bagi seorang raja yang bernama Nuh. Alma cuba menyelamatkan Abinadi, seorang nabi Tuhan, daripada dibunuh oleh Nuh. Tetapi Nuh marah terhadap Alma dan ingin membunuh Alma juga. Alma melarikan diri daripada Nuh untuk kekal selamat. Pada siang hari, Alma bersembunyi dekat sebuah tempat yang dipanggil Perairan Mormon.

Mosia 17:2–4; 18:4–5, 8

Alma berlutut dan berdoa di tepi air

Alma mempercayai apa yang Abinadi ajarkan tentang Yesus Kristus. Dia meminta Tuhan untuk mengampuni dosa dan kesilapannya.

Mosia 18:1-2

Alma di kota pada waktu malam

Alma bertemu dengan orang secara rahsia dan mengajar mereka tentang Yesus. Dia mengajar semua orang yang akan mendengar.

Mosia 18:1-3

Orang ramai mendengar Alma mengajar di tepi air

Ramai orang percayakan Alma. Mereka pergi ke Perairan Mormon untuk mendengar Alma mengajar.

Mosia 18:3-8, 31

Alma duduk dan mengajar di tepi air

Orang yang percaya ingin dipanggil umat Tuhan, membantu orang lain yang memerlukan, dan memberitahu orang-orang tentang Tuhan. Jadi Alma menjemput mereka untuk dibaptiskan. Dengan dibaptiskan, mereka akan membuat perjanjian, atau berjanji, dengan Tuhan untuk melayani-Nya dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Sebagai balasan, Tuhan akan memberkati mereka dengan Roh-Nya.

Mosia 18:8–10, 13

Alma membaptiskan wanita dalam air

Rakyat begitu gembira. Mereka menepuk tangan mereka dan berkata mereka mahu dibaptiskan. Alma membaptiskan setiap mereka di Perairan Mormon. Mereka semua dipenuhi dengan Roh Tuhan dan merasakan kasih Tuhan terhadap mereka. Mereka menjadi ahli Gereja Kristus.

Mosia 18:11-17, 30

Raja Nuh marah dan menunjuk

Nuh melihat bahawa beberapa orangnya meninggalkan negerinya. Dia menghantar orang suruhan untuk mengawasi mereka. Para orang suruhan melihat orang ramai pergi ke negeri Mormon untuk mendengar ajaran-ajaran Alma. Nuh sangat marah. Dia menghantar tentera-tenteranya untuk membunuh Alma dan orang-orang yang Alma ajarkan.

Mosia 18:31-33

Alma dan rakyatnya mengembara

Tuhan memberi amaran kepada Alma tentang tentera itu. Dengan pertolongan Tuhan, Alma dan orang-orangnya meninggalkan negeri itu dengan selamat. Tentera itu tidak dapat menangkap mereka. Mereka berjalan selama lapan hari di padang belantara dan tiba di sebuah negeri yang indah. Mereka membuat rumah baharu di sana. Alma mengajar bangsa itu, dan mereka mentaati janji mereka kepada Tuhan.

Mosia 18:34-35; 23:1-20