Cerita-cerita Kitab Suci
Teankum dan Moroni


“Teamkum dan Moroni,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Alma 62

Teankum dan Moroni

Menunjukkan keberanian yang besar

Amoron bersama tentera-tentera bangsa Laman melawan tentera-tentera bangsa Nefi

Setelah Amalikia meninggal, abangnya Amoron menjadi raja bangsa Laman. Amoron terus berperang melawan bangsa Nefi. Peperangan itu berlangsung selama bertahun-tahun. Bangsa Nefi mulai menang, jadi semua tentera bangsa Laman lari ke satu kota. Moroni, Teankum, dan seorang lagi panglima bangsa Nefi berkawat mengejar bangsa Laman bersama tentera-tentera mereka.

Alma 52:3–4; 54:16–24; 62:12–35

Teankum memegang lembing dan mendekati kota pada waktu malam

Teankum marah kerana Amalikia dan Amoron telah menyebabkan peperangan yang besar dan panjang ini. Kerana peperangan itu, banyak orang telah mati dan terdapat makanan yang sangat sedikit. Teankum ingin mengakhiri peperangan. Dia masuk ke dalam kota pada waktu malam untuk mencari Amoron.

Alma 62:35–36

Teankum memegang tali dengan cangkuk dan melompat ke atas dinding

Teankum mendaki tembok kota. Dia pergi dari tempat ke tempat di kota itu sehingga dia menemui tempat Amoron sedang tidur.

Alma 62:36

Teankum berdiri di tempat masuk khemah dengan lembing dan tali

Teankum melemparkan sebatang lembing ke arah Amoron. Ia terkena dekat jantung dia. Tetapi Amoron membangunkan para orang suruhannya sebelum dia mati.

Alma 62:36

Teankum menghadapi askar-askar bangsa Laman dengan lembing

Orang suruhan Amoron mengejar Teankum dan membunuhnya. Para pemimpin bangsa Nefi yang lain sangat sedih Teankum meninggal dunia. Dia telah berperang dengan berani demi kebebasan rakyatnya.

Alma 62:36–37

Askar-askar bangsa Nefi menangkap askar-askar bangsa Laman

Walaupun dia meninggal dunia, Teankum telah membantu bangsa Nefi memenangi peperangan. Dia telah menyebabkan bangsa Laman kehilangan pemimpin mereka. Keesokan paginya, Moroni berperang dengan bangsa Laman dan menang. Bangsa Laman meninggalkan negeri bangsa Nefi, dan peperangan berakhir.

Alma 62:37-38

Panglima Moroni mengarahkan para lelaki membina sebuah desa, dan keluarga-keluarga berjaga

Akhirnya terdapat kedamaian. Moroni bekerja keras untuk menjadikan negeri bangsa Nefi lebih selamat daripada bangsa Laman. Kemudian Moroni pulang ke rumah untuk hidup dengan damai. Para nabi mengajarkan injil dan memimpin Gereja Tuhan. Orang ramai percaya kepada Tuhan, dan Dia memberkati mereka.

Alma 62:39–51