“Kembali ke Yerusalem,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
“Kembali ke Yerusalem,” Cerita-cerita Kitab Mormon
Kembali ke Yerusalem
Perjalanan untuk kepingan-kepingan loyang
Keluarga Lehi dan Saria mengembara di padang belantara. Dalam sebuah mimpi, Tuhan memberitahu Lehi tentang tulisan suci yang ditulis di atas kepingan-kepingan loyang. Seorang lelaki bernama Laban mempunyainya di Yerusalem. Tuhan berkata keluarga Lehi perlu mengambil kepingan-kepingan loyang itu bersama mereka dalam perjalanan mereka.
Tuhan memberitahu Lehi untuk menghantar anak-anaknya kembali ke Yerusalem untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang itu. Abang-abang Nefi merungut. Mereka memberitahu Lehi hal itu susah untuk dilakukan. Mereka tidak mahu pergi.
Itu hal yang sangat susah untuk dilakukan, tetapi Nefi ingin patuh. Dia tahu Tuhan akan membantunya dan abang-abangnya. Nefi memberitahu Lehi bahawa dia akan kembali ke Yerusalem dan mendapatkan kepingan-kepingan loyang itu.
Laman, Lemuel, Sam dan Nefi kembali ke Yerusalem. Apabila mereka tiba di sana, mereka memutuskan bahawa Laman akan pergi ke rumah Laban dan meminta kepingan-kepingan loyang itu.
Apabila Laman meminta kepingan-kepingan loyang itu, Laban memanggilnya sebagai seorang perompak. Laban berkata dia akan membunuh Laman.
Laman larikan diri dan memberitahu saudara-saudaranya apa yang berlaku.
Keempat-empat saudara itu sedih. Laman, Lemuel dan Sam ingin kembali kepada ibu bapa mereka di padang belantara, tetapi Nefi mempunyai idea. Dia berkata mereka boleh membuat pertukaran dengan Laban untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang itu. Mereka kembali ke rumah mereka di kota dan mendapat semua emas dan perak mereka untuk pertukaran itu.
Apabila mereka menunjukkan emas dan perak kepada Laban, dia menginginkan semuanya. Tetapi dia masih tidak mahu memberikan mereka kepingan-kepingan loyang itu. Sebaliknya, dia memberitahu orang-orang suruhannya untuk membunuh saudara-saudara itu agar dia boleh merampas emas dan perak mereka.
Keempat-empat saudara itu berlari untuk selamatkan nyawa mereka dan meninggalkan emas dan perak mereka. Orang suruhan Laban tidak dapat menangkap mereka. Saudara-saudara itu bersembunyi di dalam sebuah gua.
Setelah semua kesusahan ini, Laman dan Lemuel marah terhadap Nefi. Mereka memukul Nefi dan Sam dengan sebatang kayu.
Tiba-tiba, seorang malaikat datang dan bertanya mengapa mereka memukul Nefi. Malaikat itu berkata bahawa Nefi dipilih untuk memimpin mereka. Kemudian malaikat itu memberitahu mereka untuk kembali ke Yerusalem. Tuhan akan menyediakan jalan bagi mereka untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang itu.