“Tanda-tanda Kelahiran Yesus,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Tanda-tanda Kelahiran Yesus
Iman dalam ajaran-ajaran nabi
Sudah kira-kira lima tahun sejak Nabi Samuel mengajar tentang tanda-tanda kelahiran Yesus Kristus. Banyak orang mempercayai dan mencari tanda-tanda. Orang lain berkata Samuel salah dan masa untuk tanda-tanda telah berlalu. Mereka mengejek orang yang percaya dan berkata Yesus tidak akan datang.
Orang yang percaya risau, tetapi mereka mempunyai iman. Mereka terus menunggu tanda-tanda. Satu tanda adalah malam ketika ia tidak akan menjadi gelap. Ia akan menjadi terang seperti hari bahkan selepas matahari terbenam. Malam tanpa kegelapan akan menjadi tanda bahawa Yesus akan dilahirkan pada keesokan harinya di negeri lain.
Orang-orang yang tidak percaya membuat rancangan. Mereka memilih satu hari dan berkata bahawa jika tanda itu tidak berlaku pada hari itu, orang yang percaya akan dihukum mati.
Seorang lelaki bernama Nefi adalah seorang nabi pada waktu ini. Dia sungguh sedih kerana beberapa orang ingin membunuh orang yang percaya.
Nefi menunduk ke tanah dan berdoa kepada Tuhan untuk orang-orang percaya yang hampir mati kerana iman mereka. Dia berdoa sepanjang hari.
Sebagai jawapan kepada doanya, Nefi mendengar suara Yesus. Yesus berfirman tanda itu akan berlaku pada malam itu dan kemudian Dia akan dilahirkan pada keesokan harinya.
Malam itu tidak ada kegelapan walaupun matahari terbenam. Orang yang tidak mempercayai kata-kata Samuel begitu terkejut sehingga mereka jatuh ke tanah. Mereka takut kerana mereka tidak percaya. Orang-orang yang percaya tidak dibunuh.
Keesokan harinya, matahari terbit semula dan langit tetap cerah. Semua orang tahu bahawa inilah hari Yesus akan dilahirkan.
Orang ramai melihat satu lagi tanda. Bintang baharu muncul di langit. Semua tanda yang Samuel katakan menjadi kenyataan. Ramai orang percaya kepada Yesus dan dibaptiskan.