Cerita-cerita Kitab Suci
Orang Anti-Nefi-Lehi


“Anti-Nefi-Lehi,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Alma 23-27

Orang Anti-Nefi-Lehi

Orang yang memilih untuk mengasihi musuh mereka

Imej
Amon mengajar orang di bawah pokok

Ramai orang Laman belajar tentang Tuhan daripada Amon dan saudara-saudaranya. Bangsa Laman ini memiliki iman yang kuat kepada Tuhan dan mengikuti perintah-perintah Tuhan. Mereka mahukan nama baharu, jadi mereka menamakan diri mereka Anti-Nefi-Lehi bukannya bangsa Laman.

Alma 23:3–7, 16–17

Imej
Keluarga-keluarga yang mendengar Amon mengajar

Orang Anti-Nefi-Lehi berubah kerana iman mereka kepada Tuhan. Mereka bertaubat dari perkara buruk yang mereka pernah lakukan. Mereka tahu Tuhan mengasihi mereka dan mengampuni mereka.

Alma 24:8-14

Imej
Orang Anti-Nefi-Lehi membuang senjata ke dalam lubang terbuka

Bangsa Laman marah dan bersedia untuk menyerang orang Anti-Nefi-Lehi. Daripada berperang, orang Anti-Nefi-Lehi membuat janji kepada Tuhan. Mereka berkata mereka tidak akan menyakiti orang lain lagi. Untuk menunjukkan ini, mereka menguburkan senjata mereka. Mereka memilih untuk mengasihi musuh mereka daripada mencederakan atau membunuh mereka.

Alma 24:1-19; 26:31-34

Imej
Orang Laman yang marah memegang senjata

Bangsa Laman yang tidak percaya kepada Tuhan menyerang orang Anti-Nefi-Lehi.

Alma 24:20

Imej
Dua orang Anti-Nefi-Lehi berlutut dalam doa

Orang Anti-Nefi-Lehi mempunyai iman bahawa jika mereka dibunuh, mereka akan hidup bersama Tuhan. Mereka menepati janji mereka kepada Tuhan dan tidak melawan bangsa Laman.

Alma 24:16, 21

Imej
Bangsa Laman berhenti menyerang

Daripada berperang, orang Anti-Nefi-Lehi berdoa. Apabila bangsa Laman melihat ini, ramai di antara mereka berhenti menyerang. Mereka berasa tidak baik untuk membunuh orang. Bangsa Laman itu juga memilih untuk tidak menyakiti orang lain lagi. Mereka menyertai orang Anti-Nefi-Lehi.

Alma 24:21–27; 25:13-16

Imej
Amon dan orang Anti-Nefi-Lehi melakukan perjalanan

Apabila masa berlalu, lebih banyak orang menyerang. Amon dan saudara-saudaranya sedih kerana orang Anti-Nefi-Lehi sedang menderita. Mereka meminta raja untuk membawa rakyatnya untuk hidup bersama bangsa Nefi. Raja berkata mereka akan pergi jika Tuhan inginkan. Amon berdoa. Tuhan berfirman mereka harus pergi dan bahawa Dia akan memastikan mereka selamat.

Alma 27:2-15

Imej
Bangsa Nefi menyambut orang Anti-Nefi-Lehi

Bangsa Nefi memberikan tanah kepada Anti-Nefi-Lehi untuk didiami dan melindungi mereka. Sebagai balasan, orang Anti-Nefi-Lehi memberi makanan kepada bangsa Nefi. Orang Anti-Nefi-Lehi mempunyai iman yang besar dan mengasihi Tuhan. Mereka jujur dengan semua orang dan mentaati janji mereka untuk tidak berlawan. Mereka beriman sepanjang hidup mereka.

Alma 27:20–30

Cetak