Cerita-cerita Kitab Suci
Iman Permaisuri


“Iman Permaisuri,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

“Iman Permaisuri,” Cerita-cerita Kitab Mormon

Alma 18–19

Iman Permaisuri

Mencari kebahagiaan dalam Yesus Kristus

Imej
suami permaisuri rebah ke lantai

Seorang permaisuri bangsa Laman memerintah bersama suaminya, Raja Lamoni. Raja meminta seorang bangsa Nefi bernama Amon untuk mengajarnya tentang Tuhan. Raja mempercayai apa yang Amon beritahunya. Raja berlutut untuk berdoa dan meminta Tuhan untuk mengampuninya. Semasa dia berdoa, raja rebah ke bumi. Dia kelihatan seperti mati.

Alma 18:21, 24–42

Imej
permaisuri melihat suaminya yang rebah

Para orang suruhan raja membawanya kepada permaisuri. Mereka meletakkannya di atas tempat tidurnya. Dia terbaring dan tidak bergerak selama dua hari dan dua malam.

Alma 18:43

Imej
permaisuri bercakap dengan orang suruhan

Pada masa itu, permaisuri dan anak-anaknya sangat sedih. Mereka menemani raja dan meratapinya. Beberapa orang berkata raja harus dikebumikan. Tetapi permaisuri ingin bercakap dengan Amon terlebih dahulu. Dia mendengar bahawa dia memiliki kuasa Tuhan. Orang suruhan permaisuri meminta Amon untuk menghadap permaisuri.

Alma 18:43; 19:1–3, 5

Imej
permaisuri berbicara dengan Amon

Permaisuri memberitahu bahawa dia dengar Amon adalah seorang nabi Tuhan. Dia meminta Amon untuk temui raja. Amon tahu raja masih hidup. Kuasa Tuhan telah menyebabkan raja tidur. Amon memberitahu permaisuri bahawa suaminya akan bangun keesokan harinya.

Alma 19:3–8

Imej
permaisuri merehatkan kepalanya pada suaminya

Permaisuri mempercayai Amon dan mempunyai iman yang besar kepada Tuhan. Dia percaya suaminya akan bangun pada keesokan harinya. Amon berkata dia diberkati kerana imannya yang besar. Dia memberitahu bahawa permaisuri itu mempunyai lebih banyak iman daripada rakyatnya sendiri. Permaisuri kekal rapat dan menjaga suaminya sepanjang malam.

Alma 19:9–11

Imej
permaisuri gembira suaminya bangun

Keesokan harinya, raja bangun. Dia memberitahu permaisuri bahawa dia telah melihat Yesus Kristus. Permaisuri dan raja tahu betapa Yesus mengasihi mereka, dan mereka dipenuhi kebahagiaan.

Alma 19:12–13

Cetak