“Gideon, Alma dan Nehor,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
“Gideon, Alma dan Nehor,” Cerita-cerita Kitab Mormon
Gideon, Alma dan Nehor
Mempertahankan kebenaran dengan firman Tuhan
Bangsa Nefi memilih Alma yang Muda untuk menjadi hakim utama mereka. Alma juga merupakan imam tinggi Gereja.
Seorang lelaki bernama Nehor mula mengajar orang ramai sesuatu yang dia panggil firman Tuhan. Tetapi dia mengajar orang-orang itu bahawa mereka tidak perlu mematuhi Tuhan atau bertaubat.
Banyak orang menyukai dan mempercayai apa yang Nehor katakan. Dia mahu orang ramai memberinya wang dan memuji dia. Dia mengajar bahawa dia lebih baik daripada orang lain. Dia mendirikan gerejanya sendiri, dan banyak orang mendengarnya.
Suatu hari, Nehor bertemu dengan seorang lelaki tua bernama Gideon. Gideon adalah seorang pengajar dalam Gereja Tuhan dan telah melakukan banyak kebaikan. Nehor mahu orang ramai meninggalkan Gereja itu, jadi dia bertengkar dengan Gideon. Gideon menggunakan firman Tuhan untuk menunjukkan bahawa Nehor tidak mengajar kebenaran. Nehor menjadi marah! Dia membunuh Gideon dengan pedangnya.
Orang ramai membawa Nehor kepada Alma untuk dihakimi. Nehor cuba mempertahankan apa yang telah dia lakukan. Dia tidak mahu dihukum.
Alma berkata bahawa ajaran Nehor adalah salah dan boleh memusnahkan orang. Alma mengikuti hukum. Kerana Nehor telah membunuh Gideon, maka Nehor juga dijatuhkan hukuman mati.
Sebelum dia mati, Nehor memberitahu orang ramai bahawa dia telah berdusta. Dia tidak mengajar firman Tuhan. Walaupun Nehor berkata dia salah, ramai orang mengikuti contohnya. Mereka berbohong kepada orang untuk mendapatkan pujian dan wang. Tetapi yang lain mendengar kepada Alma. Mereka menjaga yang miskin dan mematuhi perintah-perintah Tuhan.