Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Kembali kepada Bapa-Nya


“Yesus Kembali kepada Bapa-Nya,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

3 Nefi 28; 4 Nefi 1

2:38

Yesus Kembali kepada Bapa-Nya

Melayani para pengikut-Nya sebelum Dia pergi

Yesus Kristus berbicara dengan sekumpulan orang

Yesus mengajar orang ramai injil-Nya. Dia mengajar mereka untuk mengasihi Tuhan dan saling melayani. Tidak lama lagi, Yesus akan kembali kepada Bapa-Nya. Dia meminta para pengikut untuk terus mengajar orang ramai selepas Dia pergi.

3 Nefi 11:41; 28:1

Yesus Kristus tersenyum dan menghulurkan tangan-Nya

Sebelum Dia pergi, Yesus bertanya kepada setiap pengikut-Nya apa yang mereka mahu Dia lakukan untuk mereka. Kebanyakan para pengikut berkata mereka mahu tinggal bersama Yesus selepas mereka selesai melayani-Nya di bumi. Yesus berjanji bahawa mereka akan tinggal bersama-Nya selepas mereka mati.

3 Nefi 28:1–3

tiga pengikut kelihatan bimbang

Tiga daripada pengikut itu sedih kerana mereka risau untuk beritahu Yesus apa yang mereka mahu. Tetapi Yesus tahu apa yang mereka mahu daripada Dia. Mereka mahu hidup sehingga Kedatangan Kedua Juruselamat supaya mereka boleh bantu lebih ramai orang datang kepada Yesus.

3 Nefi 28:4–7, 9

Yesus Kristus bercakap dengan tiga pengikut

Yesus berjanji bahawa mereka tidak akan mati. Mereka akan tinggal di bumi dan bantu orang datang kepada-Nya sehingga Kedatangan Kedua-Nya.

3 Nefi 28:7–11

Yesus Kristus naik ke udara dan dikelilingi oleh cahaya

Yesus menyentuh setiap pengikut dengan jari-Nya kecuali tiga pengikut yang mahu tinggal. Kemudian Yesus pergi dan kembali kepada Bapa Syurgawi.

3 Nefi 28:1, 12

ketiga-tiga pengikut itu tersenyum dan bersinar

Selepas ini, langit terbuka dan ketiga-tiga pengikut itu dibawa ke syurga. Mereka melihat dan mendengar banyak hal yang menakjubkan dan diberitahu untuk tidak bercakap mengenainya. Badan mereka juga diubah supaya mereka tidak mati atau berasa sakit.

3 Nefi 28:13–15, 36–40

para pengikut membaptis orang

Para pengikut kembali dan terus mengajar orang ramai tentang Yesus. Orang ramai mahu mengikut Yesus dan dibaptiskan dalam Gereja-Nya. Kasih Tuhan ada di dalam hati mereka, dan mereka saling berkongsi semua yang mereka ada. Mereka gembira, dan Tuhan memberkati mereka. Semua orang hidup dalam kedamaian hampir 200 tahun.

3 Nefi 28:16–18, 23; 4 Nefi 1:1–23