Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Memberkati Kanak-kanak


“Yesus Memberkati Kanak-kanak,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

3 Nefi 17

2:47

Yesus Memberkati Kanak-kanak

Menunjukkan kasih-Nya kepada mereka

Yesus Kristus berdiri di tangga bait suci dan bercakap dengan sekumpulan orang

Yesus Kristus telah mengajar orang ramai banyak hal. Dia melihat mereka perlukan masa untuk memikirkan apa yang telah mereka pelajari. Dia meminta mereka pulang ke rumah dan berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk memahami apa yang telah Dia ajarkan kepada mereka. Kemudian Yesus berjanji untuk melawat mereka lagi pada keesokan harinya.

3 Nefi 17:1–4

Yesus Kristus tersenyum dan mengangkat tangan-Nya

Orang ramai menangis kerana mereka mahu Yesus untuk tinggal lebih lama. Yesus mengasihi orang-orang itu. Dia dapat melihat iman mereka sangat kuat. Dia meminta mereka untuk membawa kepada-Nya sesiapa sahaja yang sakit atau terluka dalam apa jua cara. Dia mahu sembuhkan setiap mereka.

3 Nefi 17:5–8

Yesus Kristus bantu seorang kanak-kanak kecil yang sakit, dan kanak-kanak kecil lain berada berdekatan dan tersenyum

Orang ramai datang kepada-Nya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang sakit. Yesus menyembuhkan setiap mereka. Mereka sangat gembira. Mereka berlutut dan mencium kaki-Nya.

3 Nefi 17:9–10

Yesus Kristus bercakap dengan seorang kanak-kanak kecil, dan orang ramai berkumpul di sekeliling Yesus bersama anak-anak mereka

Yesus meminta mereka untuk membawa anak-anak kecil mereka kepada-Nya. Orang ramai membawa anak-anak mereka dan dudukan mereka di sekeliling Yesus.

3 Nefi 17:11–12

Yesus Kristus berlutut dan berdoa, dan kanak-kanak kecil dan orang dewasa berlutut di sekeliling-Nya dan berdoa

Selepas semua kanak-kanak kecil bersama-Nya, Yesus meminta orang ramai untuk berlutut di atas tanah. Dia juga berlutut. Kemudian Dia berdoa kepada Bapa Syurgawi. Dia mengucapkan hal-hal yang menakjubkan sehingga firman-Nya tidak dapat ditulis. Orang ramai dipenuhi dengan kebahagiaan.

3 Nefi 17:13–18

Yesus Kristus tersenyum, dan air mata menitis dari mata-Nya

Yesus beritahu orang-orang itu mereka diberkati kerana iman mereka kepada-Nya. Yesus berasa sangat gembira sehingga Dia mula menangis.

3 Nefi 17:19–21

Yesus Kristus memeluk seorang kanak-kanak kecil, dan kanak-kanak kecil yang lain berada berdekatan dan tersenyum

Kemudian Yesus memberkati setiap kanak-kanak satu demi satu. Dia berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk setiap mereka. Kemudian Dia meminta orang ramai untuk melihat anak-anak mereka.

3 Nefi 17:21–23

Yesus Kristus bercakap dengan kanak-kanak kecil, dan malaikat turun dari langit dan berkumpul di sekeliling kanak-kanak kecil itu

Malaikat datang dari syurga dan berkumpul di sekeliling kanak-kanak kecil. Ketika malaikat memberkati kanak-kanak kecil itu, cahaya syurga mengelilingi mereka. Pada hari lain, Yesus bertemu dan sekali lagi memberkati kanak-kanak kecil itu. Dia juga memberkati kanak-kanak kecil untuk dapat bercakap. Malah bayi bercakap. Kanak-kanak kecil mengajar ibu bapa mereka hal-hal yang menakjubkan.

3 Nefi 17:23–25; 26:14, 16