“Para Ibu Tentera Muda,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Para Ibu Tentera Muda
Mengajar kanak-kanak untuk mempercayai Tuhan
Orang Anti-Nefi-Lehi mengasihi Tuhan dan semua orang. Para ibu mengajar anak-anak mereka bahawa mereka boleh sentiasa mempercayai Tuhan. Mereka mengajar anak-anak itu untuk mentaati perintah-Nya.
Alma 26:31–34; 27:12, 27–30; 56:47–48; 57:21, 26
Bangsa Nefi dan bangsa Laman saling bertempur dalam peperangan besar. Bangsa Nefi berjuang untuk melindungi bangsa mereka sendiri dan orang Anti-Nefi-Lehi.
Kerana dosa-dosa lalu mereka, orang Anti-Nefi-Lehi telah membuat perjanjian, atau janji istimewa, dengan Tuhan untuk tidak pernah melawan sesiapa. Tetapi mereka mengasihi bangsa Nefi dan mahu membantu.
Orang Anti-Nefi-Lehi akan pergi berperang. Tetapi nabi Helaman dan pemimpin Gereja yang lain meyakinkan mereka bahawa mereka harus mentaati janji mereka untuk tidak berperang. Orang Anti-Nefi-Lehi terpaksa melihat rakan-rakan mereka melalui banyak kesakitan dan kesusahan, tetapi mereka mentaati perjanjian mereka dengan Tuhan.
Anak-anak lelaki orang Anti-Nefi-Lehi tidak membuat janji yang ibu bapa mereka buat. Kini mereka membuat janji mereka sendiri bahawa mereka akan berjuang untuk kebebasan.
Mereka ada keberanian yang besar. Mereka telah belajar daripada ibu-ibu mereka, jika mereka tidak ragu, Tuhan akan melindungi mereka.
Anak-anak lelaki itu mempercayai ibu-ibu mereka. Anak-anak lelaki itu beriman kepada Tuhan dan mentaati perintah-perintah-Nya. Mereka percaya Tuhan akan menjaga mereka. Para ibu itu tahu Tuhan akan melindungi anak-anak mereka.