Cerita-cerita Kitab Suci
Nabi Nefi


“Nabi Nefi,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Helaman 6–11

Nabi Nefi

Mendapat kuasa besar daripada Tuhan

Bangsa Nefi yang berpakaian mewah mencuri dan mentertawakan orang ramai

Sekumpulan perompak dipanggil Gadianton memerintah bandar Zarahemla. Mereka berjanji untuk saling membantu berbuat jahat. Mereka merompak dan menyakiti orang untuk dapatkan wang dan kuasa. Banyak orang menyertai para perompak ini. Mereka mahu menjadi kaya.

Helaman 6:15–24, 38–39; 7:4–5

Nefi berlutut di menaranya dan berdoa, dan seorang bangsa Nefi menjelingnya

Nabi Nefi tinggal di Zarahemla. Nefi berdoa kepada Tuhan kerana dia sedih orang tidak mengikuti perintah Tuhan. Nefi meminta orang ramai untuk ingat semua yang Tuhan telah lakukan untuk mereka. Tetapi ramai orang tidak mahu mendengar. Mereka lebih pentingkan wang dan kuasa berbanding mentaati Tuhan.

Helaman 7:1–22

Nefi bercakap kepada sekumpulan bangsa Nefi dari menara, dan orang ramai menjerit kepadanya

Nefi memperingatkan orang ramai tentang para perompak itu. Dia berkata mereka perlu bertaubat. Beberapa hakim bangsa Nefi telah menyertai para perompak itu. Mereka marah kepada Nefi dan kata dia berbohong. Mereka mahu orang ramai marah kepada Nefi juga.

Helaman 7:22–29; 8:1–7

Nefi bercakap dan mengerakkan tangannya

Nefi berkata Tuhan memberitahu para nabi-Nya banyak hal. Nefi beritahu mereka bahawa semua nabi mengajar tentang kedatangan Yesus Kristus. Dia berkata para nabi memperingatkan orang ramai bahawa Yerusalem akan musnah jika mereka tidak bertaubat. Dia bantu mereka ingat bahawa Yerusalem telah dimusnahkan.

Helaman 8:11–25

Nefi bercakap kepada sekumpulan orang Nefi, dan orang ramai mendengar

Keesokan harinya, para hakim menyoal Nefi untuk memperdayakannya. Nefi beritahu mereka tentang kejahatan di kalangan mereka. Sesetengah orang mempercayai Nefi dan tahu dia adalah seorang nabi.

Helaman 9:19–41

Nefi bersendirian dan kelihatan sedih

Yang lain tidak percaya. Semua orang bertengkar dan kemudian pergi. Nefi fikir tentang apa yang Tuhan telah ajarkan kepadanya. Dia sedih kerana tindakan jahat orang-orang itu.

Helaman 10:1–3

Nefi berlutut dan berdoa, dan cahaya menyinari dia

Tuhan berbicara kepada Nefi. Dia gembira kerana Nefi telah mengajar orang ramai. Kerana kepatuhan Nefi, Tuhan memberinya kuasa istimewa ke atas hal-hal di bumi dan di syurga. Tuhan tahu Nefi hanya akan gunakan kuasa itu untuk membantu orang bertaubat.

Helaman 10:3–12

Nefi bercakap kepada sekumpulan bangsa Nefi, dan orang ramai mengabaikannya atau menjelingnya

Tuhan beritahu Nefi untuk kembali kepada orang-orang itu dan beritahu mereka untuk bertaubat. Nefi pergi serta-merta. Tetapi orang-orang itu marah kepadanya dan tidak mendengar.

Helaman 10:11–15

para pengawal mencari Nefi, dan Nefi menjauhi mereka

Mereka cuba masukkan Nefi ke dalam penjara. Tetapi Roh Tuhan membantu Nefi melarikan diri.

Helaman 10:15–17

Nefi memandang kota yang terbakar

Nefi terus mengajar firman Tuhan. Orang ramai masih tidak mendengar. Mereka mula bertengkar dan saling bergaduh. Para perompak memburukkan lagi pergaduhan itu. Tidak lama kemudian, terdapat peperangan di setiap bandar. Ramai orang tercedera atau terbunuh. Nefi sedih. Dia tidak mahu orang-orang itu dimusnahkan oleh peperangan.

Helaman 10:17–18; 11:1–4

tanah kering, tiada yang tumbuh, dan tiada air, dan bangsa Nefi kelihatan sedih dan saling membantu

Nefi meminta Tuhan untuk mendatangkan kebuluran yang besar supaya orang ramai akan mengingati Tuhan dan bertaubat. Tiada hujan selama bertahun-tahun. Tanah kering, dan tanaman tidak dapat tumbuh. Orang ramai kelaparan. Mereka berhenti bergaduh dan mula mengingati Tuhan. Orang ramai bertaubat dan menyingkirkan para perompak itu.

Helaman 11:3–7, 9–10

Nefi berdoa, ia mula hujan, dan bangsa Nefi tersenyum dan berterima kasih kepada Tuhan

Orang ramai meminta Nefi untuk berdoa kepada Tuhan. Nefi melihat mereka telah bertaubat dan para perompak telah pergi. Dia meminta Tuhan untuk menghantar hujan. Tuhan menjawab doa Nefi. Hujan datang, dan tanaman mula tumbuh. Orang ramai bersyukur kepada Tuhan. Mereka tahu Nefi ialah seorang nabi dan ada kuasa yang besar daripada Tuhan.

Helaman 11:8–18