Cerita-cerita Kitab Suci
Yesus Memilih Dua Belas Pengikut


“Yesus Memilih Dua Belas Pengikut,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

3 Nefi 11; 13; 18

1:57

Yesus Memilih Dua Belas Pengikut

Kuasa untuk mengajar dan membaptis

Yesus Kristus meletakkan tangan-Nya di atas kepala seorang pengikut dan memberkatinya, dan orang ramai berdiri di sekeliling mereka dan berdoa

Apabila Yesus Kristus datang ke kota Kelimpahan, Dia memilih dua belas orang dan memberi mereka kuasa untuk mengajar dan membaptis. Dia juga memberi mereka kuasa untuk memberikan kurnia Roh Kudus. Dia memanggil mereka para pengikut-Nya. Para pengikut melakukan hal-hal yang Yesus ajarkan kepada mereka.

3 Nefi 11:1, 18–22, 41; 12:1; 15:11–12; 18:36–37

Yesus Kristus mengajar, seorang pengikut membaptis seseorang, dan para pengikut lain mendengar dan melihat

Yesus mengajar para pengikut-Nya cara untuk membaptis. Dia beritahu mereka kata-kata yang harus mereka katakan. Dia mengajar mereka untuk masukkan orang itu ke air dan membantu mereka bangun semula. Yesus berkata untuk sentiasa membaptis dengan cara Dia ajarkan mereka. Dia juga mengajar mereka tentang Roh Kudus.

3 Nefi 11:22–28, 35

Yesus Kristus bercakap dengan salah seorang pengikut-Nya

Yesus mahu para pengikut-Nya saling bergaul dan tidak bertengkar. Dia berkata apabila mereka bertengkar, mereka tidak mengikuti ajaran-Nya.

3 Nefi 11:28–30

Yesus Kristus menghulurkan tangannya kepada orang ramai, dan orang ramai tersenyum dan mendengar

Yesus mengajar orang ramai untuk percaya kepada-Nya, bertaubat, dan dibaptiskan supaya mereka boleh hidup lagi bersama Bapa Syurgawi sekali lagi.

3 Nefi 11:31–33

Yesus Kristus berjalan bersama para pengikut-Nya dan orang lain dan mengajar mereka

Yesus memberitahu para pengikut-Nya bahawa jika mereka percaya kepada-Nya, mereka juga percaya kepada Bapa Syurgawi. Roh Kudus akan membantu mereka tahu bahawa Yesus dan Bapa Syurgawi adalah nyata.

3 Nefi 11:35–36

Yesus Kristus duduk bersama para pengikut-Nya dan orang ramai dan mengajar mereka

Apabila Yesus selesai mengajar para pengikut-Nya, Dia menyuruh mereka pergi dan mengajar semua orang. Dia berkata jangan risau tentang apa yang akan mereka makan, minum, atau pakai. Dia memberitahu mereka bahawa jika mereka melayani Bapa Syurgawi, Bapa Syurgawi akan menjaga mereka.

3 Nefi 11:41; 13:25–34