Cerita-cerita Kitab Suci
Raja Nuh dan Raja Limhi


“Raja Nuh dan Raja Limhi,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Mosia 19-22

Raja Nuh dan Raja Limhi

Melarikan diri daripada bangsa Laman

Gideon memegang pedang dan berdiri dekat menara, dan Nuh berada dalam menara dan menunjuk ke arah tentera bangsa Laman

Raja Nuh memerintah sekumpulan bangsa Nefi. Dia melakukan banyak perkara buruk, dan beberapa orang marah terhadapnya. Seorang lelaki bernama Gideon melawan Nuh dengan sebuah pedang. Nuh melarikan diri dan memanjat sebuah menara. Dari menara itu, dia melihat tentera bangsa Laman datang. Nuh berpura-pura takut untuk rakyatnya, jadi Gideon membiarkan dia hidup.

Mosia 11:1-2; 19:2-8

Nuh melarikan, dan rakyat Nuh takut

Nuh dan rakyatnya lari. Tetapi bangsa Laman mengejar mereka dan mula menyerang mereka. Nuh memerintahkan para lelaki untuk meninggalkan keluarga mereka dan pergi bersamanya.

Mosia 19:9–11

Limhi, Gideon, dan bangsa Nefi lain menghadapi tentera bangsa Laman

Beberapa lelaki pergi bersama Nuh. Tetapi kebanyakan lelaki memilih untuk tinggal bersama keluarga mereka. Anak lelaki Nuh, Limhi juga memilih untuk tinggal.

Mosia 19:12, 16–17

wanita berdiri di depan Limhi dan bangsa Nefi yang lain

Banyak anak perempuan berdiri di hadapan tentera dan meminta bangsa Laman untuk tidak menyakiti keluarga mereka. Bangsa Laman mendengarkan anak perempuan dan membiarkan bangsa Nefi hidup. Sebaliknya, bangsa Laman menangkap bangsa Nefi.

Mosia 19:13-15

Nuh dan orangnya marah terhadap satu sama lain

Para lelaki yang lari ingin kembali kepada keluarga mereka. Nuh cuba menghentikan mereka, jadi para lelaki itu membunuhnya. Kemudian mereka kembali kepada keluarga mereka.

Mosia 19:18-22

para orang lelaki Nefi menyambut keluarga mereka dan Gideon

Para lelaki sangat gembira kerana keluarga mereka selamat. Mereka memberitahu Gideon apa yang terjadi kepada Nuh.

Mosia 19:22-24

Limhi memberi bangsa Laman makanan dan haiwan

Rakyat memilih Limhi untuk menjadi raja baharu mereka. Limhi berjanji kepada raja bangsa Laman bahawa mereka akan membayar separuh daripada semua yang mereka miliki. Sebagai balasan, raja bangsa Laman berjanji bahawa dia tidak akan menyakiti rakyat Limhi.

Mosia 19:25-27

Limhi dan isterinya kelihatan sedih, dan ramai bangsa Nefi tercedera

Mereka hidup dalam kedamaian untuk beberapa tahun. Kemudian bangsa Laman mula melayan rakyat Limhi dengan teruk. Orang ramai ingin menjadi bebas sekali lagi. Mereka cuba melawan bangsa Laman, tetapi mereka tewas. Orang ramai berdoa kepada Tuhan untuk bantuan.

Mosia 19:29; 21:1–15

Limhi dan Amon bercakap

Suatu hari, seorang bangsa Nefi bernama Amon mengunjung Limhi dan rakyatnya. Amon datang dari sebuah negeri yang dipanggil Zarahemla. Limhi gembira berjumpa dengan Amon.

Mosia 21:22-24

Gideon, Limhi, Amon, dan bangsa Nefi lain bercakap

Amon boleh memimpin rakyat Limhi ke Zarahemla, tetapi mereka perlu melarikan diri daripada bangsa Laman terdahulu. Gideon mempunyai rancangan.

Mosia 21:36; 22:1–9, 11

Para pengawal bangsa Laman tidur, dan bangsa Nefi meninggalkan kota

Pada waktu malam, Gideon memberi para pengawal bangsa Laman wain tambahan untuk membuat mereka tertidur. Ketika para pengawal tidur, Limhi dan semua rakyatnya melarikan diri dari kota itu.

Mosia 22:7, 10-12

Raja Mosia dan rakyatnya mengalu-alukan Limhi dan rakyatnya

Mereka pergi ke Zarahemla dan menyertai bangsa Nefi di sana. Limhi dan rakyatnya belajar lebih tentang Tuhan. Mereka membuat perjanjian, atau janji istimewa, untuk melayani Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Mereka dibaptiskan dan menjadi sebahagian Gereja Tuhan. Mereka ingat bahawa Tuhan membantu mereka melarikan diri daripada bangsa Laman.

Mosia 21:32–35; 22:13–14; 25:16–18