“Alma dan Amulek dalam Penjara,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Alma dan Amulek dalam Penjara
Iman kepada Tuhan semasa waktu kesusahan
Alma dan Amulek mengajarkan injil di kota Amoniha. Sesetengah orang percaya kepada Tuhan dan bertaubat. Tetapi ramai orang lain marah terhadap Alma dan Amulek dan ingin menghancurkan mereka. Orang-orang yang marah mengikat Alma dan Amulek dan membawa dua lelaki itu kepada hakim utama kota itu.
Hakim utama tidak percaya bahawa rakyatnya perlu bertaubat. Orang ramai marah terhadap Alma dan Amulek. Mereka membuat para lelaki yang mempercayai apa yang Alma dan Amulek ajarkan meninggalkan kota itu. Kemudian mereka membuang wanita dan kanak-kanak yang percaya kepada Tuhan ke dalam api.
Amulek sangat sedih apabila dia melihat orang ramai dalam kesakitan. Dia meminta Alma untuk menggunakan kuasa Tuhan untuk menyelamatkan mereka. Tetapi Alma berkata Roh Tuhan tidak akan membiarkannya. Dia memberitahu Amulek bahawa wanita dan kanak-kanak akan bersama Tuhan. Tuhan akan menghakimi orang-orang yang membunuh mereka.
Hakim utama mengejek Alma dan Amulek kerana Tuhan tidak melindungi wanita dan kanak-kanak. Dia menghantar Alma dan Amulek ke penjara.
Selepas tiga hari, hakim utama pergi ke penjara bersama imam-imam palsunya. Mereka menanya banyak soalan. Tetapi Alma dan Amulek tidak mahu menjawab mereka.
Hakim utama dan imam-imamnya melakukan perkara-perkara buruk kepada Alma dan Amulek. Mereka juga tidak memberi Alma dan Amulek apa-apa makanan atau air. Dan mereka memperolok-olokkan apa yang Alma dan Amulek telah ajarkan.
Alma dan Amulek menderita untuk beberapa hari. Hakim utama kembali bersama para imamnya. Dia memberitahu Alma dan Amulek bahawa jika mereka memiliki kuasa Tuhan, mereka harus memutuskan tali yang mengikat mereka. Kemudian dia akan mempercayai mereka.
Alma dan Amulek merasakan kuasa Tuhan. Mereka berdiri. Alma memiliki iman kepada Tuhan dan meminta kuasa untuk memutuskan tali.
Alma dan Amulek memutuskan tali-tali itu. Hakim utama dan imam-imamnya takut. Mereka cuba lari, tetapi kemudian tanah mula bergegar.
Dinding penjara jatuh ke atas hakim utama dan imamnya, dan mereka mati. Tetapi Tuhan melindungi Alma dan Amulek. Apabila orang ramai mendengar bunyi bising itu, mereka berlari untuk melihat apa yang sedang berlaku. Hanya Alma dan Amulek keluar dari penjara. Orang ramai begitu takut akan Alma dan Amulek sehingga mereka melarikan diri.