Cerita-cerita Kitab Suci
Korianton


“Korianton,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Alma 39–42

Korianton

Berpaling kembali kepada Tuhan

Korianton mengajar orang

Korianton adalah salah seorang anak lelaki Alma. Dia pergi bersama ayahnya, abangnya Siblon, dan yang lain untuk mengajar sekumpulan orang yang dipanggil bangsa Zoram tentang injil Yesus Kristus.

Alma 31:5–7; 32:1

Korianton minum dengan orang ramai

Semasa Korianton berada bersama orang ramai, dia tergoda untuk berdosa. Daripada mematuhi Tuhan, dia memilih untuk melakukan hal-hal yang bertentangan dengan perintah-perintah Tuhan. Kerana apa yang dia lakukan, beberapa daripada bangsa Zoram tidak mempercayai apa yang Alma dan anak-anak lelakinya ajarkan.

Alma 39:2–5, 11–12

Alma bercakap dengan Korianton

Alma menjemput Korianton untuk bertaubat dan berpaling kepada Tuhan untuk pengampunan. Korianton risau tentang bahagian-bahagian rancangan Tuhan. Alma membantu anaknya memahami rancangan kebahagiaan Tuhan, Korban Tebusan Kristus, kebangkitan dan kehidupan selepas kematian. Alma mengingatkannya bahawa Tuhan mempunyai pekerjaan untuk dia lakukan.

Alma 39:7–9, 13–19; 40–42

Korianton mengajar orang

Korianton dengar kepada ayahnya. Dia beriman dalam Yesus dan bertaubat akan dosa-dosanya. Dia belajar bahawa Tuhan adil dan juga penuh kasih dan baik hati. Korianton mengajar semula dengan ayah dan saudaranya. Mereka mengajar ramai orang tentang kebahagiaan dan kedamaian pertaubatan dan menjalani injil Yesus Kristus.

Alma 42:30–31; 43:1–2; 48:17–18