“Tentera Muda,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Tentera Muda
Para anak lelaki yang mempercayai Tuhan
Bangsa Nefi berperang dengan bangsa Laman dan memerlukan bantuan. Para orang Anti-Nefi-Lehi ingin membantu. Tetapi mereka telah berjanji kepada Tuhan untuk tidak berperang. Dua ribu anak lelaki muda mereka belum membuat janji itu. Sebaliknya, anak-anak lelaki berjanji untuk berperang bagi melindungi keluarga mereka. Anak-anak lelaki ini dipanggil askar-askar teruna.
Para askar teruna memilih nabi Helaman untuk memimpin mereka. Mereka adalah kumpulan kecil dibandingkan dengan tentera bangsa Laman yang besar. Tetapi Helaman tahu para askar teruna adalah jujur, berani, dan setia. Dengan Helaman memimpin mereka, mereka pergi membantu bangsa Nefi.
Alma 53:19–22; 56:9–10, 17, 19
Askar-askar bangsa Nefi penat. Tetapi apabila para askar teruna datang, bangsa Nefi bersukacita. Tentera muda memberi mereka harapan dan kekuatan. Bersama-sama, mereka bersedia untuk melawan bangsa Laman. Ibu bapa askar teruna juga membantu dengan membawa makanan dan bekalan kepada mereka.
Bangsa Laman telah menawan banyak kota dan menempatkan tentera mereka di dalamnya. Para pemimpin bangsa Nefi ingin bangsa Laman meninggalkan salah satu kota itu. Mereka membuat rancangan dan meminta bantuan para askar teruna.
Para askar teruna berpura-pura membawa makanan kepada bangsa Nefi yang tinggal di kota berdekatan. Ketika bangsa Laman melihat kumpulan kecil itu, mereka meninggalkan kota mereka dan mengejar para askar teruna. Bangsa Laman menyangka ia adalah mudah untuk menangkap mereka
Para askar teruna lari daripada bangsa Laman. Kemudian seangkatan tentera bangsa Nefi mula mengejar bangsa Laman. Bangsa Laman ingin menangkap para askar teruna sebelum bangsa Nefi sampai kepada mereka. Bangsa Nefi melihat para askar teruna berada dalam kesusahan dan berkawat lebih cepat untuk membantu mereka.
Selepas beberapa ketika, para askar teruna tidak dapat melihat bangsa Laman. Mereka mula tertanya-tanya sama ada bangsa Nefi telah sampai kepada bangsa Laman dan sedang berperang.
Helaman risau. Dia fikir bangsa Laman mungkin cuba memerangkap mereka. Dia bertanya askar-askar mudanya jika mereka akan pergi melawan bangsa Laman.
Para askar teruna teringat apa yang ibu mereka telah ajarkan kepada mereka. Ibu-ibu mereka telah mengajar mereka untuk mempercayai Tuhan dan tidak ragu, kerana Dia akan memastikan mereka selamat. Anak-anak lelaki ini percaya kepada Tuhan dan ingin mentaati janji mereka untuk melindungi keluarga mereka. Mereka memberitahu Helaman bahawa mereka bersedia untuk pergi dan berperang.
Helaman kagum dengan keberanian mereka. Dia memimpin mereka kembali untuk melawan bangsa Laman.
Para askar teruna melihat bangsa Laman dan bangsa Nefi sedang bertempur. Bangsa Nefi sudah letih. Mereka hampir tewas apabila askar-askar muda itu datang.
Para askar teruna berperang dengan kekuatan Tuhan. Bangsa Laman takut terhadap mereka dan berhenti berlawan. Para askar teruna telah membantu memenangi pertempuran!
Dalam pertempuran itu, ramai bangsa Nefi dan bangsa Laman mati. Helaman bimbang bahawa beberapa askar mudanya mungkin juga telah mati. Tetapi selepas pertempuran, Helaman mengira semua orang. Dia sangat gembira melihat tiada seorang pun askar muda itu terbunuh. Tuhan telah melindungi mereka.
Lebih banyak anak lelaki menyertai para askar teruna. Mereka terus membantu bangsa Nefi berperang. Dalam pertempuran lain ini, para askar teruna semuanya tercedera, tetapi tidak seorang pun daripada mereka mati. Mereka mengingati apa yang ibu-ibu mereka ajarkan kepada mereka. Mereka mempercayai Tuhan, dan Dia melindungi mereka.