“Ismael dan Keluarganya,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Ismael dan Keluarganya
Menyertai perjalanan ke negeri yang dijanjikan
Keluarga Lehi dan Saria tinggal bersendirian di padang belantara. Suatu hari, Tuhan memfirmankan Lehi untuk menghantar anak-anak lelakinya, Laman, Lemuel, Sam dan Nefi, ke Yerusalem. Mereka dihantar untuk meminta Ismael dan keluarganya untuk menyertai mereka. Bersama keluarga mereka boleh membesarkan anak-anak di negeri yang dijanjikan.
Ismael dan keluarganya ingin mengikuti Tuhan. Mereka percaya Tuhan mahu mereka menyertai keluarga Lehi dan Saria. Mereka memilih untuk meninggalkan Yerusalem dan bertemu dengan Lehi di padang belantara.
Dalam perjalanan mereka, sesetengah orang tidak lagi mahu patuh. Mereka mahu kembali ke rumah. Nefi meminta mereka untuk beriman kepada Tuhan.
Nefi berkata Tuhan boleh melakukan apa pun jika mereka mempunyai iman. Tetapi Laman dan Lemuel menjadi marah. Mereka mengikat Nefi dan ingin meninggalkannya di padang belantara.
Nefi berdoa untuk bantuan. Tali menjadi longgar dan Nefi berdiri. Tetapi Laman dan Lemuel masih mahu mencederakannya. Salah seorang anak perempuan Ismael mempertahankan Nefi. Ibu dan salah seorang abangnya juga mempertahankan dia. Laman dan Lemuel dengar kepada mereka dan berhenti mencederakan Nefi.
Laman dan Lemuel rasa bersalah tentang apa yang mereka telah lakukan. Mereka meminta Nefi untuk mengampuni mereka. Nefi mengampuni saudara-saudaranya. Kemudian Laman dan Lemuel berdoa dan meminta Tuhan untuk mengampuni mereka.
Mereka semua meneruskan perjalanan mereka dan tiba ke khemah Lehi dan Saria. Akhirnya, dua keluarga itu bersama. Mereka bersyukur kepada Tuhan dan menyembah-Nya.