Cerita-cerita Kitab Suci
Nabi Samuel


“Nabi Samuel,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Helaman 13–16

3:6

Nabi Samuel

Mengajar tentang kelahiran dan kematian Yesus

Bangsa Nefi mengusir Samuel dari kota

Seorang nabi bangsa Laman bernama Samuel pergi untuk mengajar bangsa Nefi di Zarahemla. Dia mengajar tentang pertaubatan. Bangsa Nefi tidak mahu mendengar dan mengusirnya keluar dari kota.

Helaman 13:1–2

Samuel berdoa

Samuel hendak kembali kepada bangsanya. Tetapi Tuhan menyuruhnya untuk kembali mengajar bangsa Nefi.

Helaman 13:2–3

Samuel berdiri di luar kota dan melihatnya

Tuhan memberitahu Samuel Dia akan beritahu apa yang perlu dikatakan. Samuel mematuhi Tuhan. Dia kembali ke Zarahemla. Tetapi bangsa Nefi tidak membenarkan dia masuk ke dalam kota itu.

Helaman 13:3–4

Samuel berdiri di tembok bandar dan bercakap dengan khayalak yang ramai

Samuel memanjat tembok kota. Dia katakan hal-hal yang Tuhan masukkan ke dalam hatinya. Dia memperingatkan orang-orang itu mereka akan dimusnahkan kerana berbuat jahat. Dia berkata hanya pertaubatan dan iman kepada Yesus Kristus boleh menyelamatkan mereka. Dia berkata Yesus, Putera Tuhan, akan dilahirkan dalam masa lima tahun.

Helaman 13:4–11; 14:2, 8, 12–18

Samuel berdiri di tembok kota dan bercakap, dan di sebelahnya imej Yesus semasa bayi, Maria, dan Yusuf

Samuel berkata akan ada tanda-tanda kelahiran Yesus. Dia beritahu orang-orang itu untuk mencari tanda-tanda tersebut. Satu tanda ialah malam tanpa kegelapan. Tanda-tanda lain ialah bintang baharu dan banyak perkara indah akan muncul di langit.

Helaman 14:3–7

Samuel bercakap, dan satu imej di sebelahnya ialah Juruselamat yang Bangkit di luar kubur-Nya bercakap dengan Maria Magdalena

Samuel mahu orang-orang itu beriman kepada Yesus. Dia berkata Yesus akan mati dan bangkit supaya semua orang boleh diselamatkan jika mereka bertaubat.

Helaman 14:8, 12–18

Samuel bercakap, dan imej di belakangnya sebuah bandar yang gelap

Samuel berkata akan ada tanda-tanda kematian Yesus. Orang ramai tidak akan dapat melihat matahari, bulan, atau bintang. Tidak akan ada cahaya selama tiga hari.

Helaman 14:20, 27

Samuel bercakap, dan di sebelahnya imej sebuah bandar yang terbakar dengan kilat menyambar

Akan ada guruh dan kilat. Gempa bumi akan datang, dan banyak kota akan dimusnahkan.

Helaman 14:21–27

Samuel berdiri di atas tembok kota, dan sekumpulan orang yang marah di bawah cuba melepaskan anak panah dan membaling batu, tetapi semuanya tidak terkena Samuel

Sesetengah orang mempercayai Samuel, tetapi ramai bangsa Nefi marah kepadanya. Mereka membaling batu dan melepaskan anak panah terhadapnya. Tuhan melindungi Samuel semasa dia berdiri di tembok. Tiada satu pun batu dan anak panah terkena padanya.

Helaman 16:1–2

sesetengah orang berdoa dan kelihatan bimbang, orang lain marah, dan Samuel pergi

Apabila tiada siapa yang boleh menyakiti Samuel, ramai lagi orang mempercayai kata-katanya. Tetapi kebanyakan orang masih marah. Mereka cuba menangkap Samuel dan mengikatnya. Samuel melarikan diri dan pulang ke rumah. Dia terus mengajar bangsanya.

Helaman 16:3, 6–8

seorang nabi bernama Nefi bercakap kepada orang ramai di sebelah sungai

Bangsa Nefi yang mempercayai Samuel bertaubat dan dibaptiskan oleh nabi Nefi. Mereka percaya kepada Yesus dan memerhatikan tanda-tanda kelahiran Yesus yang telah Samuel beritahu kepada mereka.

Helaman 16:1, 3–5; 3 Nefi 1:8