“Ribut di Laut,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
“Ribut di Laut,” Cerita-cerita Kitab Mormon
Ribut di Laut
Mencari kedamaian dalam Tuhan
Tuhan memberitahu Lehi bahawa sudah tiba masanya untuk naik kapal itu. Keluarga itu membawa banyak makanan untuk dimakan semasa mereka mengembara. Kemudian mereka semua naik kapal itu dan belayar ke arah negeri yang dijanjikan.
Selepas beberapa hari di laut, sesetengah orang mula tidak menghormati dan bercakap kasar. Mereka lupa bahawa Tuhan telah membantu mereka.
Nefi bimbang bahawa mereka mungkin mengecewakan Tuhan. Tanpa bantuan Tuhan, kapal mereka tidak akan selamat. Nefi meminta abang-abangnya untuk berhenti.
Laman dan Lemuel marah kepada Nefi. Mereka mengikatnya dan bertindak jahat terhadapnya. Mereka tidak mematuhi Tuhan dan Liahona henti berfungsi. Tidak lama kemudian datang ribut besar. Selepas tiga hari dalam ribut, mereka semua takut mereka akan lemas.
Keluarga Nefi merayu kepada Laman dan Lemuel untuk melepaskan Nefi. Tetapi Laman dan Lemuel masih tidak membiarkan sesiapa pun untuk melepaskan Nefi. Saria dan Lehi sedih dan menjadi sangat sakit. Ribut itu tidak berhenti.
Pada hari keempat, Laman dan Lemuel tahu kapal itu akan tenggelam. Mereka bertaubat dan melepaskan Nefi. Apabila Nefi berdoa, ribut itu berhenti. Liahona bekerja semula. Nefi menggunakannya untuk mengemudikan kapal ke arah yang betul.
Selepas beberapa hari, keluarga itu sampai ke negeri yang dijanjikan.