“Panglima Moroni dan Pahoran,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)
Panglima Moroni dan Pahoran
Kekuatan daripada Tuhan
Bangsa Nefi dan bangsa Laman sedang berperang. Moroni merupakan panglima kepada tentera bangsa Nefi. Para pemimpin bangsa Nefi tidak menghantar tentera atau makanan yang mencukupi. Moroni marah dan menulis sepucuk surat kepada Pahoran, pemimpin bangsa Nefi.
Dalam suratnya, Moroni bertanya kepada Pahoran mengapa dia tidak menghantar bantuan. Moroni fikir Pahoran tidak prihatin tentang orang ramai dan hanya mahukan kuasa. Moroni mahu orang-orangnya bebas.
Pahoran sedih kerana para tentera tidak mendapat bantuan. Dia mahu membantu Moroni, tetapi dia tidak dapat. Sesetengah bangsa Nefi berperang menentangnya.
Bangsa Nefi itu digelar para penyokong raja. Mereka mahu berkuasa sendiri dan memerintah orang ramai. Mereka telah merampas kerajaan daripada Pahoran.
Pahoran mahu terus memimpin bangsa Nefi supaya dia boleh bantu mereka. Seperti Moroni, dia mahu bangsa Nefi mengikuti Tuhan dan memelihara kebebasan mereka. Dia berharap mereka tidak perlu melawan sesiapa pun. Tetapi dia rela berjuang jika ia membantu memastikan bangsanya selamat.
Pahoran meminta bangsa Nefi untuk membantunya berjuang untuk melindungi keluarga mereka, kebebasan mereka, dan hak mereka untuk menyembah Tuhan. Dia tahu Roh Tuhan akan bersama mereka apabila mereka memilih untuk berjuang untuk apa yang betul. Ramai bangsa Nefi datang untuk membantu Pahoran mempertahankan negeri mereka.
Pahoran menulis sepucuk surat kepada Moroni. Dia tidak marah terhadap Moroni. Dia beritahu Moroni semua yang sedang berlaku. Dia meminta Moroni untuk datang dan membantunya melawan para penyokong raja. Pahoran tahu jika mereka mengikuti Tuhan, mereka tidak perlu takut. Tuhan akan melindungi mereka dan membantu mereka.
Moroni dipenuhi dengan harapan kerana iman Pahoran. Tetapi dia sedih kerana sesetengah bangsa Nefi melawan bangsa mereka sendiri dan tidak mematuhi Tuhan. Moroni membawa tentera dan pergi untuk membantu Pahoran. Dia memegang panji kemerdekaan ke mana sahaja dia pergi. Beribu-ribu bangsa Nefi memutuskan untuk berjuang mempertahankan kebebasan mereka.
Moroni dan Pahoran mengalahkan para penyokong raja dengan tentera-tentera mereka. Pahoran sekali lagi menjadi pemimpin bangsa Nefi. Moroni menghantar ramai orang untuk membantu tentera bangsa Nefi. Dia juga menghantar makanan kepada para tentera. Kini bangsa Nefi telah bersatu, mereka memenangi banyak pertempuran. Mereka merampas kembali banyak kota Nefi daripada bangsa Laman.