Cerita-cerita Kitab Suci
Enos


“Enos,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

“Enos,” Cerita-cerita Kitab Mormon

Enos 1

Enos

Doa yang besar kepada Tuhan

Enos memburu

Yakub memberikan kepingan-kepingan itu kepada anak lelakinya Enos. Enos menulis padanya seperti Yakub lakukan. Pada satu hari, Enos pergi memburu di hutan. Dia teringat apa yang ayahnya ajarkan tentang Tuhan. Yakub telah mengajar Enos bahawa mengikuti Tuhan akan membawanya kebahagiaan.

Yakub 7:27; Enos 1:2–3

Enos berdoa pada siang hari

Enos ingin merasakan kebahagiaan yang ayahnya ucapkan. Dia memutuskan untuk berdoa kepada Tuhan. Dia berdoa sepanjang hari dan sehingga malam.

Enos 1:3–4

Enos memandang atas

Tuhan memberitahu Enos bahawa dosa-dosanya diampuni. Enos berasa sangat gembira. Enos diberkati kerana imannya kepada Yesus Kristus.

Enos 1:3, 5–8

Enos berdoa pada waktu malam

Enos mahu bangsa Nefi juga merasakan kegembiraan ini. Dia terus berdoa. Dia meminta Tuhan untuk membiarkan bangsa Nefi merasakan kebahagiaan yang sama.

Enos 1:9

Enos kelihatan gembira

Tuhan memberitahu Enos bahawa Dia akan bersama bangsa Nefi jika mereka mentaati perintah-perintah-Nya. Apabila Enos mendengar ini, imannya kepada Tuhan menjadi lebih kuat.

Enos 1:10–11

Enos menulis pada kepingan-kepingan emas

Enos berdoa lagi. Dia meminta Tuhan untuk memberkati bangsa Laman dan memastikan tulisan pada kepingan-kepingan itu selamat. Dia mahu bangsa Laman dapat membaca kepingan-kepingan itu dan percaya kepada Tuhan. Tuhan berjanji kepada Enos bahawa bangsa Laman akan membaca tulisan-tulisan itu pada suatu hari.

Enos 1:11–17