Cerita-cerita Kitab Suci
Panji Kemerdekaan


“Panji Kemerdekaan,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Alma 46-50

Panji Kemerdekaan

Mempertahankan hak untuk percaya kepada Tuhan

Amalikia menghulurkan tangan di hadapan rakyatnya sambil mereka bersorak

Amalikia adalah seorang bangsa Nefi yang besar dan kuat. Dia ingin menjadi raja. Dia berjanji untuk memberi kuasa kepada orang-orang yang membantunya. Banyak orang menyukainya dan cuba membuat orang lain mengikutinya. Amalikia membimbing orang untuk melakukan hal-hal buruk. Dia dan para pengikutnya ingin membunuh orang-orang yang mengajar tentang Yesus Kristus.

Alma 45:23-24; 46:1-10

Panglima Moroni berjalan meninggalkan Amalikia dan rakyatnya

Panglima Moroni, pemimpin bala tentera bangsa Nefi, percaya kepada Yesus. Dia tahu bangsa Nefi diberkati kerana mereka mematuhi perintah-perintah Tuhan. Dia sangat marah kerana Amalikia sedang membawa orang jauh dari Tuhan, cuba menjadi raja, dan cuba mencederakan orang.

Alma 46:9-11, 13-15, 18

Panglima Moroni mengangkat panji kemerdekaan

Moroni mengoyakkan jubahnya. Dia menulis di atasnya bahawa manusia harus mengingati Tuhan mereka, kebebasan mereka, dan keluarga mereka. Moroni mengikat panji tersebut di sebatang galah dan memanggilnya panji kemerdekaan. Moroni berdoa untuk berkat Tuhan. Dia menunjukkan kepada bangsa Nefi panji kemerdekaan dan meminta mereka untuk menyertainya dalam memerangi Amalikia.

Alma 46:12-20, 23-24, 28

Panglima Moroni berdiri di hadapan tentera dan keluarganya

Orang-orang memakai perlengkapan perang mereka dan berlari ke Moroni. Mereka bersedia untuk berjuang untuk Tuhan dan rumah, keluarga, dan kebebasan mereka. Mereka membuat perjanjian, atau janji istimewa, dengan Tuhan bahawa mereka akan selalu mengikuti-Nya. Kemudian mereka bersedia untuk melawan Amalikia.

Alma 46:21–22, 28

Amalikia dan beberapa askarnya melarikan diri

Tentera Moroni besar. Amalikia berasa takut. Dia cuba melarikan diri bersama pengikutnya. Tetapi ramai di antara mereka berasa bimbang bahawa Amalikia sedang berjuang demi sebab-sebab yang salah. Ramai yang tidak mahu mengikutinya lagi. Tentera Moroni menghalang mereka yang masih mengikuti Amalikia, tetapi Amalikia dan beberapa yang lain melarikan diri.

Alma 46:29-33

Amalikia bercakap dengan bangsa Laman

Amalikia pergi ke negeri bangsa Laman. Dia mahu bangsa Laman membantunya berperang melawan bangsa Nefi. Kemudian dia akan mempunyai tentera yang lebih besar dan kuat. Dia membuat ramai orang Laman marah kepada orang Nefi Raja bangsa Laman memberitahu semua bangsa Laman untuk bersedia melawan bangsa Nefi.

Alma 47:1

Amalikia berlutut di hadapan raja bangsa Laman untuk mendapatkan mahkota

Raja menyukai Amalikia. Dia menjadikan Amalikia salah seorang pemimpin atas tentera bangsa Laman. Tetapi Amalikia mahukan lebih banyak kuasa.

Alma 47:1-3

Amalikia memakai mahkota

Amalikia membuat rancangan untuk memerintah ke atas bangsa Laman. Dia mengambil alih seluruh tentera bangsa Laman. Kemudian dia menyuruh para orang suruhannya membunuh raja dan menipu tentang siapa yang melakukannya.

Alma 47:4-26

Amalikia membuat penumbuk di hadapan askar-askar bangsa Laman sambil mereka bersorak

Amalikia berpura-pura marah kerana raja telah dibunuh. Bangsa Laman suka Amalikia. Dia mengahwini permaisuri dan menjadi raja baharu. Dia juga ingin memerintah bangsa Nefi. Dia bercakap buruk tentang bangsa Nefi sehingga bangsa Laman akan marah kepada mereka. Tidak lama kemudian, ramai bangsa Laman ingin melawan mereka.

Alma 47:25-35; 48:1-4

Panglima Moroni dan askar-askarnya membina tembok

Ketika Amalikia mendapat kuasa dengan menipu, Moroni menyediakan bangsa Nefi untuk mempercayai Tuhan. Dia meletakkan panji kemerdekaan di setiap menara di negeri itu untuk mengingatkan mereka tentang janji mereka. Tentera-tentera Moroni juga menyediakan kota-kota bangsa Nefi untuk peperangan. Mereka membina tembok dan menggali parit untuk menjadikan bandar-bandar itu selamat dan kukuh.

Alma 46:36; 48:7–18

Askar-askar Amalikia memanah anak panah di kota bangsa Nefi

Ketika bangsa Laman datang untuk berperang, mereka tidak dapat masuk ke kota-kota bangsa Nefi. Mereka dihalang oleh tembok dan parit yang telah dibina oleh tentera Moroni. Ramai bangsa Laman mati ketika mereka menyerang bangsa Nefi. Amalikia sangat marah. Dia berjanji untuk membunuh Moroni.

Alma 49:1-27

Panglima Moroni berucap kepada bangsa Nefi selepas pertempuran

Bangsa Nefi bersyukur kepada Tuhan kerana membantu dan melindungi mereka. Mereka menjadikan kota-kota mereka lebih selamat dan membina lebih banyak kota. Peperangan dengan bangsa Laman berterusan, tetapi Tuhan membantu Moroni dan tenteranya menjaga bangsa Nefi dengan selamat. Bangsa Nefi berasa gembira. Mereka mematuhi Tuhan dan kekal beriman kepada-Nya.

Alma 49:28-30; 50:1-24