Cerita-cerita Kitab Suci
Nabi Moroni


“Nabi Moroni,” Cerita-cerita Kitab Mormon (2023)

Mormon 8; Moroni 1; 7; 10

Nabi Moroni

Memiliki kasih murni Yesus Kristus.

Moroni melihat kota yang terbakar

Moroni ialah nabi bangsa Nefi yang terakhir. Dia bertempur dalam peperangan besar antara bangsa Nefi dan bangsa Laman. Keluarganya dan semua orang yang dia kenali mati dalam peperangan. Orang-orang di tanah itu sangat jahat. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang percaya kepada Yesus Kristus. Moroni percaya kepada Yesus. Dia tidak akan menafikan bahawa Yesus adalah Juruselamat.

Mormon 8:2–10; Moroni 1:2–3

Moroni membawa kepingan-kepingan logam dan bersembunyi bersamanya daripada sekumpulan askar

Bapa Moroni, Mormon, telah menulis sejarah bangsa mereka di atas kepingan logam. Sebelum Mormon mati, dia berikan kepingan-kepingan itu kepada Moroni. Moroni terpaksa bersembunyi untuk melindungi nyawanya dan kepingan-kepingan itu.

Mormon 6:6; 8:1–5, 13; Moroni 1:1–3

Moroni duduk di dalam sebuah gua dan menulis pada kepingan-kepingan logam

Kehidupan Moroni sukar, tetapi dia kekal beriman. Dia menulis apa yang Mormon ajarkan tentang kasih ihsan, kasih murni Kristus. Mormon berkata orang-orang harus berdoa kepada Tuhan dengan segenap tenaga hati mereka untuk mendapatkan kasih ini. Dia berkata Tuhan berikan kasih ihsan kepada mereka yang benar-benar mengikuti Yesus.

Moroni 7:32–33, 40–48; 10:20–21, 23

sebuah keluarga gembira kerana diberi makanan, dan Moroni tersenyum

Moroni mengasihi bangsa Laman walaupun sebahagian mereka telah membunuh semua orang yang dia kenali dan mahu membunuhnya. Dia menulis banyak hal pada kepingan-kepingan logam untuk bantu bangsa Laman pada masa hadapan. Dia berharap mereka akan membaca rekod itu suatu hari nanti dan percaya kepada Yesus lagi.

Mormon 8:1–3; Moroni 1:1–4; 10:1

Moroni duduk di atas bukit berumput dan menulis di atas kepingan-kepingan logam

Moroni menjemput semua orang yang membaca rekod itu untuk fikirkan betapa kasih Tuhan telah menjaga anak-anak-Nya. Dia menjemput mereka untuk berdoa dan bertanya kepada Tuhan jika rekod itu benar. Dia berkata jika mereka beriman kepada Yesus dan benar-benar ingin tahu, Tuhan akan beritahu mereka kebenaran. Mereka akan tahu melalui kuasa Roh Kudus.

Pengenalan Kitab Mormon; Moroni 10:1–5

Moroni menguburkan kepingan-kepingan logam dan meletakkan batu di atas tempat persembunyian

Moroni selesai menulis rekod. Kemudian dia menguburkan kepingan-kepingan logam di dalam tanah. Yesus memberitahu Moroni bahawa sejarah yang tertulis di atas kepingan-kepingan itu suatu hari nanti akan memberkati kehidupan anak-anak Tuhan di seluruh dunia.

Mormon 8:4, 14–16

Joseph Smith muda mengalihkan batu dan melihat kepingan logam dan Liahona

Bertahun-tahun kemudian, Tuhan mengutus Moroni, sebagai malaikat, untuk tunjukkan seorang pemuda bernama Joseph Smith di mana kepingan-kepingan logam itu dikubur. Joseph dipanggil oleh Tuhan untuk menjadi seorang nabi. Tuhan bantu Joseph menterjemahkan kepingan-kepingan itu supaya orang ramai boleh membaca apa yang tertulis di atasnya. Rekod itu kini dipanggil Kitab Mormon.

Pengenalan Kitab Mormon