Ikutlah Aku 2024
Lampiran C: Untuk Sekolah Primer—Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Sakramen Kanak-kanak


“Lampiran C: Untuk Sekolah Primer—Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Sakramen Kanak-kanak,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“Lampiran C,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024

kanak-kanak dan pengajar menyanyi

Lampiran C

Untuk Sekolah Primer—Arahan untuk Waktu Menyanyi dan Pembentangan Sakramen Kanak-kanak

Lagu-lagu Sekolah Primer merupakan cara berkesan untuk bantu kanak-kanak belajar tentang rancangan kegembiraan Bapa Syurgawi dan asas-asas kebenaran injil Yesus Kristus. Apabila kanak-kanak menyanyi tentang asas-asas injil, Roh Kudus akan bersaksi tentang kebenaran itu. Seni kata dan muzik akan kekal dalam minda dan hati kanak-kanak sepanjang hidup mereka.

Carilah bantuan Roh apabila anda bersedia untuk mengajar injil melalui muzik. Kongsi kesaksian anda tentang kebenaran yang anda nyanyikan. Bantu kanak-kanak untuk melihat bagaimana muzik itu berkaitan dengan pembelajaran dan pengalaman mereka di rumah dan dalam kelas-kelas Sekolah Primer.

Garis panduan untuk Pembentangan Pertemuan Sakramen

Atas arahan uskup, pembentangan pertemuan sakramen kanak-kanak biasanya diadakan pada suku ke empat setiap tahun. Presidensi Sekolah Primer dan pemimpin muzik, bekerjasama dengan penasihat dalam lembaga uskup yang menyelia Sekolah Primer untuk merancang pembentangan itu.

Pembentangan itu seharusnya memberi kanak-kanak peluang untuk sampaikan apa yang mereka dan keluarga mereka telah pelajari dari Kitab Mormon di rumah dan di Sekolah Primer, termasuk lagu-lagu Sekolah Primer yang mereka telah nyanyi sepanjang tahun. Apabila anda merancang pembentangan, fikirkan cara ia boleh membantu jemaah untuk fokus pada ajaran Juruselamat dan ajaran-Nya

Unit-unit gereja dengan bilangan kanak-kanak yang kecil boleh fikirkan cara-cara di mana ahli keluarga dapat turut serta dengan anak-anak mereka. Seorang ahli lembaga uskup boleh mengakhiri pertemuan dengan ucapan ringkas.

Semasa anda bersedia untuk pembentangan, ingat garis panduan berikut:

  • Latihan tidak harus mengambil masa kelas-kelas Sekolah Primer ataupun keluarga.

  • Visual, kostum, dan pembentangan media adalah tidak sesuai untuk pertemuan sakramen.

Lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 12.2.1.2.

Arahan untuk Waktu Menyanyi

5 minit (Presidensi Sekolah Primer): Doa pembukaan, tulisan suci atau fasal-fasal kepercayaan, dan satu ucapan

20 minit (pemimpin muzik): Waktu menyanyi

Presiden Sekolah Primer dan pemimpin muzik memilih lagu-lagu bagi setiap bulan untuk menguatkan asas-asas yang kanak-kanak pelajari dalam kelas-kelas dan di rumah. Sebuah senarai lagu yang menegaskan asas-asas ini termasuk dalam panduan ini.

Apabila anda mengajar lagu-lagu kepada kanak-kanak, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang cerita dan asas-asas ajaran dari lagu-lagu itu. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi fikiran dan perasaan mereka tentang kebenaran yang ada dalam lagu-lagu itu.

Buku Nyanyian Anak-Anak adalah sumber asas untuk muzik di Sekolah Primer. Lagu rohani dari nyanyian rohani dan lagu dari Friend atau Liahona juga sesuai. Penggunaan sebarang muzik lain dalam Sekolah Primer mesti diluluskan oleh lembaga uskup (lihat Buku Panduan Umum, 12.3.4).

kanak-kanak menyanyi

Muzik untuk Waktu Menyanyi

Januari

  • Kisah Kitab Mormon,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 62–63.

  • Patuhi P’rintah,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 68

Februari

  • Keberanian Nefi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 64–65

  • Kurasakan Kasih Jurus’lamat,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 42

  • Yang Benar Pilihlah!,” Nyanyian Rohani, no. 108.

Mac

  • Ku Ingin Ke Bait Suci,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 99

  • Waktu Aku Dibaptis,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 53

April

  • Doa Seorang Anak,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 6

  • Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?,” Nyanyian Rohani, no. 101

Mei

  • Saling Mengasihi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 74

  • Aku Akan Jadi Pemberani,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 85

  • Bapa Kumohon Pertolongan-Mu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 52

Jun

  • Kesaksian,” Nyanyian Rohani, no. 54

  • Membawa Injil Ke Seluruh Dunia,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 92–93

  • Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 58–59

Julai

  • Ku Ingin Jadi Misi Sekarang,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 90

  • Tuhan Kasih Padaku,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 16

  • Iman,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 50

Ogos

  • S’dang Kubaca Kitab Suci,” Nyanyian Rohani, no. 117

  • Rumah Menjadi Syurga,” Nyanyian Rohani, no. 137

September

  • Suara Yang Lembut,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 142–143

  • Ku Mau Jadi Seperti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 40

Oktober

  • K’luarga Dapat Kekal Selamanya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 98

  • Gereja Yesus Kristus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 48

November

  • Kebenaran,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 80

  • Aku Percaya Kristus,” Nyanyian Rohani, no. 51

Disember

  • Cari, Renungkan Dan Berdoa,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 66

  • Nun Jauh Dalam Palungan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 26–27

  • Dia Mengutus Putera-Nya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 20

Menggunakan Muzik untuk Mengajar Ajaran

Tujuan waktu menyanyi adalah untuk membantu kanak-kanak belajar kebenaran injil. Idea-idea berikut boleh mengilhami anda semasa anda merancang cara-cara untuk mengajar asas-asas injil yang ada dalam lagu rohani dan lagu-lagu Sekolah Primer.

Baca ayat suci berkaitan. Rujukan ayat suci tertulis pada kebanyakan lagu-lagu Buku Nyanyian Anak-Anak dan nyanyian rohani. Bantu kanak-kanak membaca beberapa ayat-ayat ini, dan beritahu bagaimana ayat suci itu berkaitan dengan lagu itu. Anda juga boleh senaraikan beberapa rujukan ayat suci pada papan tulis dan jemput kanak-kanak untuk sesuaikan setiap rujukan dengan lagu atau rangkap pada lagu.

Isikan tempat kosong. Tuliskan sebuah rangkap lagu pada papan tulis dengan beberapa kata kunci yang hilang. Kemudian minta kanak-kanak untuk menyanyikan lagu itu, dengar perkataan yang mengisi tempat kosong itu. Apabila mereka mengisi setiap tempat kosong, bincangkan asas-asas injil yang anda pelajari dari kata-kata yang hilang itu.

pemimpin waktu menyanyi

Bersaksi. Kongsi kesaksian singkat kepada kanak-kanak tentang kebenaran injil yang terdapat dalam lagu Sekolah Primer. Bantu kanak-kanak fahami bahawa menyanyi adalah satu cara mereka bersaksi dan merasai Roh.

Berdiri sebagai seorang saksi. Jemput kanak-kanak untuk bergilir berdiri dan kongsi apa yang mereka pelajari dari lagu yang mereka nyanyikan atau perasaan mereka tentang kebenaran yang lagu itu ajarkan. Tanya tentang perasaan mereka semasa menyanyikan lagu itu, dan bantu mereka mengenal pasti pengaruh Roh Kudus.

Gunakan gambar. Minta kanak-kanak untuk mencari atau melukis gambar-gambar yang berkaitan dengan perkataan atau frasa yang penting dalam lagu itu. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana gambar tersebut berkaitan dengan lagu itu dan apakah ajaran yang terkandung dalam lagu tersebut. Minta kanak-kanak mengumpul dan memegang gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul semasa anda menyanyikan lagu itu bersama.

Kongsi pengajaran berobjek. Anda boleh gunakan sebuah objek untuk mengilhami perbincangan tentang satu lagu. Contohnya, lagu “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50), bercakap tentang satu benih kecil. Anda boleh tunjukkan kanak-kanak satu biji benih dan bercakap bagaimana kita tunjukkan iman ketika kita menanam satu biji benih; ini akan membawa kepada perbincangan tentang bagaimana kita tunjukkan iman kepada Yesus Kristus, seperti lagu itu jelaskan.

Galakkan perkongsian pengalaman peribadi. Bantu kanak-kanak mengaitkan asas-asas yang lagu itu ajar dengan pengalaman mereka tentang asas-asas ini. Contohnya, sebelum menyanyi “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 99), anda boleh minta kanak-kanak mengangkat tangan jika mereka pernah lihat bait suci. Jemput mereka, semasa mereka menyanyi, untuk fikir tentang perasaan mereka apabila melihat bait suci.

Tanya soalan. Ada banyak soalan yang anda boleh tanya semasa anda menyanyi lagu. Contohnya, anda boleh tanya kanak-kanak apa yang mereka pelajari dari setiap rangkap lagu itu. Anda juga boleh minta mereka untuk fikirkan soalan-soalan yang lagu itu jawab. Ini boleh mewujudkan perbincangan tentang kebenaran yang lagu itu ajarkan.

Gunakan gerakan tangan yang mudah. Minta kanak-kanak untuk fikirkan gerakan tangan untuk bantu mereka ingat perkataan dan pesanan lagu itu. Contohnya, apabila anda menyanyi rangkap kedua “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16–17), anda boleh minta kanak-kanak tunjuk mata mereka, gerak seperti kupu-kupu, dan letak tangan di belakang telinga mereka. Minta mereka untuk letak tangan di hati mereka semasa menyanyi “Ku tau Tuhan kasih padaku.”