“Pelajaran 1: Pelajaran Pengenalan,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar (2022)
“Pelajaran 1,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar
Lesson 1
Introductory Lesson
Selamat datang ke EnglishConnect! Kami sangat gembira anda berada di sini. Kami adalah komuniti orang yang ingin mengembangkan peluang kami dengan mempelajari Bahasa Inggeris. Kita mungkin datang daripada latar belakang yang berbeza, bercakap bahasa yang berbeza, dan mempunyai tahap keupayaan Bahasa Inggeris yang berbeza, tetapi kita sama-sama dapat mencapai matlamat kita.
EnglishConnect berbeza daripada kebanyakan program pembelajaran Bahasa Inggeris. EnglishConnect direka untuk membantu anda mengembangkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam persekitaran iman, penemanan, dan perkembangan. Ini bermakna anda tidak akan melakukan ini sendirian. Setiap orang dalam kumpulan EnglishConnect anda akan menyokong dan menggalakkan satu sama lain. Ini juga bermakna anda akan menerapkan asas pembelajaran rohani semasa anda mengkaji dan belajar.
Dalam pelajaran ini, kami akan memperkenalkan proses yang akan anda gunakan untuk setiap pelajaran dalam kajian peribadi dan dalam kumpulan perbualan anda.
Mari bermula!
Conversation Group
Objektif: Saya akan belajar memperkenalkan diri saya dan orang lain.
Anda ialah Anak Tuhan
Adakah anda tahu bahawa salah satu perkara terpenting yang boleh anda lakukan untuk mencapai matlamat adalah dengan berfokus pada kepercayaan anda tentang diri anda? Kepercayaan anda tentang keupayaan anda akan memberi kesan yang besar terhadap usaha dan hasil anda. Anda mungkin meragui keupayaan anda kerana kegagalan sebelumnya. Berita baiknya ialah anda boleh mengubah kepercayaan anda! Apabila anda mengubah kepercayaan anda tentang diri anda, anda boleh mengubah keputusan anda. Kuasa untuk mengubah kepercayaan anda tentang diri anda datang daripada memahami sifat sebenar anda.
Anda ialah anak Tuhan. Dia mengasihi anda. Sebagai anak-Nya, anda mempunyai potensi dan tujuan abadi. Anda mempunyai keupayaan untuk belajar dan berubah. Anda mempunyai keupayaan untuk berkembang dan bertambah baik. Tuhan mahu membantu anda maju. Dia mahu bekerjasama dengan anda untuk membantu anda mencapai potensi anda. Bekerjasama dengan Tuhan dalam mempelajari Bahasa Inggeris akan membantu anda lebih mengenali Dia. Dia juga akan membantu anda lebih mengenali diri anda.
Anda boleh berdoa kepada Tuhan. Dia akan mendengar anda. Anda boleh meminta Dia untuk membantu anda belajar Bahasa Inggeris. Anda boleh berterima kasih kepada-Nya atas berkat anda. Semasa anda berdoa, perhatikan tanggapan dan perasaan anda. Anda boleh tahu bahawa Tuhan ada, Dia mengasihi anda, dan Dia mahu membantu anda. Anda boleh memilih untuk mempercayai bahawa anda ialah anak Tuhan dengan potensi abadi, dan anda boleh mencari bantuan-Nya untuk belajar Bahasa Inggeris.
Ponder
-
Bagaimanakah mengetahui bahawa anda ialah anak Tuhan mempengaruhi kepercayaan anda tentang diri anda?
-
Bagaimanakah mengetahui bahawa anda ialah anak Tuhan membantu anda belajar Bahasa Inggeris?
Activity 1: Practice the Pattern
(10–15 minutes)
Part 1: Ulang kaji senarai kosa kata dengan pasangan.
Apabila anda belajar kosa kata, fokus pada makna dan sebutan setiap perkataan.
I/my |
saya/saya punya |
you/your |
anda/anda punya |
he/his |
dia (lelaki)/dia punya |
she/her |
dia (perempuan)/dia punya |
no |
tidak |
yes |
ya |
name |
nama |
please |
tolong |
thank you/thanks |
terima kasih |
What is … ? |
Apakah … ? |
Nice to meet you. |
Gembira bertemu dengan anda. |
Part 2: Berlatih pola 1 dengan pasangan.
Berlatih pola dengan pasangan. Matlamat anda adalah untuk bertanya dan menjawab soalan dengan yakin dan memahami apa yang dikatakan.
Berlatih bertanya soalan.
Cipta seberapa banyak soalan yang anda boleh.
Example 1
What is your name?
Example 2
What’s his name?
Berlatih menjawab soalan.
Cipta seberapa banyak jawapan yang anda boleh. Anda boleh menggantikan perkataan bergaris tersebut dengan kata-kata anda sendiri.
Example 1
My name is Rosa.
Example 2
His name is Niko.
Berlatih perbualan menggunakan pola ini.
Tanya dan jawab soalan menggunakan pola ini.
Example
-
A: Hi! What is your name?
-
B: Hello! My name is .
-
A: Nice to meet you.
-
B: What’s your name?
-
A: My name is .
-
B: Nice to meet you.
-
A: What’s her name?
-
B: Her name is Rosa.
Activity 2: Create Your Own Sentences
(5–10 minutes)
Tujuan aktiviti ini adalah untuk anda menggunakan pola ini dan kosa kata untuk membina ayat anda sendiri.
Lihat gambar. Tanya dan jawab soalan mengenai nama setiap orang. Bergilir.
Example: Talia
-
A: What’s her name?
-
B: Her name is Talia.
Activity 3: Create Your Own Conversations
(10–15 minutes)
Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengadakan perbualan dalam Bahasa Inggeris.
Part 1
Bertemu kumpulan anda. Tanya nama setiap pelajar dalam kumpulan anda. Jadilah kreatif. Gunakan seberapa banyak perkataan yang anda tahu.
Example
-
A: Hi, what’s your name?
-
B: My name is Mei. What is your name?
-
A: My name is Sione. Nice to meet you.
-
B: Nice to meet you. Goodbye.
-
A: Bye!
Part 2
Cari seorang pasangan dan perkenalkan pasangan anda kepada kumpulan anda.
Example
-
A: Hi, what’s her name?
-
B: Her name is Luna. What is his name?
-
A: His name is Seth.
Bersedia untuk Pelajaran Seterusnya
(5 minutes)
Tuhan sentiasa ada untuk menyokong kita. Dia juga mengharapkan kita melakukan yang terbaik. Anda akan mendapat manfaat daripada setiap usaha untuk bersedia untuk pelajaran. Berikut ialah tiga perkara yang perlu dilakukan untuk setiap pelajaran sebelum menghadiri kumpulan perbualan anda:
-
Kaji asas pembelajaran.
-
Hafal kosa kata.
-
Berlatih pola.
Anda boleh menemukan tiga perkara ini di bahagian “Kajian Peribadi” pada permulaan setiap pelajaran. Ingat untuk mengkaji dan berlatih setiap hari.