“Pelajaran 20: Rumah,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar (2022)
“Pelajaran 20,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar
Lesson 20
Home
Objektif: Saya akan belajar untuk bertanya dan menjawab soalan tentang di mana seseorang tinggal.
Personal Study
Bersedia untuk kumpulan perbualan anda dengan melengkapkan aktiviti A hingga E.
Study the Principle of Learning: Love and Teach One Another
Kasihi dan Ajar Satu Sama Lain
I can learn by the Spirit as I love, teach, and learn with others.
Saya boleh belajar melalui Roh semasa saya mengasihi, mengajar, dan belajar dengan orang lain.
Anda ialah anak Tuhan. Dia mahu membantu anda berkembang dan maju. Dia mahu membantu anda mengembangkan keupayaan baharu dan mempelajari banyak hal yang baik. Satu cara penting untuk belajar adalah dengan mengajar orang lain. Apabila anda mengajar orang lain, pemahaman anda sendiri boleh berkembang. Tuhan telah memberi anda janji yang indah:
“Dan Aku memberi kepadamu sebuah perintah agar kamu harus saling mengajarkan satu sama lain ajaran kerajaan.
“Ajarlah kamu dengan tekun dan kerahmatan-Ku akan menyertaimu, agar kamu boleh diberi arahan dengan lebih sempurna, …
“Agar kamu boleh dipersiapkan dalam segala hal” (Ajaran dan Perjanjian 88:77–78, 80).
Apabila kita mengajar dan melayani satu sama lain, kita menjemput Roh untuk bersama kita. Roh dapat membantu kita lebih memahami dan belajar lebih cepat. Mengajar orang lain adalah salah satu cara Tuhan meningkatkan kapasiti kita untuk belajar. Kadang-kadang kita takut mengajar orang lain. Kadang-kadang kita fikir bahawa kita tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan. Tetapi Tuhan tahu anda mempunyai banyak kebaikan untuk dikongsi dengan orang lain. Apabila kita berkongsi apa yang kita sedang belajar, kita mengajar satu sama lain. Semasa anda mengajar orang lain dan berkongsi pengalaman anda, Roh akan membantu anda belajar lebih banyak lagi.
Ponder
-
Bagaimanakah mengajar orang lain boleh membantu anda meningkatkan pembelajaran anda?
-
Apakah beberapa cara anda boleh membantu mengajar dan menyokong mereka dalam kumpulan EnglishConnect anda?
Memorize Vocabulary
Pelajari makna dan sebutan setiap perkataan sebelum kumpulan perbualan anda. Cuba labelkan benda-benda dalam rumah anda untuk membantu anda mengingati perkataan Bahasa Inggeris.
Where do you live? |
Di mana anda tinggal? |
I live in … |
Saya tinggal di … |
Nouns 1
apartment |
pangsapuri |
house |
rumah |
Nouns 2
bathroom/bathrooms |
bilik mandi |
bedroom/bedrooms |
bilik tidur |
closet/closets |
almari |
dining room |
ruang makan |
family room |
bilik keluarga |
kitchen |
dapur |
living room |
ruang tamu |
room/rooms |
bilik |
stairs |
tangga |
Prepositions
above |
di atas |
across from |
seberang |
below |
di bawah |
next to |
di sebelah |
left of/to the left of |
kiri dari |
right of/to the right of |
kanan dari |
Practice Pattern 1
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Anda boleh menggantikan perkataan bergaris tersebut dengan perkataan dalam bahagian “Memorize Vocabulary”.
Q: Where do you live?A: I live in an (noun 1).
Examples
Q: Where do you live?A: I live in an apartment.
Q: Where does she live?A: She lives in a house.
Practice Pattern 2
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Cuba sebut pola ini dengan bersuara. Pertimbangkan untuk merakam diri sendiri. Perhatikan sebutan dan kefasihan anda.
Q: Where is the (noun 2)?A: It’s (preposition) the (noun 2).
Examples
Q: Where is the closet?A: It’s next to the bedroom.
Q: Where is the dining room?A: It’s to the right of the kitchen.
Use the Patterns
Tulis empat soalan yang boleh anda tanyakan kepada seseorang. Tulis jawapan kepada setiap soalan. Baca dengan bersuara.
Conversation Group
Activity 1: Practice the Patterns
(10–15 minutes)
Ulang kaji senarai kosa kata dengan pasangan.
Berlatih pola 1 dengan pasangan:
-
Berlatih bertanya soalan.
-
Berlatih menjawab soalan.
-
Berlatih perbualan menggunakan pola ini.
Ulangi untuk pola 2.
Activity 2: Create Your Own Sentences
(10–15 minutes)
Tanya dan jawab soalan tentang tempat tinggal anda dan keluarga anda. Bergilir. Tukar pasangan dan berlatih lagi.
-
A: Where do you live?
-
B: I live in an apartment.
-
A: Where is the kitchen in your apartment?
-
B: In my apartment, the kitchen is next to the living room.
Activity 3: Create Your Own Conversations
(15–20 minutes)
Part 1
Lihat pelan lantai. Tanya dan jawab soalan tentang di manakah bilik. Bergilir.
Example
-
A: Where is the dining room?
-
B: The dining room is to the right of the kitchen.
Part 2
Lukis pelan lantai ringkas. Labelkan bilik-bilik. Tanya dan jawab soalan mengenai pelan lantai. Sebut seberapa banyak yang anda boleh. Bergilir.
New Vocabulary
How many bedrooms are there? |
Berapakah bilangan bilik tidur? |
Is there a living room? |
Adakah terdapat ruang tamu? |
Example
-
A: How many rooms are there?
-
B: There are two rooms.
-
A: Is there a kitchen?
-
B: Yes, there is.
-
A: Where is the living room?
-
B: The living room is next to the kitchen.