Pembelajaran Inggeris
Penjejak Kajian Peribadi


“Penjejak Kajian Peribadi,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar (2022)

“Penjejak,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar

Personal Study Tracker

Penjejak Kajian Peribadi

Tulis tujuan anda belajar Bahasa Inggeris.

Tujuan: Saya mahu belajar Bahasa Inggeris kerana:

Anda boleh meningkatkan keupayaan anda untuk belajar dengan menjejaki usaha anda dan menetapkan matlamat untuk bertambah baik. Gunakan “Penjejak Kajian Peribadi” untuk menjejaki usaha anda. Selepas setiap pelajaran, tetapkan matlamat mudah. Raikan kemajuan anda; setiap usaha mendekatkan anda dengan matlamat anda.

Usaha Minimum titik merah

Usaha Sederhana titik kuning

Usaha Besar titik hijau

“Penjejak Kajian Peribadi” Boleh Dicetak

Example

Contoh

Lesson
Pelajaran

Study the Principle of Learning
Kaji Asas Pembelajaran

Memorize Vocabulary
Hafal Kosa Kata

Practice the Patterns
Berlatih Pola

Practice Daily
Berlatih Harian

My Goal
Matlamat Saya:

Lesson
Pelajaran

1

Study the Principle of Learning
Kaji Asas Pembelajaran

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan merah

Memorize Vocabulary
Hafal Kosa Kata

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan merah

Practice the Patterns
Berlatih Pola

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan merah

Practice Daily
Berlatih Harian

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan kuning

My Goal
Matlamat Saya:

Baca Pengenalan. Lengkapkan bahagian “Kajian Peribadi’ untuk pelajaran 2.

Lesson
Pelajaran

2

Study the Principle of Learning
Kaji Asas Pembelajaran

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan kuning

Memorize Vocabulary
Hafal Kosa Kata

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan hijau

Practice the Patterns
Berlatih Pola

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan kuning

Practice Daily
Berlatih Harian

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan hijau

My Goal
Matlamat Saya:

Kaji asas pembelajaran sebelum pelajaran.

Lesson
Pelajaran

3

Study the Principle of Learning
Kaji Asas Pembelajaran

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan hijau

Memorize Vocabulary
Hafal Kosa Kata

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan kuning

Practice the Patterns
Berlatih Pola

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan hijau

Practice Daily
Berlatih Harian

titik merah, kuning, hijau dengan bulatan kuning

My Goal
Matlamat Saya:

Apabila saya berdoa, saya menggunakan kosa kata Bahasa Inggeris yang baharu.

Study Suggestions

Cadangan Kajian

Pertimbangkan untuk menggunakan cadangan berikut untuk meningkatkan kajian anda.

Study the Principle of Learning

Kaji Asas Pembelajaran

  1. Berdoa. Mulakan dan akhiri kajian anda dengan doa. Minta Tuhan untuk membantu anda memahami dan menerapkan asas itu.

  2. Mendengar Roh. Perhatikan tanggapan dan perasaan anda, walaupun ia tidak berkaitan dengan perkara yang anda sedang baca. Catat tanggapan dan perasaan anda. Lakukan apa yang Roh jemput anda untuk lakukan.

  3. Tulis perkataan dan frasa yang mengilhami. Anda mungkin menemukan perkataan dan frasa tertentu yang relevan secara peribadi dan mengilhami dan memotivasikan anda. Tuliskan di tempat yang anda dapat melihatnya. Letakkan pada cermin anda atau pada telefon anda.

  4. Terapkan asas pembelajaran. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menerapkan asas pembelajaran, petikan, dan tulisan suci dalam hidup anda. Catat apa yang anda pelajari semasa anda menerapkan asas pembelajaran.

  5. Baca lebih lanjut. Baca tulisan suci atau ucapan persidangan yang berkaitan dengan asas pembelajaran.

  6. Belajar kosa kata baharu. Pilih beberapa perkataan daripada asas pembelajaran yang ingin anda pelajari dalam Bahasa Inggeris. Cari perkataan tersebut. Bercakap dengan pelajar lain tentang maksud perkataan dan frasa itu bagi mereka.

Memorize Vocabulary

Hafal Kosa Kata

  1. Fokus pada makna dan sebutan. Berlatih mengulangi perkataan itu dengan bersuara dan fikirkan makna perkataan itu. Pelajari sebutan setiap perkataan dan berlatih sehingga anda menyebutnya dengan betul. Teruskan sehingga anda dapat menyebut perkataan itu dengan yakin dan mengetahui maksudnya.

  2. Berlatih dengan kad imbas. Gunakan kad nota (atau aplikasi) untuk membuat kad imbas. Tulis perkataan di satu sisi dan definisi, terjemahan, atau gambar di sisi yang lain. Pengulangan adalah kunci untuk menghafal kosa kata.

  3. Berlatih perkataan itu dalam bentuk ayat. Berlatih menyebut perkataan yang anda pelajari dalam bentuk ayat. Anda boleh menggunakan pola ayat itu untuk berlatih perkataan yang anda pelajari.

  4. Terapkan perkataan tersebut. Fikirkan situasi bila anda akan menggunakan perkataan itu dalam kehidupan seharian anda. Berlatih situasi itu sehingga terasa semula jadi apabila menggunakan perkataan itu. Semasa anda pergi tempat kerja, sekolah, kedai atau tempat lain, gunakan perkataan ini dalam fikiran anda untuk huraikan sesuatu.

  5. Perhatikan perkataan. Cari dan dengar perkataan baharu sepanjang hari anda. Anda boleh belajar daripada filem, rancangan TV, buku, podcast, atau lagu. Tuliskan perkataan baharu.

  6. Belajar lebih lanjut. Gunakan kamus untuk belajar lebih lanjut tentang perkataan baharu. Pelajari definisi, bahagian ucapan, bahagian perkataan, sebutan, dan contoh ayat.

  7. Ulang kaji. Luangkan masa untuk ulang kaji secara berkala perkataan lepas yang anda telah pelajari. Ini akan membantu anda melihat sejauh mana anda telah belajar dan tidak lupa perkataan tersebut.

Practice the Patterns

Berlatih Pola

  1. Fokus pada makna dan kefasihan. Berlatih mengulangi ayat daripada pola itu dengan bersuara dan fikirkan makna ayat itu. Teruskan sehingga anda dapat menyebut ayat itu dengan lancar, yakin, dan mengetahui maksudnya.

  2. Rakam diri anda. Rakam diri anda bertanya dan menjawab soalan dalam telefon anda. Dengar rakaman dan perhatikan kefasihan dan sebutan anda.

  3. Berlatih dengan pasangan. Berlatih menggunakan pola itu untuk bertanya dan menjawab soalan dengan rakan. Anda boleh berlatih secara peribadi atau dalam telefon. Berlatih menggunakan pola itu semasa anda menulis mesej kepada rakan.

  4. Fikirkan dan bercakap tentang pola itu. Apa yang anda perhatikan tentang bagaimana Bahasa Inggeris berfungsi? Bagaimanakah Bahasa Inggeris serupa dengan bahasa anda? Bagaimanakah Bahasa Inggeris berbeza daripada bahasa anda? Bagaimanakah anda boleh menggunakan pola daripada suatu pelajaran dalam situasi yang berbeza?

  5. Gunakan sumber lain. Buku tatabahasa, aplikasi, laman web, dan pelajar lain boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang pola tatabahasa Bahasa Inggeris.

  6. Perhatikan pola. Lihat dan dengar pola yang anda pelajari apabila anda membaca atau mendengar Bahasa Inggeris.

Practice Daily

Berlatih Harian

  1. Tetapkan rutin. Rancang bila dan di mana anda akan mengkaji setiap hari dan lakukannya. Untuk membantu anda ingat, tulis matlamat anda dalam pernyataan “apabila”. Contohnya, “Apabila saya , saya .” Berikut adalah beberapa contoh: “Apabila saya menaiki bas, saya ulang kaji kosa kata.”; “Apabila saya memasak, saya huraikan apa yang saya lakukan dalam Bahasa Inggeris.”; dan “Apabila saya berdoa, saya menyebut seberapa banyak yang saya boleh dalam Bahasa Inggeris.”

  2. Lakukan aktiviti harian dalam Bahasa Inggeris. Cari cara untuk menggantikan bahasa ibunda anda dengan Bahasa Inggeris dalam aktiviti harian anda. Contohnya, apabila anda mendengar muzik, dengar dalam Bahasa Inggeris. Idea lain: menonton filem dalam Bahasa Inggeris atau dengan sari kata Bahasa Inggeris, tukar tetapan telefon anda ke Bahasa Inggeris, dan baca tulisan suci dalam Bahasa Inggeris.

  3. Baca. Baca seberapa banyak yang anda boleh dalam Bahasa Inggeris. Baca tulisan suci, ucapan persidangan umum, majalah, blog, berita, dan maklumat lain dalam Bahasa Inggeris.

  4. Dengar. Dengar secara aktif seberapa banyak yang anda boleh. Dengar podcast, tulisan suci, ucapan, pembentangan, video, rancangan TV, atau filem.

  5. Bercakap. Cari rakan, keluarga, dan rakan sekerja dan berlatih bercakap dengan mereka. Kongsi apa yang telah anda pelajari dan lakukan untuk berlatih Bahasa Inggeris. Buat kumpulan sembang dan hantar nota suara.

  6. Tulis. Cari peluang untuk menulis dalam Bahasa Inggeris. Mula menulis jurnal harian atau buat kumpulan sembang. Gunakan ayat dan kosa kata yang sedang anda pelajari.

  7. Lengkapkan aktiviti pelajaran. Lakukan aktiviti pelajaran dan penilaian dalam talian di englishconnect.org atau dalam Buku Kerja EnglishConnect.