Pembelajaran Inggeris
Pengenalan


“Pengenalan,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar (2022)

“Pengenalan,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar

lelaki dan wanita ketawa

Introduction

Pengenalan

Welcome to EnglishConnect!

Selamat datang ke EnglishConnect!

EnglishConnect menyatukan orang yang ingin mengembangkan peluang mereka melalui pembelajaran Bahasa Inggeris. Kita semua datang dari latar belakang yang berbeza dan bercakap bahasa yang berbeza. Kita mungkin mempunyai tahap keupayaan Bahasa Inggeris yang berbeza, tetapi kita sama-sama dapat mencapai matlamat kita.

Why Are You Learning English?

Mengapa Anda Belajar Bahasa Inggeris?

Mempunyai tujuan yang jelas dapat membantu anda kekal fokus dan bermotivasi. Mari pertimbangkan mengapa anda belajar Bahasa Inggeris. Adakah anda berharap untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik? Adakah anda perlu belajar Bahasa Inggeris untuk melanjutkan pelajaran anda? Luangkan sedikit masa untuk menulis sebab-sebab anda belajar Bahasa Inggeris.

Saya mahu belajar Bahasa Inggeris kerana:

Belajar Bahasa Inggeris boleh meningkatkan peluang anda untuk pendidikan, pekerjaan, pelayanan, dan persahabatan. EnglishConnect boleh membantu anda mencapai matlamat anda.

What Is EnglishConnect?

Apakah itu EnglishConnect?

EnglishConnect ialah program unik pembelajaran Bahasa Inggeris yang disediakan oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. EnglishConnect direka untuk membantu anda mengembangkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam persekitaran iman, penemanan, dan perkembangan. Ini bermakna anda tidak akan melakukan ini sendirian. Anda akan belajar dengan orang lain dan menyokong dan menggalakkan satu sama lain. Anda juga dapat mengembangkan iman anda bahawa Tuhan dapat membantu anda belajar.

EnglishConnect termasuk pelbagai peringkat. EnglishConnect 1 dan 2 membantu para pelajar mengembangkan kemahiran Bahasa Inggeris yang asas. EnglishConnect 3 menyediakan para pelajar untuk peluang pendidikan—khususnya BYU–Pathway Worldwide. Anda boleh belajar lebih tentang BYU–Pathway di byupathway.org. Ketahui lebih lanjut tentang EnglishConnect di englishconnect.org.

grafik menunjukkan urutan EnglishConnect 1, EnglishConnect 2, EnglishConnect 3, dan BYU-Pathway Worldwide

What Makes EnglishConnect Unique?

Apakah yang Membuatkan EnglishConnect Unik?

dua wanita berlatih Bahasa Inggeris

Dalam EnglishConnect, kita mengembangkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam persekitaran iman, penemanan, dan perkembangan.

Faith

Iman

Dalam EnglishConnect, kita belajar melalui pembelajaran dan juga melalui iman. Setiap pelajaran bermula dengan asas pembelajaran. Ini ialah asas rohani yang membantu kita bergantung pada Tuhan untuk meningkatkan keupayaan kita untuk belajar. Kepercayaan yang anda miliki tentang keupayaan anda untuk belajar akan memberi kesan yang besar terhadap usaha dan hasil anda. Asas pembelajaran boleh bantu anda memahami potensi sebenar anda dan keupayaan Tuhan untuk membantu anda. Berikut adalah asas-asas yang akan anda pelajari:

Anda ialah Anak Tuhan

“Saya ialah anak Tuhan dengan potensi dan tujuan abadi.”

(lihat Roma 8:16–17; Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia)

Beriman kepada Yesus Kristus

“Yesus Kristus boleh membantu saya melakukan semua hal apabila saya beriman kepada-Nya.”

(lihat Filipi 4:13; Eter 12:27; Moroni 7:33 )

Mengambil Tanggungjawab

“Saya miliki kuasa untuk memilih, dan saya bertanggungjawab untuk pembelajaran diri sendiri.”

(lihat 2 Nefi 2:14, 16; Ajaran dan Perjanjian 58:27–28)

Kasihi dan Ajar Satu Sama Lain

“Saya boleh belajar daripada Roh Kudus semasa saya mengasihi, mengajar, dan belajar dengan orang lain.”

(lihat Yohanes13:34–35; Yohanes14:26–27; Ajaran dan Perjanjian 88:77, 88:122–123)

Maju Terus

“Dengan bantuan Tuhan, saya boleh maju terus bahkan apabila saya menghadapi halangan.”

(lihat 2 Nefi 31:20; 2 Nefi 32:9; Ajaran dan Perjanjian 50:41–42)

Berunding dengan Tuhan

“Saya meningkatkan pembelajaran saya dengan berunding dengan Tuhan setiap hari tentang usaha saya.”

(lihat Amsal 3:5–6; Matius 7:7–8; Alma 37:37)

Asas pembelajaran adalah pernyataan kebenaran. Anda boleh ucap pernyataan ini kepada diri sendiri apabila anda memerlukan motivasi atau galakan. Semasa anda menerapkan asas-asas ini, keupayaan anda untuk belajar akan meningkat. Anda akan tahu bahawa dengan bantuan Tuhan, anda boleh mencapai matlamat anda.

Fellowship

Penemanan

Satu bahagian penting dalam pengalaman EnglishConnect adalah belajar dengan orang lain. Kumpulan EnglishConnect mengasihi, membantu, dan menyokong satu sama lain. Pertemuan kumpulan anda adalah tempat yang selamat untuk berlatih bercakap dan membuat kesilapan. Terlibat dalam kumpulan EnglishConnect boleh membantu anda kekal bermotivasi dan membina persahabatan.

Growth

Perkembangan

EnglishConnect adalah lebih daripada sekadar program untuk belajar Bahasa Inggeris. Tidak kira di mana anda bermula, pengalaman yang anda miliki akan membantu anda menjadi pelajar yang lebih baik. Anda akan berpeluang untuk:

  • Berlatih Bahasa Inggeris setiap hari.

  • Jejak kemajuan anda.

  • Belajar dengan orang lain.

  • Berdoa kepada Tuhan untuk bantuan mencapai matlamat anda.

What Will I Do in EnglishConnect?

Apa yang Saya Lakukan dalam EnglishConnect?

Dalam EnglishConnect, anda akan membuat kajian peribadi, latihan kumpulan perbualan, dan latihan harian. Setiap pelajaran dalam manual pelajar EnglishConnect dibahagikan kepada dua bahagian—“Kajian Peribadi” dan “Kumpulan Perbualan.”

grafik menunjukkan mencari pembelajaran melalui pembelajaran dan iman termasuk kitaran kajian peribadi, kumpulan perbualan, dan latihan harian

Personal Study

Kajian Peribadi

lelaki mengkaji di mejanya

Bahagian “Kajian Peribadi” menyediakan anda untuk kumpulan perbualan anda. Dalam “Kajian Peribadi,” anda melengkapkan aktiviti berikut:

ikon a
Study the Principle of Learning

Kaji Asas Pembelajaran

Setiap pelajaran merangkumi asas pembelajaran. Ini adalah asas-asas rohani yang membantu anda bekerjasama dengan Tuhan dalam belajar Bahasa Inggeris. Sebelum kumpulan perbualan anda, baca asas pembelajaran, renungkan soalan, dan tuliskan tanggapan anda.

ikon b
Memorize Vocabulary

Hafal Kosa Kata

Pelajari makna dan sebutan setiap perkataan. Gunakan kosa kata untuk berlatih pola tersebut. Anda juga boleh mencari kosa kata tambahan yang boleh digunakan dalam pola tersebut.

ikon c
ikon d
ikon e
Practice the Patterns

Berlatih Pola

Mulakan dengan menghafal pola ayat. Kemudian gunakan pola itu untuk mencipta soalan dan jawapan anda sendiri. Anda boleh menggantikan perkataan bergaris dengan perkataan lain dari senarai kosa kata. Teruskan berlatih dengan bersuara sehingga anda dapat menggunakan pola itu dengan yakin untuk bertanya dan menjawab soalan.

Conversation Group

Kumpulan Perbualan

tiga lelaki sedang ketawa

Bahagian “Kumpulan Perbualan” termasuk aktiviti yang akan anda gunakan untuk belajar dengan orang lain. Dalam “Kumpulan Perbualan,” anda melengkapkan aktiviti berikut:

Discuss the Principle of Learning (20–30 minutes)

Bincangkan Asas Pembelajaran (20–30 minit)

Dalam kumpulan anda, baca dan bincangkan asas pembelajaran. Ini adalah peluang untuk berkongsi dan belajar daripada orang lain.

Activities

Aktiviti

Dalam aktiviti 1, 2, dan 3, gunakan pola kosa kata dan ayat untuk terlibat dalam perbualan yang bermakna. Aktiviti-aktiviti ini membantu anda maju daripada latihan pengulangan kepada mencipta perbualan anda sendiri. Setiap aktiviti menyediakan anda untuk aktiviti seterusnya.

ikon 1
Activity 1: Practice the Patterns (10–15 minutes)

Aktiviti 1: Berlatih Pola (10–15 minit)

Dalam aktiviti 1, semak kosa kata dan pola yang anda pelajari dalam kajian peribadi anda. Matlamat anda adalah untuk menggunakan pola itu untuk menyebut dan memahami soalan dan jawapan yang mudah.

ikon 2
Activity 2: Create Your Own Sentences (10–15 minutes)

Aktiviti 2: Cipta Ayat Anda Sendiri (10–15 minit)

Dalam aktiviti 2, fokus pada menggunakan pola itu untuk mencipta ayat anda sendiri. Jadilah kreatif. Matlamat anda adalah untuk menggunakan pola itu untuk mencipta seberapa banyak soalan dan jawapan yang anda boleh.

ikon 3
Activity 3: Create Your Own Conversations (15–20 minutes)

Aktiviti 3: Cipta Perbualan Anda Sendiri (15–20 minit)

Dalam aktiviti 3, berlatih perbualan yang lengkap dalam senario kehidupan sebenar. Matlamat anda adalah untuk mengadakan perbualan yang bermakna menggunakan Bahasa Inggeris yang telah anda pelajari.

Evaluate (5–10 minutes)

Menilai (5–10 minit)

Di akhir setiap kumpulan perbualan, nilai kemajuan anda mengenai objektif pelajaran. Gunakan “Penjejak Kajian Peribadi” untuk menilai usaha anda dalam kajian peribadi, dan tetapkan matlamat untuk bertambah baik. Luangkan masa untuk meraikan kemajuan dan usaha anda.

Daily Practice

Latihan Harian

Untuk belajar Bahasa Inggeris, anda perlu mengembangkan tabiat berlatih setiap hari. Selain masa belajar yang khusus, cari cara untuk menggantikan aktiviti harian anda dengan Bahasa Inggeris. Contohnya, apabila anda mendengar muzik, dengar dalam Bahasa Inggeris. Apabila anda menonton filem, tonton dalam Bahasa Inggeris atau hidupkan sari kata Bahasa Inggeris. Setiap kali anda menunggu di suatu tempat, berlatih perbualan Bahasa Inggeris dalam minda anda. Apabila anda berdoa, sebut sebanyak mungkin yang anda boleh dalam Bahasa Inggeris. Kunci latihan harian ialah untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam rutin biasa anda.

Anda juga boleh melengkapkan aktiviti dan penilaian pelajaran dalam talian di englishconnect.org/learner/resources dan dalam Buku Panduan EnglishConnect.

Semasa anda melengkapkan aktiviti kajian peribadi untuk setiap pelajaran dan berlatih setiap hari, anda akan belajar lebih cepat dan lebih bersedia untuk kumpulan perbualan anda. Gunakan “Penjejak Kajian Peribadi” yang disertakan pada akhir pengenalan ini untuk menjejaki usaha dan matlamat anda.

Remember This

Ingatlah Ini

Semasa anda melengkapkan aktiviti kajian peribadi, berlatih Bahasa Inggeris setiap hari, dan terlibat secara aktif dalam kumpulan perbualan anda, anda akan mengembangkan kemahiran perbualan Bahasa Inggeris. Lebih penting lagi, semasa anda menerapkan asas pembelajaran dan berdoa untuk bantuan Tuhan, Dia dapat membantu anda mencapai matlamat anda sekarang dan pada masa akan datang.