“Pelajaran 22: Komuniti,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar (2022)
“Pelajaran 22,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar
Lesson 22
Community
Objektif: Saya akan belajar untuk meminta dan memberi arahan.
Personal Study
Bersedia untuk kumpulan perbualan anda dengan melengkapkan aktiviti A hingga E.
Study the Principle of Learning: You Are a Child of God
Anda ialah Anak Tuhan
I am a child of God with eternal potential and purpose.
Saya ialah anak Tuhan dengan potensi dan tujuan abadi.
Pertimbangkan apa yang telah anda pelajari tentang identiti anda sebagai anak Tuhan. Fikirkan tentang hubungan anda dengan-Nya. Pertimbangkan apa yang telah Dia ajarkan kepada anda tentang tujuan dan potensi anda. Renungkan pengalaman yang anda miliki semasa belajar Bahasa Inggeris. Bagaimana perasaan anda apabila Dia membantu anda melakukan perkara yang anda fikir mustahil?
Pengalaman anda bekerjasama dengan Tuhan untuk belajar telah menyediakan anda untuk membantu orang lain.
Yesus mengajar kita: “Aku memerintahkanmu untuk menjadi cahaya kepada bangsa ini. … Oleh itu biarlah cahayamu bersinar sedemikian di hadapan bangsa ini, agar mereka boleh melihat pekerjaan baikmu dan memuliakan Bapamu yang berada di dalam syurga” (3 Nefi 12:14, 16).
Anda ada banyak cahaya untuk dikongsi. Anda boleh menjadi contoh bagaimana Tuhan dapat membantu anak-anak-Nya belajar dan maju. Anda boleh berkongsi bagaimana Tuhan membantu anda belajar Bahasa Inggeris. Anda boleh membantu orang lain belajar untuk bekerjasama dengan Tuhan untuk mencapai potensi mereka. Anda boleh berkongsi dengan mereka bagaimana anda telah mempercayai pernyataan “Saya anak Tuhan dengan potensi dan tujuan abadi.”
Ponder
-
Bagaimanakah anda boleh menjadi cahaya kepada orang di sekeliling anda?
-
Bagaimanakah anda boleh terus mengembangkan hubungan anda dengan Bapa Syurgawi anda semasa anda belajar dan berkembang?
Memorize Vocabulary
Pelajari makna dan sebutan setiap perkataan sebelum kumpulan perbualan anda. Cuba gunakan perkataan baharu dalam perbualan atau dalam mesej kepada seseorang yang tahu Bahasa Inggeris.
go |
pergi |
turn |
belok |
How do I get to … ? |
Bagaimana saya boleh pergi ke? |
Nouns
bank |
bank |
grocery store |
kedai runcit |
restaurant |
restoran |
store |
kedai |
train station |
stesen kereta api |
First Street/1st Street |
Jalan Pertama/Jalan Pertama |
Green Lane |
Lorong Hijau |
Adverbs
north |
utara |
south |
selatan |
east |
timur |
west |
barat |
left |
kiri |
right |
kanan |
straight |
lurus |
Prepositions
across from |
di seberang |
between |
antara |
in front of |
di hadapan |
next to |
sebelah |
Practice Pattern 1
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Anda boleh menggantikan perkataan bergaris tersebut dengan perkataan dalam bahagian “Memorize Vocabulary”.
Q: Where is the (noun)?A: It’s next to the (noun).
Examples
Q: Where is the grocery store?A: It’s next to the bank.
Q: Where is the grocery store?A: It’s between the restaurant and the bank.
Practice Pattern 2
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Cuba gunakan pola ini dalam perbualan dengan rakan. Anda boleh bercakap atau menghantar mesej.
Q: How do I get to the (noun)?A: Go (adverb) on First Street.
Examples
Q: How do I get to the store?A: Go north. Turn right on First Street.
Q: How do I get to the train station?A: Go straight. Turn left on Green Lane. Turn right on B Street.
Use the Patterns
Tulis empat soalan yang boleh anda tanyakan kepada seseorang. Tulis jawapan kepada setiap soalan. Baca dengan bersuara.
Conversation Group
Activity 1: Practice the Patterns
(10–15 minutes)
Ulang kaji senarai kosa kata dengan pasangan.
Berlatih pola 1 dengan pasangan:
-
Berlatih bertanya soalan.
-
Berlatih menjawab soalan.
-
Berlatih perbualan menggunakan pola ini.
Ulangi untuk pola 2.
Activity 2: Create Your Own Sentences
(10–15 minutes)
Tanya dan jawab soalan mengenai bandar yang anda tahu. Sebut seberapa banyak yang anda boleh. Bergilir.
New Vocabulary
bakery |
kedai roti |
bookstore |
kedai buku |
church |
gereja |
library |
perpustakaan |
park |
taman |
post office |
pejabat pos |
school |
sekolah |
Example
-
A: Where is the bank?
-
B: It’s next to the post office.
-
A: Where is the park?
-
B: It’s across from my house.
Activity 3: Create Your Own Conversations
(15–20 minutes)
Lakon peranan. Lihat peta. Pasangan A memilih lokasi permulaan dan destinasi akhir. Pasangan B memberi arahan. Tukar peranan.
Example
-
A: I’m at the grocery store. How do I get to the bank?
-
B: Go south on Main Street. Turn left on C Street. Then turn right on 1st Street. The bank is across from the train station.