“Pelajaran 23: Kesihatan,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar (2022)
“Pelajaran 23,” EnglishConnect 1 untuk Pelajar
Lesson 23
Health
Objektif: Saya akan belajar menamakan bahagian badan dan sebut mengapa ia sakit.
Personal Study
Bersedia untuk kumpulan perbualan anda dengan melengkapkan aktiviti A hingga E.
Study the Principle of Learning: Exercise Faith in Jesus Christ
Beriman kepada Yesus Kristus
Jesus Christ can help me do all things as I exercise faith in Him.
Yesus Kristus boleh membantu saya melakukan semua hal apabila saya beriman kepada-Nya.
Dalam Alkitab, kita belajar tentang seorang wanita yang telah sakit selama bertahun-tahun. Dia menghabiskan semua wangnya untuk mencari penawar. Dia telah berjumpa banyak doktor, tetapi penyakitnya menjadi lebih teruk. Kemudian wanita itu mendengar tentang Yesus. Dia melihat-Nya di khalayak ramai. Dia percaya Yesus mempunyai kuasa untuk menyembuhkannya. Dia percaya jika dia hanya menyentuh pakaiannya, dia akan sembuh. Dia datang dari belakang Yesus dan menyentuh pakaian-Nya. Dia merasakan tubuhnya telah sembuh. Yesus merasakan kuasa keluar dari tubuh-Nya. Ketika Yesus bertanya siapa yang menyentuh pakaian-Nya, wanita itu takut untuk mengakui pada mulanya, tetapi akhirnya dia mengakuinya.
Yesus berkata, “Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh. Pergilah dengan sejahtera” (Lukas 8:48).
Wanita ini percaya, dan dia bertindak dalam iman. Menyentuh pakaian Yesus adalah satu tindakan kecil, tetapi ia membawa kuasa-Nya ke dalam hidup wanita itu. Anda tidak perlu malu atau takut untuk meminta bantuan Tuhan. Dia mahu membantu anda. Apabila anda beriman, walaupun dengan cara yang kecil, ia boleh membawa kuasa Yesus Kristus ke dalam hidup anda.
Ponder
-
Bagaimanakah anda rasa diperkukuhkan semasa anda belajar Bahasa Inggeris?
-
Bagaimanakah anda boleh beriman dalam bahagian lain kehidupan anda?
Memorize Vocabulary
Pelajari makna dan sebutan setiap perkataan sebelum kumpulan perbualan anda. Fikirkan situasi bila anda akan menggunakan perkataan ini dalam latihan harian anda.
What happened to … ? |
Apakah yang terjadi pada … ? |
What is wrong?/What’s wrong? |
Apa yang tidak kena?/Apa masalah? |
Nouns
arm/arms |
lengan |
back |
belakang |
ear/ears |
telinga |
eye/eyes |
mata |
finger/fingers |
jari |
foot/feet |
kaki |
hand/hands |
tangan |
head |
kepala |
knee/knees |
lutut |
leg/legs |
kaki |
mouth |
mulut |
neck |
leher |
stomach |
perut |
tooth/teeth |
gigi |
Verbs Present /Verbs Past
break/broke |
patah |
burn/burned |
bakar |
cut/cut |
potong |
hurt/hurt |
sakit |
hit/hit |
pukul |
Practice Pattern 1
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Anda boleh menggantikan perkataan bergaris tersebut dengan perkataan dalam bahagian “Memorize Vocabulary”.
Q: What is wrong?A: My (noun) hurts.
Examples
Q: What’s wrong?A: His knees hurt.
Q: What’s wrong?A: My stomach hurts.
Q: What’s wrong?A: Her head hurts.
Practice Pattern 2
Berlatih menggunakan pola ini sehingga anda boleh bertanya dan menjawab soalan dengan yakin. Cuba belajar lebih lanjut mengenai pola dalam pelajaran ini. Pertimbangkan untuk menggunakan buku tatabahasa atau laman web.
Q: What happened to your (noun)?A: I (verb past) my (noun).
Examples
Q: What happened to your finger?A: I cut my finger.
Q: What happened to his leg?A: He broke his leg.
Use the Patterns
Tulis empat soalan yang boleh anda tanyakan kepada seseorang. Tulis jawapan kepada setiap soalan. Baca dengan bersuara.
Conversation Group
Activity 1: Practice the Patterns
(10–15 minutes)
Ulang kaji senarai kosa kata dengan pasangan.
Berlatih pola 1 dengan pasangan:
-
Berlatih bertanya soalan.
-
Berlatih menjawab soalan.
-
Berlatih perbualan menggunakan pola ini.
Ulangi untuk pola 2.
Activity 2: Create Your Own Sentences
(10–15 minutes)
Lihat gambar. Tanya dan jawab soalan tentang orang dalam setiap gambar. Bergilir.
Example
-
A: What’s wrong?
-
B: Her head hurts.
-
A: What happened to her head?
-
B: She hit her head.
Activity 3: Create Your Own Conversations
(15–20 minutes)
Lakon peranan. Pasangan A ialah individu dalam gambar. Pasangan B adalah rakan. Tanya dan jawab soalan mengenai setiap gambar. Jadilah kreatif! Tukar peranan. Tukar pasangan dan berlatih lagi.
New Vocabulary
fall/fell |
jatuh |
Example
-
A: What’s wrong?
-
B: My knee hurts.
-
A: What happened to your knee?
-
B: I fell and I hit my knee.